Mempunyai daya tarikan tersendiri, Bukit Fraser ini cukup menarik kalau anda tahu beberapa tempat best. Memang sesuai sangat kalau anda nak cari cuaca sejuk dan lari dari kebiasaan pergi Cameron Highland.
Mungkin tak semeriah Cameron tapi masih okay kalau nak jelajah ke sini. Menurut perkongsian dan pengalaman Puan Felicia Ramzi, duduklah semalam baru lah dapat explore dengan tenang dan tak rush nak turun semula.
Naik Ke Bukit Fraser
Ini hotel yang dipilih sewaktu berjalan ke sana, Hotel Shahzan Inn- 2 single beds menghadap depan (garden view)
Maklumat tambahan:
1. Parking banyak dan luas.
2. Disediakan breakfast. Dan breakfast spreadnya sangat memuaskan hati.
3. Staf yang mesra.
4. Lokasi strategik. Turun ke jalan besar terus nampak clock tower, simbol ikonik Bukit Fraser.
5. Rancangan TV ada dalam 10 channels – semua clear sungguhpun di atas bukit.
6. Sejuk, tak perlukan aircond.
Minus points:
1. ‘Water pressure’ tak kuat. Ayu je keluarnya. Kalau kuat macam air pili bomba baru best.
2. Malam pertama, air shower tak panas. Menyesal mandi.
3. Perabot agak lama. Nak on TV sila tekan punat dekat meja katil. Punat tu takda label, jadi main la teka teki sekejap, tekan mana-mana punat sampai TV tu menyala.
Apa Yang Menarik:
1. Allan’s Water
2. The Paddock
Ads
3. Arzed Restaurant untuk lunch dan dinner. Lokasi: sebelah Taman Awam.
4. Ye Olde Smokehouse
5. Glasshouse Fraser
Ads
6. Clock Tower
7. Taman Lady Guilemard
8. Strawberry Garden tanpa strawberi
Ads
9. Istana Pahang.
Tip Naik Ke Atas:
1. Hati-hati di selekoh. Jalan sempit.
2. Awas dengan buluh yang ‘mencodong’ ke arah jalan.
3. Isi perut, jangan kenyang sangat, jangan kurang sangat juga. Kebarangkalian untuk ‘mabuk’ tu ada. Saya steady, tapi anak muntah.
4. Berhenti di Empangan Air Selangor untuk bergambar. View cantik.
5. Arzed Restaurant buka sampai 9.30pm. Saya rekomen makan sini sebab sedap dan banyak pilihan. Sedikit menunggu tapi berbaloi.
6. Kalau dalam pekan, Mimi Strawberry pun buka untuk dinner. Kalau nak santai-santai, beberapa food truck berdekatan Shahzan Inn pun ada tapi sampai 7.30pm saja.
7. Paling penting, jika berlaku kes kecemasan, ketuk saja pintu Klinik Kesihatan berhadapan Balai Polis. Atau call nombor yang tertera di pintu. Sini tak ada Farmasi atau klinik swasta kalau nak cari ubat dan lain-lain.
8. Hati-hati ramai enthusiastic cyclists naik.
Keseluruhan, best naik Fraser. Laluan naik memang agak mencabar, menyerupai Tapah. 27km itu memang berpusing sampai atas. Tapi ketenangan di Fraser, ditambah dengan keunikan bangunan dikekalkan dari dulu, membuatkan Fraser unik. Ada vibe tersendiri.
Bagi anda yang belum keluar negara, boleh lah masukkan Fraser dalam senarai becuti. Boleh tahan dan best!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Semua orang nak satu percutian yang sempurna tapi macam mana kalau tiba-tiba sekali tu kita kena scam dengan ejen atau agensi pelancongan penipu? Confirm haru percutian indah yang kita dah plan tu.
Saban hari, kita mesti akan dengar ada Makcik Kiah hujung kampung tu kena tipu nak pergi bercuti ke London, Pak Cik Leman Tok Siak Surau kena tipu duit pergi umrah, Uncle Liong kena tinggal flight pergi China. Macam-macam lagi penipuan yang berlaku.
So demi mengelakkan perkara ni terjadi, sebenarnya ada cara untuk kita elak benda-benda scam ni dari terjadi dekat diri kita. Jom kita tengok apa tips yang boleh kita buat nak elak benda-benda macam ni berlaku.
Caranya cukup mudah, download sahaja apps MyMotac dekat telefon bimbit masing-masing then check sama ada agensi pelancongan yang korang nak follow tu berdaftar dengan kementerian atau tak.
Kalau tak ada rekod, itu maknanya agensi tu tak berdaftar dan korang jangan ambil pakej dengan dia. Korang kena amik pakej dari syarikat pelancongan yang berdaftar sebab kalau ada apa-apa kes, senang nak buat tuntutan di mahkamah.
Mudahkan? Semudah 1, 2, 3. So sebagai pengguna bijak, ayuh kita buat perubahan bersama.
Sumber: Heavenly Escape Holiday
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pembukaan semula Taman Botani Perak di Taiping kembali menjadi tumpuan pengunjung dalam kalangan mereka yang sukakan aktiviti riadah berkonsepkan alam semula jadi atau taman bunga-bungaan.
Taman tersebut yang pada awalnya dibuka untuk kunjungan orang ramai pada 16 Ogos tahun lalu terpaksa dihentikan operasinya selama kira-kira empat bulan berikutan penularan Covid-19, dan dibuka semula pada 4 Ogos 2020 lalu, dengan amalan norma baharu dan Prosedur Operasi Standard SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Bilangan pengunjung yang dibenarkan masuk pada satu-satu masa pula ialah seramai 500 orang maksimum. Malah pengunjung juga dikehendaki melalui saringan suhu badan serta mengisi maklumat diri sebelum masuk ke Taman Botani Taiping. Bagi memastikan pengunjung yakin dan selamat, maka kerja-kerja penyahkuman pada permukaan yang kerap disentuh akan dilakukan setiap hari oleh kakitangan TBP. Selain itu, cecair sanitasi (hand sanitizer) turut disediakan di kaunter masuk bagi kegunaan pengunjung.
Pembangunan taman tersebut dilaksanakan menerusi Program Penyelidikan dan Pemuliharaan Landskap JLN dengan persetujuan Majlis Perbandaran Taiping bagi menjadikan Taman Tasik Taiping sebagai Taman Botani Taiping dengan restu daripada Kerajaan Negeri Perak. Taman Botani Taiping adalah mewakili Zon Semenanjung Malaysia. Taman Botani Taiping berkonsepkan muzium hidup tumbuhan-tumbuhan yang ditafsirkan sebagai satu pusat mengumpul dan mempamerkan pelbagai koleksi tumbuhan yang mempunyai nilai estetik dan saintifik.
Kategori laman
Laman Endemik Zon Utara – Zon penanaman yang mewakili spesies endemik yang hanya terdapat di sekitar negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Antara tanaman ialah pokok Maingaya, mata pelanduk Langkawi dan Nyatuh Pulau Pinang
Laman Melayu Perak – Mewakili spesies yang berunsurkan nama-nama daerah dan tempat di negeri Perak seperti pokok kangsar, ipoh, kemunting, beruas dan sungkai.
Laman Palmatum- Merangkumi pelbagai spesies palma antaranya termasuklah pinang raja, Queen Sago dan Serdang.
Laman Tema – Sebagai taman terbuka yang mengenengahkan semua spesies mewakili setiap laman di Taman Botani Perak antaranya termasuklah pokok daun payung perak, kurma, beruas dan binjai.
Spesies istimewa
Johannesteijsmania perakkensis – Daun payung perak, yang merupakan satu-satunya spesies Perakensis yang ditanam di TBP.
Samanea saman Yellow Hujan-hujan permaisuri, pokok yang simbolik dengan Taman Tasik Taiping.
Pada masa ini kemasukan pengunjung ke Taman Botani Taiping masih percuma. Walau bagaimana pun, MPT sedang mempertimbangkan caj konservasi wajib bermula 1 Januari 2021 tahun depan pada harga RM2 kepada setiap pengunjung, kecuali kanak-kanak di bawah 12 tahun. Caj konservasi ini adalah salah satu usaha membantu ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna yang terdapat di TBP terutamanya spesies-spesies tumbuhan terancam yang tersenarai dalam buku Malaysia Plant Red list Peninsular Malaysia 2012 seperti pokok paku aji atau bogak yang ditanam di Laman Endemik Zon Utara dan Laman Tema.
INFO
Taman Botani Perak
Jumlah pengunjung sejak mula dibuka 16 Ogos 2019 hingga 17 Mac lalu adalah 52,579 orang.
Memiliki pelbagai koleksi tumbuhan yang mempunyai nilai estetik dan saintifik.
Projek pembangunan fasa satu melibatkan sebanyak 12,445 tumbuhan pelbagai kategori dan 122 spesies.
Dibuka pukul 8.30 pagi hingga 7 malam.
Pengunjung tidak dibenarkan masuk semasa hari hujan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Fasa Pertama Taman Botani Taiping seluas 14.38 hektar siap dibina pada 16 November 2018 dengan pembangunan fizikal membabitkan kawasan seluas 6.24 hektar, manakala kawasan selebihnya seluas 8.14 hektar dikekalkan sebagai kawasan berhutan dan badan air, selain pembangunan kemudahan infrastruktur untuk keselesaan pengunjung.
image via google | sumber: utusan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!