Kalau ada masa anda boleh cuba buat carian di laman sosial mengenai Pulau Rawa. Kecantikkan dan keunikan pulau ini memang tidak boleh disangkal lagi. Macam tidak percaya lokasinya hanya di negara kita sahaja.
Pulau Rawa merupakan antara pulau yang tercantik ada di Johor. Pulau Rawa sering dihebahkan dalam laman sosial atau mulut ke mulut oleh pengunjung yang pernah menjejakkan kaki ke sini ibarat Maldives kepada Johor dek kecantikan perairannya persis di negara kepulauan itu. Pulau ini juga sangat ‘seksi’ dan sesuai untuk pasangan berbulan madu tau.
Tanya siapa sahaja pasti teruja melihat pasirnya yang memutih dan airnya biru menghijau bagai cermin boleh terus nampak ke dasar laut. Selain itu, aktiviti snorkeling juga amat mengujakan dengan air yang jernih. Anda pasti teruja kegirangan dapat melihat ikan-ikan kecil berwarna-warni serta batu karang yang indah.
Aktiviti yang boleh dilakukan jika bercuti ke Pulau Rawa, selain snorkeling ialah bersantai dan bersiar-siar, selam skuba, berkayak, mengelilingi pulau dan merentas hutan. Jangan lepaskan peluang untuk mendaki ke puncak bukit Pulau Rawa ini yang hanya mengambil masa pendakian kira-kira 15 minit. Dari situ anda boleh melihat keindahan matahari terbit dan pemandangan Laut Cina Selatan yang terbentang luas.
Ads
Ketika ini, hanya ada dua resort di Pulau Rawa iaitu Rawa Island Resort dan Alang’s Rawa. Menginap di kedua-dua resort ini memang menjadi idaman setiap pelancong kerana kedudukannya berhadapan dengan laut. Menariknya, Rawa Island Resort ada menyediakan gelongsor khas kepada tetamunya yang mahu berseronok dengan aktiviti air sambil mandi laut di tepi pantai.
Ads
Jika mengimpikan percutian ke Pulau Rawa, anda perlu membuat tempahan lebih awal kerana faktor lokasi penginapan yang terhad. Jangan sesekali anda berangan untuk walk-in sahaja ke sini memang tiada harapanlah untuk bercuti di Pulau Rawa nan indah ini.
Ads
Pakej yang ditawarkan di kedua-dua resort ini selalunya termasuk penginapan, perkhidmatan bot laju ulang alik, sarapan dan makan tengah hari, makan malam dan barbeku untuk sekali. Apa yang menarik resort menyediakan pelbagai aktiviti berkonsepkan free and easy yang menyeronokkan dan tidak terikat pada waktu. Ini bermaksud anda boleh menyusun sendiri jadual aktiviti mereka dan meneroka mengikut masa yang sesuai.
Cara ke Pulau Rawa:
Jika anda dari Kuala Lumpur teruskan perjalanan ke Mersing menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, keluar di Plaza Tol Air Hitam. Teruskan ke Kluang dan ikut laluan ke Mersing.
Setiba di Mersing, terus ke Terminal Feri Mersing dan ambil perkhidmatan bot laju terus ke Pulau Rawa.
Wabak COVID-19 yang melanda di seluruh dunia sedikit sebanyak membawa hikmah tersendiri.
Kem Gajah Maesa di Chiang Mai yang terpaksa ditutup, sekali gus membebaskan gajah-gajah di situ daripada tugasan harian mereka. Kesemua 78 ekor gajah yang terdapat di kem itu tidak perlu lagi menjadi tunggangan pengunjung, malah pemilik kem itu memaklumkan mereka akan memberhentikan perkhidmatan tersebut, biarpun selepas wabak berakhir nanti.
Haiwan itu kini dibiarkan berkeliaran dengan bebas dalam kawasan kem dan pelawat selepas ini hanya boleh melihat gajah ini dari jauh. Kos operasi untuk Kem Gajah Maesa ini hampir 5 juta baht (RM759,577) setiap bulan, termasuk untuk membayar gaji 300 pekerja.
“Sejak kami mula beroperasi pada tahun 1976, menunggang gajah adalah aktiviti kegemaran pelancong. Kami tidak merancang mengembalikan (tunggangan gajah) walaupun selepas kami beroperasi semula. Orang ramai masih boleh menyaksikan gajah tetapi kali ini fokus kami lebih kepada pembelajaran,” kata pengarah kem, Anchalee Kalampichit.
Penurunan jumlah pelancong memaksa penutupan ratusan taman gajah di Thailand. Difahamkan, di Chiang Mai sahaja mempunyai 93 buah kem dan taman gajah.
