Pada awalnya, sekatan keluar masuk orang ramai ke Sabah telah dikuatkuasakan serta merta bagi mengkang penularan wabak COVID-19 yang mempunyai kes tinggi di negara.
Namun setelah mendengar utusan terbaru Perdana Menteri, kerajaan bersetuju mengenakan sekatan rentas negeri di Sabah bermula 12 hingga 25 Oktober 2020 ini. Ini bagi memberi lebih masa kepada individu yang terlibat membuat persiapan dan dalam masa yang sama kawalan dan SOP tetap akan diperketatkan.
- Sekatan ini adalah bagi perjalanan dari Sabah dan ke Sabah membabitkan Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
- Bagaimanapun, pengecualian khas diberikan kepada kes tertentu yang membabitkan kecemasan untuk rakyat Sabah, pasangan yang memiliki pas imigresen sah atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak, pekerja bidang perkhidmatan perlu yang mempunyai pas imigresen sah, pelajar, pekerja perkhidmatan awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah serta pemastautin tetap Sabah.
- Bagi pergerakan keluar dari Sabah pula, kebenaran diberikan kepada kes kecemasan dan tugas rasmi dengan mengemukakan permohonan serta mendapat kebenaran daripada KKM
Individu yang dibenarkan keluar dari Sabah perlu menjalani ujian saringan Covid-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Bencana Negeri Sabah di talian 088-369434.
image via google
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Untungnya Individu Di Negeri Fasa 2 Yang Lengkap 2 Dose, Ditawar Staycation Di Lexis Hotel Group
Nampaknya bagi mereka yang tinggal di negeri fasa kedua PPN dan telah lengkap 2 dos vaksin diberi keistimewaan untuk rebut peluang bercuti bermula 26 Ogos lalu.
Salah satunya penginapan bersama Lexis Hotel Group terutama bagi penduduk di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ini juga sejajar dengan pembukaan Lexis Suites Penang kepada penduduk di Pulau Pinang yang sudah melengkapkan vaksin dengan pengumuman fasa kedua PPN di negeri itu sejak 10 Ogos lalu.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hotel dan resort Lexis hanya dibuka kepada pekerja essential namun bermula 26 Ogos lalu, ia dibuka kepada semua tetamu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang memenuhi syarat dan kriteria berikut.
1. Semua petugas barisan hadapan
2. Pekerja essential dengan surat kelulusan MITI
3. Warganegara Malaysia dan asing yang sudah lengkap vaksin (negeri Fasa 2)
Individu-individu yang telah lengkap divaksin adalah individu yang telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
1. Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty (Pfizer-BioNTech), Vaxzevria (Oxford-AstraZeneca) dan CoronaVac (Sinovac) – individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; atau
2. Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID-19 Janssen (Johnson&Johnson) dan Convidecia (CanSino) – individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
3. Kad/Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dikemukakan sebagai bukti
4. Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah, di hotel-hotel dan resort Lexis, dengan mematuhi protokol kesihatan umum. Para tetamu juga dapat menikmati percutian mereka di persekitaran yang selamat di hotel-hotel dan resort Lexis.
Berikut adalah SOP yang ketat diamalkan di semua hotel dan resort Lexis untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan semua tetamu yang telah lengkap vaksin:
1. Pemeriksaan suhu badan dan polisi wajib memakai pelitup muka sebagai protokol standard
2. Borang pengisytiharan kesihatan, log masuk tanpa sentuhan (termasuk pengimbasan aplikasi MySejahtera) dan pemeriksaan Sijil Vaksinasi Digital semasa ketibaan
3. Peningkatan kekerapan pembersihan ke semua permukaan sentuhan tinggi dan kawasan umum yang digunakan oleh para tetamu di seluruh hotel dan resort oleh kakitangan pembersihan profesional
4. Penggunaan pembersih dan pembasmi kuman kelas perubatan di seluruh hotel-hotel dan resort
5. Kolam renang peribadi di dalam bilik sentiasa dibasmi kuman dan dijaga dengan baik sepanjang masa
6. Pengamalan jarak sosial dan dine-in yang selamat, serta amalan keselamatan makanan yang dipertingkatkan
Sumber: Mstar
Artikel Berkaitan:
10 Lokasi Wajib Lawat Yang Kaya Dengan Pelbagai Tarikan Menarik Di Kelantan!
Kereta Rosak Di Atas Highway Ketika Sedang Bercuti, Usah Panik Lakukan Beberapa Perkara Ini!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tolong Jangan Buka Kasut Dalam Kapal Terbang! Dah La Berbau, Busuk Pula Tu!
