Bulan Mac adalah bulan yang dicadangkan untuk anda, jika ingin bercuti ke Bali melihat perayaan terbesar di sana.

Hari Nyepi merupakan sambutan tahun baru bagi masyarakat Hindu di Bali jatuh pada bulan Mac setiap tahun mengikut kalendar Saka. Majoriti penduduk Bali adalah beragama Hindu, jadi Hari Nyepi ini adalah salah satu perayaan yang penting dan terbesar untuk mereka.

Asal usul Hari Nyepi ini adalah daripada aliran ajaran agama Hindu dan mengikut kepada takwim Saka yang bermula sejak tahun 78 masihi lagi. Nama Nyepi diambil daripada perkataan sepi, sunyi atau senyap.

Tujuan utama sambutan Hari Raya Nyepi ini adalah untuk memohon kepada tuhan agar menyucikan Buwana Alit (alam manusia) dan Buwana Agung (alam semesta).

Nak Lihat Bali Sisi Berlainan? Datang Bercuti Ke Bali Pada Bulan Mac Setiap TahunCuma, jika anda ingin melihat perayaan ini dengan lebih dekat, anda harus tiba awal di Bali sebelum perayaan berlangsung. Tidak akan ada sebarang pengangkutan yang akan beroperasi ketika Hari Nyepi.

Ads

Bas, teksi, beca atau apa sahaja termasuk penerbangan tidak ada sepanjang perayaan dijalankan. Semua aktiviti harian juga akan dihentikan kecuali perkhidmatan hospital sahaja. Oleh itu anda perlu buat persiapan awal bagaimana cara untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi.

Nak Lihat Bali Sisi Berlainan? Datang Bercuti Ke Bali Pada Bulan Mac Setiap Tahun

Nak Lihat Bali Sisi Berlainan? Datang Bercuti Ke Bali Pada Bulan Mac Setiap TahunHari Nyepi ini akan berlangsung dalam beberapa fasa sebelum acara kemuncaknya. Ianya terbahagi kepada empat iaitu Melasti, Tawur Kesanga, Nyepi dan, Ngembak Geni.

Ads

Melasti– Upacara ini akan dianjurkan oleh pihak kuil dengan membawa segala bawang kelengkapan suci ke pantai atau denai kerana air laut atau air denai dianggap suci yang dipercayai boleh membersihkan segala pencemaran dalam diri manusia dan alam semesta.

Tawur Kesanga– Fasa ini akan dilaksanakan sehari sebelum hari Nyepi.

Ads

Nyepi-Fasa kemuncak di mana penganut hindu akan bermeditasi merenungi diri, berevaluasi, imbas kembali dan berinteraksi kepada diri sendiri dalam usaha untuk memperbetulkan semula jalan hidup.

Nak Lihat Bali Sisi Berlainan? Datang Bercuti Ke Bali Pada Bulan Mac Setiap TahunNak Lihat Bali Sisi Berlainan? Datang Bercuti Ke Bali Pada Bulan Mac Setiap TahunAntara perkara yang perlu diikuti ketika Hari Nyepi:

  • Dilarang menyalakan api atau apa-apa sumber cahaya termasuk membuka api dapur.
  • Mengawal sifat marah
  • Penganut Hindu berpuasa pada hari ini.
  • Dilarang bekerja. Pekerjaan ini merangkumi semua bentuk perniagaan
  • Dilarang keluar rumah dan bersiar-siar, apatah lagi memandu kenderaan.
  • Dilarang melibatkan diri dalam kegiatan hiburan atau riadah. Oleh itu, penganut Hindu di Bali tidak boleh sesekali memasang radio atau TV atau benda-benda seumpamanya yang meriuhkan suasana dan menghiburkan di rumah, apatah lagi beriadah.

Ngembak Geni– Ini fasa yang terakhir di mana penganut hindu akan saling bermaaf-maafan dengan semua orang yang mereka jumpai dengan redha dan tulus ikhlas.

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI