Nak ‘Jahanam’ Dah Permainan Di Taman Tasik Titiwangsa. Come On La Rakyat Malaysia Nak Masuk 2020 Dah!

Share

Taman Tasik Titiwangsa yang kembali dibuka sejak 15 Disember lalu bagi membolehkan orang ramai beriadah telah disalahguna oleh sesetengah individu. Namun, baru beberapa hari dibuka ada beberapa gambar tidak enak telah tular. Taman itu kini menjadi sasaran vandalisme individu yang tidak bertanggungjawab.

Melalui status bertarikh 19 Disember lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memuatnaik status di laman rasmi facebooknya menasihatkan orang awam supaya tidak mengabaikan anak-anak ketika menggunakan kemudahan di Taman Tasik Titiwangsa.


Ia merujuk kepada gambar tular permainan buaian 'pendulum' yang digunakan secara salah dan membahayakan penggunanya. Unit Media DBKL turut berkongsi terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu notis tatacara penggunaan yang ditampal pada buaian tersebut.

  • Buaian direka untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun sahaja, hanya dua kanak-kanak sahaja boleh duduk di buaian pada satu masa dan risiko penggunaan adalah di bawah tanggungjawab sendiri.
  • Jangan bermain kasar, gunakan dengan berhemah, pakai kasut yang sesuai dan perlu pengawasan ibu-bapa atau penjaga pada setiap masa.
  • Ibu bapa atau penjaga turut digesa agar lebih memantau aktiviti yang dilakukan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Hai rakyat Malaysia sekalian, dan mungkin rakyat asing gunakanlah kemudahan yang telah disediakan dengan baik. Hampir masuk ke tahun 2020, cuba ubah diri ke arah lebih positif dan bertangunggjawab.

Ini antara komen yang ditinggalkan orang ramai di facebook rasmi DBKL










Oleh
Husna