Dalam mood percutian, mesti kita mengharapkan percutian kita itu adalah percutian yang terbaik dan indah dengan kenangan-kenangan manis dan setiap kenangan tu bukan sahaja manis sewaktu tiba di destinasi percutian sahaja. Kenangan manis tu mesti bermula dari muka pintu rumah dari pergi sehingga balik.
Jadi, sewaktu perjalanan ke destinasi pun mesti kita mengharapkan kenangan yang baik-baik sahaja untuk kita dan orang lain. Justeru, etika ketika dalam perjalanan lebih-lebih lagi dalam pesawat sangat penting, supaya pengalaman kita tidak terjejas dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya.
Jadi, apa etika yang sepatutnya kita buat ketika di dalam pesawat. Artikel ini Libur kongsikan kepada anda 21 tips berguna untuk anda dan rakan-rakan.
1. Elakkan barisan yang ada keluarga dan kanak-kanak
Sewaktu berbaris untuk pemeriksaan keselamatan, cuba elakkan barisan yang dibarisi keluarga bersama anak-anak kecil. Kecepatan mereka tidak sama dengan anda yang bergerak solo atau berdua.
2. Buka jaket, jam, tali pinggang dan keluarkan barang elektronik
Untuk mempercepatkan proses pemeriksaan dan memendekkan barisan, seharusnya anda bersiap sedia dengan mengeluarkan siap-siap segala peralatan elektronik dan cecair dari bagasi tangan anda.
Buka jaket atau sweater, tali pinggang, kasut, dan duit syiling dari poket seluar anda. Masukkan botol-botol cecair dalam satu plastik berzip lutsinar. Bergerak cepat apabila dipanggil dan ambil barang-barang anda segera dan pakai semula di kawasan yang jauh dari kawasan pemeriksaan.
3. Bawa botol kosong
Jangan beli air botol di kedai. Bawalah botol kosong anda sendiri. Hampir semua lapangan terbang di dunia ada mesin air percuma. Tinggal isi sahaja. Anda tidak perlu beli air botol sebelum atau selepas pemeriksaan. Lebih menjimatkan wang. Botol kosong tidak akan dirampas ketika pemeriksaan.
4. Patuhi had saiz bagasi tangan
Jangan degil dengan membawa beg yang jauh lebih besar dari had ditetapkan. Ini sikap yang pentingkan diri sendiri. Bila anda patuhi saiz, beg anda boleh disimpan menegak kerana beg yang disimpan melintang di atas membazir ruang didalam pesawat.
5. Elakkan daripada memakai terlalu banyak barang kemas
Kalau nak juga pakai, masukkan ke dalam plastik atau beg kecil sebelum berbaris untuk pemeriksaan. Lepas pemeriksaan, baru pakai semula barang kemas anda.
6. Elakkan memakai pakaian ketat terutama untuk penerbangan jarak jauh
Dalam penerbangan panjang, hampir setiap masa anda duduk di kerusi tanpa banyak bergerak. Maka, pakaian ketat anda ini boleh menyebabkan DVT (deep vein thrombosis) iaitu penggumpalan darah dalam salur darah. Kaki boleh bengkak kerana darah tidak mengalir dengan lancar. Selamatkan diri anda daripada perkara ini.
7. Jangan pakai kasut tumit tinggi (heels) tidak kira anda di kelas pertama, bisnes atau ekonomi
Ini penting kerana tumit kasut tinggi mempunyai tapak yang tajam dan boleh bocorkan gelongsor kecemasan pesawat apabila anda memijaknya. Perkara ini boleh melambatkan pergerakan anda sewaktu kecemasan. Bayangkan apa yang akan terjadi kepada anda dan penumpang lain sekiranya perkara itu berlaku. Pakailah kasut sarung atau kasut sukan yang mudah dibuka dan yang mampu melindungi kaki anda sewaktu kecemasan. Nak bergaya, boleh bila sampai destinasi. Who knows that your heels can cost other people’s lives?
