Nak Jejak ‘Jurrasic World Sarawak’ Tak Boleh Terus Terjah. Kena Book ‘Tour Guide’ Dulu Tau!

Share

Daerah Padawan di Kuching, Sarawak ada destinasi alam semula jadi yang sangat indah iaitu Air Terjun Bengoh.

Air Terjun Bengoh sering menjadi tumpuan mereka yang gemarkan ekspedisi serta pendakian di hutan belantara sambil menikmati keindahan flora dan fauna yang mengasyikkan.Ia boleh dianggap sebuah permata tersembunyi bagi Bumi Kenyalang. Lokasi ini juga dikenali sebagai Empangan Bengoh yang merupakan kawasan tadahan air. Pemandangan di lokasi ini begitu indah dan lebih menarik, terdapat air terjun yang cantik di hulu empangan

Semakin hari lokasi ini menjadi tumpuan ramai selepas tular beberapa bulan lalu. Ramai yang mula kongsikan gambar yang sangat cantik mengenai Bengoh Range yang berkesempatan ke sini. Ini satu lagi perkongsian yang tidak kurang menarik daripada saudara Nizar Latif yang telah berkunjung ke Jurrasic World Sarawak ini.

A trip to hidden gems of Padawan, Bengoh Dam.

Alhamdulillah berkesempatan hiking di Bengoh Dam, Padawan pada Sabtu lepas bersama-sama rakan kembara. Banyak tempat cantik di Sarawak ni, perlu banyak teroka lagi. Sejak minggu lepas, setiap hari kami pantau kes covid-19 di Kuching. Risau kalau banyak kes, tak berani juga nak ke sana. Setakat hari Khamis, kebanyakan kes dari Sabah dan telah dikuarantin. Namun, sebaik tiba di sana pada hari Jumaat, ada dua kes dan punca masih dalam siasatan. Haha terus gelabah. Jaga SOP, elakkan jalan-jalan di bandar dan tawakal. Setiap kali kembara pasti akan berlakunya kejadian-kejadian aneh:

1. Kami book tiket flight dan hotel via SNAP Air Asia. Dapat dua malam di Tune Hotel. Dijadikan cerita, Tune Hotel dijadikan pusat kuarantin. Dah sampai sana baru tau. Terpaksa jalan ke waterfront, cari hotel lain. AA mohon pulangkan semula duit hotel.
2. Sewa kereta Ertiga di kem tentera. Semasa ambil kereta, minyak hanya satu bar. Sepanjang perjalanan tak jumpa stesen minyak. Range di dashboard boleh pi sehingga 90 km. Anggaran ke Bengoh pergi balik 80 km. Haha. Berserah kepada Allah dan alhamdulillah dengan pemanduan berhemah dapat pergi dan balik. Dah sampai Kuching baru isi minyak.
3. Tak sempat bungkus makanan untuk sarapan dan tengah hari. Hanya berbekalkan biskut, coklat dan air mineral. Nasib baik tak pengsan masa hiking. Maka, makan malam tu cover dari sarapan la jawabnya. Beribu-ribu kalori.
4. Hiking di Bengoh tu senang ja. Tak letih sangat. Cumanya hari tu hujan jadi trail berlecak dan licin sedikit.

Highlight of this trip:

Bengoh Dam – Perjalanan dari Kuching mengambil masa 50 minit ke sejam. Kalau hujung minggu memang ramai orang, bersabarlah menunggu giliran masuk di pintu pagar.

Kampung Sting – Naik bot selama 20 minit dan hiking lebih kurang 15-20 minit juga. Tiba di sini, perkampungan atas bukit. Cantik, tenang dan nampak seluruh kawasan empangan dari sini. Turut ada homestay (RM 20 semalam) jika mahi bermalam di sini.

Klings/Curtain Waterfall -5 minit naik bot dari tempat mula pendakian Kampung Sting. Hiking dalam 30 minit. Kena lalu tiga jambatan buluh. Cantik sungguh air terjun ni.

Susung Waterfall – Hiking dalam 20 minit lagi dari Klings Waterfall. MashaAllah this is highlight of this trip. Rasa macam dalam fairy tales, dalam Jurassic Park, dalam cerita Maleficient (fairy godmother cc: kp. hahaha). Hilang ketaq kaki dapat tengok pemandangan indah ini.

Kos (dikira dari Bintulu):
Flight BTU – KCH – BTU : RM 167 (termasuk penginapan dua malam di Tune Hotel)
Hornbill’s Nest : RM 66
Tour guide Bengoh: RM 50
Kereta sewa: RM 90/3 + minyak RM 30/3
Lain-lain (makan minum grab): dalam +- RM 50.
Jumlah keseluruhan: RM 373.00

Trip ke Bengoh Dam perlu ditempah terlebih dahulu. Tak boleh terjah macam tu ja. Kami booked through Jacklin Simo dari Bayan Atuh Ecotourism Zone. Kebanyakan tour guide hanya terima lima orang ke atas. Nasib baik depa terima juga kami dan bergabung dengan kumpulan lain. Thank you Jacklin. Tour guide pun bijak percaturan. Selalunya mula hiking ke waterfall dulu kemudian baru ke Kg Sting. Disebabkan hari tu ramai orang, kami mula di Kg Sting dulu baru ke waterfall. Memang terbaik la. Senang ambil gambar, dah takda orang. Tak perlu tunggu giliran dan tak perlu bersesak-sesak. Alhamdulillah.

Oleh
Husna