Bulan Mac adalah bulan yang dicadangkan untuk anda, jika ingin bercuti ke Bali melihat perayaan terbesar di sana.
Hari Nyepi merupakan sambutan tahun baru bagi masyarakat Hindu di Bali jatuh pada bulan Mac setiap tahun mengikut kalendar Saka. Majoriti penduduk Bali adalah beragama Hindu, jadi Hari Nyepi ini adalah salah satu perayaan yang penting dan terbesar untuk mereka.
Asal usul Hari Nyepi ini adalah daripada aliran ajaran agama Hindu dan mengikut kepada takwim Saka yang bermula sejak tahun 78 masihi lagi. Nama Nyepi diambil daripada perkataan sepi, sunyi atau senyap.
Tujuan utama sambutan Hari Raya Nyepi ini adalah untuk memohon kepada tuhan agar menyucikan Buwana Alit (alam manusia) dan Buwana Agung (alam semesta).
Bas, teksi, beca atau apa sahaja termasuk penerbangan tidak ada sepanjang perayaan dijalankan. Semua aktiviti harian juga akan dihentikan kecuali perkhidmatan hospital sahaja. Oleh itu anda perlu buat persiapan awal bagaimana cara untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi.
Melasti– Upacara ini akan dianjurkan oleh pihak kuil dengan membawa segala bawang kelengkapan suci ke pantai atau denai kerana air laut atau air denai dianggap suci yang dipercayai boleh membersihkan segala pencemaran dalam diri manusia dan alam semesta.
Tawur Kesanga– Fasa ini akan dilaksanakan sehari sebelum hari Nyepi.
Nyepi-Fasa kemuncak di mana penganut hindu akan bermeditasi merenungi diri, berevaluasi, imbas kembali dan berinteraksi kepada diri sendiri dalam usaha untuk memperbetulkan semula jalan hidup.
Ngembak Geni– Ini fasa yang terakhir di mana penganut hindu akan saling bermaaf-maafan dengan semua orang yang mereka jumpai dengan redha dan tulus ikhlas.