Nak Buat Umrah DIY, Wanita Ni Kongsi Bajet Lengkap untuk 17H17M Beribadat Di Tanah Suci Mekah & Madinah!

Share

Selepas kerajaan Malaysia mengumumkan kelonggaran untuk yang ingin menunaikan umrah di tanah suci Mekah dan Madinah, semakin ramai yang tak lepaskan peluang untuk berkunjung ke bumi Harmain itu.

Selain mengikuti pakej yang disediakan oleh banyak agensi pelancongan, ada juga yang membuat Umrah DIY iaitu menguruskan kesemuanya secara sendiri. Namun menurut Nurul Wahidah Mahamud, untuk yang baru pertama kali ingin menunaikan ibadah tersebut sebaiknya menggunakan perkhidmatan pakej yang banyak ditawarkan kerana bimbang tidak arif dengan pantang larang sepanjang mengerjakan ibadat umrah di sana.

Ikuti perkongsian Nurul Wahidah Binti Mahamud dan suami serta beberapa orang rakan yang berkesempatan membuat umrah DIY pada Mac yang lalu. Semoga bermanfaat untuk semua!

Umrah DIY

Since ramai yang bertanya camna nak buat umrah secara DIY dan berapa kos keseluruhan..maka hari ini, saya share sikit dulu apa yang saya ingat ya.

Segala apa yang saya tulis ni berdasarkan peraturan or syarat-syarat semasa setakat 19hb Mac 2022 ya..selepas tu, kena keep updating dengan syarat-syarat semasa kerajaan Arab Saudi dan Malaysia ya.

Trip umrah secara DIY yang pertama kami.

3hb Mac hingga 19hb Mac 2022

17Hari 17Malam

Perkara yang perlu dibuat ikut no ya:

  1. Passport = RM200 x 2 pax :RM400
  2. Visa pelancong (online)= RM 650.00 x 2 pax = RM 1300
  3. Flight tix (Etihad airways (return)= RM3180(hrga cuti sek) x 2 = RM6360 KLIA-Abu Dhabi -Jeddah
  4. Insurans (cover covid case) = RM 188.20 x 2: RM376.40 (Etiqa International Tripcare 360 takaful)
  5. Hotel di madinah (Dar Al naeem)= RM120 x 6N x 2 pax : RM144
    Hotel di Mekah (Jawad alyad)=RM120 x 5N x 2 pax = RM1200
    Extend hotel (Hotel Al Siraijy)= RM144 x 4N=RM576
  6. Sewa bas (share ramai2) = RM200 x 2 pax= RM400
  7. Mutawwif (share ramai2) = RM200 x 2 pax = RM400
  8. Makan/minum(kami mkn sndIri) = RM70 x 17 hari= RM1290 (x guna abis sbb ada org sedekah food n belanja)
  9. Ziarah luar (share ramai2)=RM270 x 2 pax =RM 540
  10. Extend flight fee (5 hari) =RM126 x 2 pax = RM252
  11. Transport pi Miqat(Niat umrah)= RM100 x 2 pax = RM200
  12. Duit belanja lain (shopping ke) = RM3000 *tukaq siap2 ke SR kat Malaysia..lg byk dpt..
  13. PCR test (KLIA) =RM260 x 2 pax =RM520 (valid dlm 48 jam sblm smpai jeddah)
  14. PCR test Mekah = RM200 x 2 pax = RM400
  15. Borang Al-Muqeem (online -untuk msuk Arab Saudi) free -diisi 3 hari sebelum berangkat ke sana
  16. simcard Arab Saudi(mesti ada sebab nak guna Apps Tawakalna dan Eatamarna(mcm mysejahtera tu) untuk booking slot Rawdah dan umrah =RM110 x 2pax = RM220(kami beli kt airport Jeddahh sebab boleh signup apps cepat dan nak booking slot rawdah masa dalam bas otw ke Madinah tu)

*Total =RM 18,874.40* (termasuk duit shopping aka duit poket ye rm3000)

Kalau nak tau jimat ke trip secara DIY ni..untuk first time, mungkin kos agak banyak sebab maklumlah first time dan ditambah plak dengan SOP dalam pandemik covid-19 ni.

Kami tak biasa p trip umrah lagi sblm ni..tapi kami besa buat umrah..

Dinasihatkn untuk yang tak besa buat umrah, elok p dengan pakej yang banyak disediakan untuk first time sebab banyak pantang larang semasa berihram,tawaf wida’,  adab-adab masuk Masjidilharam, Masjidil Nabawi dan apa yang boleh dibuat dan diisi semasa dikedua-dua Tanah Suci ni akan lebih diterang details oleh ustaz-ustaz yang menerajui pakej umrah..sebab trip ke Tanah Suci ni tak sama peraturannya macam kita p trip DIY brcuti ke oversea …silap terlanggaq pantang larang (kena bayaq dam) tak pasal-pasal kita berhutang dengan Allah..bukan dengan manusia ya..

Walaupun pergi secara DIY, keluarkan duit sikit untuk bayaq mutawwif ya untuk mutawwif refresh ilmu umrah yang kita ada sebelum ni..kecuali anda p tiap-tiap bulan ke Tanah suci la..

Kebaikan umrah DIY ni ialah anda boleh stay selama mana anda suka ikut bajet dan niat apa anda nak buat di tanah Suci la..tapi kami terpaksa balik dahhh sebab cuti sekolah dah abih..huhuhu

 

 

Oleh
SAHR