8. Jika anda travel ke destinasi bermusim sejuk, pack baju sejuk dan jaket tebal anda dalam bagasi kargo
Pakailah beberapa lapis baju dan jaket nipis ketika didalam kabin pesawat. Kalau nak bawa jaket tebal dalam kabin, pack guna beg vakum dan masukkan dalam bagasi tangan anda. Ini lebih menjimatkan ruang dan memudahkan pergerakan dalam kabin bukan saja untuk anda tapi untuk penumpang lain. Dalam pesawat anda juga boleh minta selimut. Ia jauh lebih baik dari pakai jaket tebal yang merimaskan. But please return the blanket.
9. Elakkan daripada memakai skirt pendek dan pakaian yang terlalu berjurai
Apabila berlaku kecemasan, skirt pendek anda tidak akan melindungi diri anda daripada elemen cuaca dan bahaya persekitaran. Pakaian terlalu berjurai pula boleh menyebabkan anda tersangkut di kerusi ketika anda bergerak menuju pintu kecemasan.
10. Jangan tidur sewaktu pesawat berlepas dan mendarat
3 minit pertama dan terakhir di setiap penerbangan adalah minit penting atau masa hidup dan mati kerana menurut statistik, sebahagian besar kemalangan udara berlaku ketika berlepas dan mendarat. Maka jangan tidur di 3 minit pertama dan terakhir ini!
11. Tumpukan perhatian kepada demo keselamatan
Walau anda kerap terbang beberapa kali, sentiasa tumpukan perhatian terhadap demo keselamatan kerana peraturan setiap pesawat mungkin berbeza daripada pesawat yang lain. Perhatikan dan ingat di mana pintu kecemasan terdekat dengan anda. Sentiasa peka dengan arahan anak kapal!
12. Sentiasa pakai tali pinggang bila di tempat duduk anda walaupun tiada turbulence
Benda semacam ini datang tanpa amaran. Anda sudah tentu tidak mahu tercampak hingga kepala terhentak di overhead compartment dan lain-lain yang boleh menyebabkan kecederaan kepada anda.
13. Jangan buka kasut
Tolong jangan buka kasut jika anda bukan jenis pembersih atau kaki berbau busuk! Udara dalam kabin dikitar semula, bau busuk dan sebagainya boleh kekal dalam kabin dan menyebabkan ketidakselesaan kepada penumpang lain. Kalau mahu buka kasut, pastikan stokin anda bersih dan jangan buka stokin.
14. Sentiasa bertimbang rasa
Jika anda perlu baringkan kerusi, baringkan dengan berhati-hati kerana kita tidak tahu kalau orang di belakang sedang menggunakan meja untuk makan atau minum air panas dan sebagainya.
15. Ajari anak anda adab dan tatasusila sewaktu di dalam penerbangan
Ajar anak-anak anda untuk tidak menendang kerusi di hadapan. Ini merupakan satu tindakan biadap dan perkara yang paling tidak disukai oleh kita semua ketika berada di dalam pesawat. Usahakan apa sahaja, buat anak anda dengar nasihat anda dan bukan anda pula yang dengar kata mereka.
16. Jangan tamak
Arm rest ialah hak utama buat yang duduk ditengah-tengah. Jika anda duduk ditingkap atau di aisle, anda hanya ada satu arm rest. Kalau anda ambil dua-dua, yang duduk tengah tidak dapat apa-apa. Be considerate!
17. Hormati privasi penumpang lain
Kalau yang duduk di sebelah anda bukan yang anda kenal dan mereka tidak mahu berbual dengan sesiapa pun, jangan paksa! Berikan privasi kepada mereka.
18. Cuba tunggu waktu sesuai untuk ke tandas
Bila nak ke tandas, tunggulah masa sesuai. Bukan sewaktu anda nampak anak kapal sedang sorong troli makanan dan minuman. Selepas anda makan, tunggu sehingga anak kapal kumpul dulang makan barulah anda bangun.
