Pelbagai cara dilakukan oleh individu yang menjadi buruan pihak berkuasa untuk melepaskan diri daripada ditahan akibat pelbagai salah laku. Ada yang mengubah bentuk wajah, ada yang menyorok di dalam gua atau hutan dan terkini ada yang mewujudkan negara sendiri.
Mungkin dengan menubuhkan negara sendiri, individu ini terasa kebal daripada pihak berkuasa luar dan boleh melakukan apa sahaja yang disukai di negara 'sendiri'. Seorang lelaki warganegara India yang dikehendaki polis berhubung dakwaan serangan seksual menubuhkan negara baru yang dikatakan khas untuk penganut Hindu yang ingin mendiami negaranya.
Nithyananda Swami pernah menjadi sensasi serta mempunyai ribuan pengikut termasuk bintang filem dan ahli politik India. Namun pada tahun 2010, dia ditahan susulan skandal seks. Nithyananda Swami dituduh merogol dan menculik dilaporkan telah meninggalkan India secara senyap dengan bantuan pengikut-pengikut setia yang sangat taksub dengannya.
Ads
Setelah 19 tahun, dia membuat kemunculan pertama yang mengejutkan menerusi video YouTube. Nithyananda Swami memaklumkan telah menubuhkan negara sendiri yang diberi nama Kailaasa yang menumpukan kepada pemeliharaan, pemulihan dan kebangkitan budaya dan tamadun berdasarkan Hinduisme yang asli.
Ads
Negara mikro seperti Kailaasa merupakan entiti yang mendakwa sebagai negara merdeka namun tidak diiktiraf oleh negara lain mahupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia selalunya ditubuhkan sebagai satu bentuk percubaan falsafah, protes politik, ungkapan artistik atau sekadar bersuka-suka, ada di antaranya mempunyai mata wang, perlembagaan dan tentera sendiri.
Ads
Semua penganut Hindu boleh memohon kewarganegaraan di Kailaasa yang dinamakan sempena Gunung Kailash di Tibet yang dianggap suci oleh penganut Hindu dan Buddha.
Portal kailaasa.org dilaporkan mempunyai imej bendera berbentuk tiga segi dan pasport namun tidak menyatakan di mana lokasi Kailaasa sebenar. Namun, menurut sumber ia merupakan sebuah pulau di pesisir pantai Ecuador yang dibeli oleh beberapa pengikut kayanya.
Dah dengar pengumuman terkini tadi? Mesti ramai yang daripada negeri atau daerah berstatus hijau melonjak gembira bukan?
Bagi merancakkan semula sektor pelancongan domestik, kerajaan membenarkan penduduk di negeri zon hijau untuk merentas daerah bermula 22 November 2020 (Ahad) ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan rentas daerah di negeri zon hijau tidak memerlukan kebenaran daripada polis. Kelonggaran bagi membolehkan sektor pelancongan yang terjejas teruk kembali rancak selepas mengambil kira cadangan dikemukakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Individu yang tinggal di negeri zon hijau, namun bercuti di negeri zon hijau lain dan perlu merentasi negeri zon merah wajib mendapatkan kebenaran daripada polis. Individu tersebut perlu mengemukakan bukti dan senarai aktiviti serta lokasi percutian supaya dibenarkan melalui negeri zon merah.
Selain itu, kebenaran polis juga diperlukan bagi penduduk negeri hijau yang bercuti di daerah hijau, namun negeri berkenaan masih dikategorikan sebagai negeri merah.
Maklumat terkini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
Apa pun jangan lupa jaga SOP ok! Jom cuti-cuti Malaysia~
image via google Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jahanam la tempat tu. Tak sampai berapa lama pun lagi, dah habis tempat tu dikerjakan oleh orang-orang yang tak ada sivik dalam menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.
Kuasa viral. Ya, memang tempat tu viral dan page ini juga antara page yang bertanggungjawab memviralkan tempat tu di media social.
Tapi tujuan kami memviralkan tempat-tempat sedemikian adalah untuk berkongsi kepada semua tentang keindahan, kecantikan yang ada di negara kita dan apabila dikongsikan kepada semua, dah tentu kami mengharapkan agar tempat tu turut dijaga dengan baik bersama-sama.
Keindahan dan kecantikannya dipelihara, kebersihan dijaga bersama-sama. Bukan dihancurkan sebegini. Kalau berterusan begini perangai rakyat Malaysia, sampai bila?
Ya, mungkin ada yang akan kata tempat tu bermusim. Hari ni barai, esok dia akan jadi elok balik. Dah alang-alang ada peluang sekali ni, gasak la nak tangkap gambar macam mana pun.
Bukan itu persoalannya tuan-tuan dan puan-puan. Kalau itulah mentaliti kita, sampai kiamat pun tak kan ada tempat yang cantik, wujud dalam negara kita. Selagi mana kita tahu nak syok diri sendiri je dengan keindahan dan kecantikkan alam yang ada, tapi tak ada kesedaran nak menjaga sehabis baik. Habis orang lain nak tengok gambar cantik korang saja ke?
p/s: sampai motor pun duduk atas tu apa cerita?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kerajaan Selangor membenarkan pengunjung restoran, medan selera, gerai berbumbung dan kiosk di negeri ini menikmati hidangan di premis-premis itu mulai 13 Mei 2020.
Pada 1 Mei, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan sebahagian besar sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei, tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan. Bagaimanapun, kerajaan Selangor melaksanakan PKPB dengan penetapan beberapa perincian tambahan, antaranya peniaga dan penjaja berpremis yang dibenarkan beroperasi dari pukul 7.00 pagi hingga 10 malam, terhad kepada urusan bawa pulang, pandu lalu dan penghantaran.
Bermula 13 Mei 2020, anda yang berada di Selangor sudah dibenarkan makan dan minum di restoran, bagaimanapun orang ramai harus mematuhi penjarakan sosial.
Semua premis makanan berkenaan dibenarkan beroperasi sepenuhnya termasuk makan dan minum di dalam premis bermula pukul 7 pagi hingga 10 malam, tertakluk kepada pematuhan penjarakan sosial.
Peniaga tidak dibenarkan membuka meja di kawasan kaki lima mahupun di tempat letak kenderaan.
Peniaga juga digalak memberi pilihan ‘pre-order’ kepada pelanggan bagi mengelakkan kesesakan di premis mereka.
Peniaga ‘food truck’ dan penjaja tepi jalan juga dibenarkan beroperasi semasa PKPB yang kini dilanjutkan sehingga 9 Jun, bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam namun terhad kepada urusan pandu lalu, bungkus dan penghantaran sahaja.
Penguat kuasa pihak berkuasa tempatan akan melakukan pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.
Bagi pasar awam, pasar borong, pasar segar dan pasar swasta pula, premis berkenaan boleh beroperasi seperti biasa namun aktiviti penyembelihan dan pemprosesan ayam di lokasi sama tidak dibenarkan.
Pasar pagi dan pasar malam masih tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan PKPB sehingga 9 Jun ini.
Semua jenis taman di negeri ini dibenarkan untuk dibuka kepada rakyat beriadah bermula pukul 7 pagi hingga 7 malam.
Aktiviti memancing juga boleh dilakukan. Bagaimanapun, sebarang perkhemahan dan pendakian masih tidak dibenarkan.