Menurut Presiden Persatuan Gajah Thailand, Theerapat Trungprakan pula, hal ini bukan satu situasi yang menyenangkan. Jika berterusan, kedudukan gajah-gajah ini akan kembali terancam. Melainkan jika kerajaan menawarkan sokongan kewangan untuk membantu taman dan kem terbabit, gajah-gajah ini akan dipaksa ke jalanan atau terbabit dalam operasi pembalakan haram.
Amerika Syarikat (AS) menjadi negara tertinggi kes COVID-19 di dunia ketika ini. Sungguhpun begitu, angka tersebut sedikit pun tidak menakutkan penduduknya untuk terus ‘hidup seperti normal’.
Mengejutkan apabila pantai dan taman di Jacksonville, Florida mula dibuka minggu lalu walaupun negara lain masih mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan dalam usaha memerangi wabak COVID-19.
Penduduk di Florida sebelum ini merungut kerana tidak dapat pergi ke pantai akibat perintah pergerakan. Pemandangan di Pantai Jacksonville agak membimbangkan apabila orang ramai dilihat tidak mengamalkan langkah keselamatan. Orang ramai juga mula keluar dengan tuala, penyejuk badan dan ada yang berjemur tetapi hanya segelintir sahaja yang memakai topeng muka.
Menurut laman web Jacksonville, pantai akan dibuka dari jam 6 hingga 11 pagi dan dari jam 5 hingga 8 malam setiap hari tetapi dengan beberapa sekatan. Aktiviti rekreasi seperti berlari, berbasikal, mendaki dan berenang akan dibenarkan semasa pembukaan semula ini.
Bagaimanapun, aktiviti seperti berjemur atau aktiviti berkumpulan tidak dibenarkan di pantai pada waktu larangan dan barangan seperti tuala, selimut, kerusi, penyejuk dan gril turut tidak dibenarkan dibawa bersama.
Datuk Bandar Jacksonville, Lenny Curry. berkata pembukaan pantai ini akan menjadi permulaan untuk jalan menuju kehidupan yang normal. Dia juga berharap orang ramai menghormati syarat yang ditetapkan supaya keselamatan diri dan jiran dapat dijaga.
Di portal Dailymail UK, netizen satu dunia turut meninggalkan komen mengecam pembukaan pantai tersebut yang dianggap boleh memburukkan lagi keadaan kes COVID-19 di negara tersebut.
Terletak di kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu, Hulu Besut, Terengganu, kecantikan dan keindahan persekitaran Lata Kolam Air Deru Ecopark ini bukan sahaja menarik kedatangan pengunjung tempatan, tetapi menjadi persinggahan penduduk luar yang mahukan kelainan dalam percutian mereka.
Tarikan utama pengunjung yang datang ke sini sudah semestinya kesegaran air sungai serta kawasan mandi-manda di kawasan air terjun yang jernih dan menyejukkan. Menariknya, di Lata Kolam Air Deru ini turut menyediakan pelbagai jenis penginapan untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini. Di sini ada menyediakan kemudahan penginapan dari jenis cabin dorm, tube lodge, hammock, glamping dan juga perkhemahan.
Nak tahu apa lagi yang menarik di sini? Ini perkongsian daripada Mohd Nizam Zambari.
Saya berkesempatan untuk bawa anak-anak berkhemah di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Jertih Terengganu sebelum MCO dikuatkuasa pada 18 Mac 2020. Tempat ini sungguh dekat dengan kampung Kerajaan Langit ‘Ayah Pin’ yg femes suatu ketika dulu. Kira korang akan lalu juga Kampung Batu 13 Ayah Pin ni. Dan sekiranya korang teringin nak ke ‘langit’ boleh la singgah disana.
Yang menarik disini, air sungai color hijau yang tak boleh langsung dibawa bincang. Jatuh cinta. Bangun tidur terus terjun jer dalam sungai. Terdapat 3 Pengkalan yang anda boleh datang lawat. Hanya Pengkalan Dua dan Pengkalan Suri dibenarkan untuk mandi manda. Pengkalan Raja tidak dibenarkan mandi kerana arus air yang merbahaya. Disini pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan selain dari mandi manda.
Tarikh: 15 Mac 2020 – 17 Mac 2020 (Sehari sebelum MCO dikuatkuasa)
Tempoh: 3hari 2malam
Aktiviti lain ada: Rujuk gambar disediakan
Tent type: Kami sewa jer disana, memandangkan perjalanan yang sangat jauh dan hanya berat kereta jer nak bawa..hehehe
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...