19. Jaga kebersihan tandas
Gunakan tandas dalam pesawat seperti mana anda gunakan tandas di rumah. Jangan buat sepah. Jangan juga guna tandas terlalu lama. Ingatlah, bahawa dalam pesawat ada penumpang lain juga. Again, bertolak ansur.
20. Isi borang ketibaan dan pastikan siap sebelum pesawat mendarat
Ketika dalam penerbangan atau sebelum keluar dari pesawat, isikan borang atau kad ketibaan. Jangan tunggu sampai imigresen baru nak isi. Jadi, penting untuk anda bawa satu atau dua pen dalam beg.
21. Tunggu bila pesawat sudah betul-betul berhenti baru anda bangun ambil beg
Tunggu giliran anda untuk bergerak ke depan pesawat. Tidak perlu berebut-rebut. Ambil beg dan bergerak dengan cekap.
Akhir sekali, Hormati anak kapal atau pramugari dan pramugara di dalam pesawat. Elakkan daripada berlawan cakap atau bergaduh tidak kira di lapangan terbang, sewaktu pemeriksaan atau terutama sekali ketika di atas pesawat.
Kalau anda tidak puas hati dengan servis yang anda terima, bincang di tepi atau di belakang orang awam. Tidak perlu marah-marah atau menjerit-jerit. Mereka ini cuba membantu memudahkan urusan anda dan mereka juga manusia dan ada perasaan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Musim Mempelam Harumanis Dah Nak Mula. Kerajaan Perlis Sarankan Harumanis Jadi Pengganti Kurma Ketika Berbuka Puasa
Musim harumanis dijangka akan bermula pada awal Mei ini sehingga penghujung Jun 2019. iaitu sekitar bulan puasa nanti. Oleh itu penduduk Perlis dicadang menjadikan mempelam harumanis sebagai menu berbuka puasa bagi menggantikan kurma pada Ramadan yang bakal menjengah tidak lama lagi.
Sebut sahaja mangga harumanis, sudah pasti ramai yang terbayang keenakan serta rasa lemak buah tropika berkenaan. Isinya yang berwarna oren kekuningan ditambah dengan rasa yang manis serta berbau harum mampu memikat setiap yang melihat untuk mencubanya. Namun, apa yang membataskan pembeli ialah harga mangga harumanis yang boleh dikelaskan sebagai agak tinggi berbanding buah mangga lain.
Pengerusi Pertanian dan Asas Tani negeri, Nurulhisham Yaakob berkata, cadangan dan galakan menggantikan harumanis sebagai pencuci mulut ketika berbuka puasa sebagai alternatif sekiranya berlaku lambakan mempelam berkenaan khususnya pada bulan puasa.
Selain itu kata beliau, para pengusaha harumanis juga tidak perlu bimbang mengenai isu lambakan ini kerana Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membeli kesemua buah berkenaan yang tidak habis dijual.
Kerajaan Negeri Perlis akan menyediakan sebuah lori bagi memudahkan urusan penghantaran mempelam harumanis ke luar negeri dengan anggaran pengeluaran tahun ini sebanyak 2,100 metrik tan.
Selain dijadikan menu berbuka puasa menggantikan kurma, antara kaedah lain bagi mengelakkan lambakan mempelam berkenaan khususnya pada Ramadan adalah seperti buah tersebut dijadikan menu wajib dalam majlis kerajaan seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub baru-baru ini.
Selain itu, produk-produk harumanis juga boleh dijadikan sebagai cenderahati pada majlis-majlis khususnya pada Ramadan ini. Walau bagaimana pun dijangka sambutan orang ramai terhadap harumanis akan terus meningkat seperti tahun-tahun sebelum ini.
Tip Buah Harum Manis Dalam Keadaan Baik (Tahap Matang)
- Buah dibalut selepas 5 minggu anthesis atau saiz 16-19cm dan dipungut 8 minggu selepas balut.
- Pastikan buah yang akan dipungut berdebu, sinus telah membulat, bahu meninggi, tangkai pengasuh telah kering dan lentisel pada kulit (eksokarp) telah licin sepenuhnya.
- Pastikan bacaan brix melebih 12 menggunakan brix scanner meter.
Sumber : FB Jabatan Pertanian Malaysia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI