
Sampai di Kuala Kurau, anda boleh berdamai dengan suasana sawah padi yang mampu tenangkan emosi. Terletak di daerah Kerian, Perak, tempat ini terkenal sebagai salah-satu jelapang padi.
Jadi, kalau anda nak bercuti dengan melihat kedamaian kampung dan sawah padi, boleh pilih daerah ini sebagai salah satu tempat ‘laga hati’.
Suasana Kampung Tapi Ada Kolam Renang
Ada banyak homestay disini, salah satunya adalah Homestay Dahlia II, Batu 4,Parit Haji Amin, Kuala Kurau.
Ada banyak jenis homestay disini. Semuanya selesa. Kolam renang pula besar, boleh tengok sawah padi. Petang-petang boleh naik ATV atau main di tali air.
Selain ada tempat mandi, anda juga boleh pusing naik basikal di kawasan ini melihat kehijaun sawah padi.
Lokasi:
Homestay Dahlia II, Batu 4,Parit Haji Amin, Kuala Kurau, Perak.
Hah, jadi kalau anda rasa rindu sangat dengan suasana kampung atau berniat nak bawa anak-anak healing, boleh datang ke Kuala Kurau!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Saksikan Keindahan Sunset Dari Atas Pokok, Jom Staycation Rumah Hutan Di Rainforest Tree House

Kita sering menyaksikan keindahan matahari terbit dan terbenam di pantai. Suasananya ketika itu sangat indah ditambah bunyi desiran ombak. Terasa romantik ditambah kalau pergi berbulan madu. Jika menyaksikan matahari naik dan terbenam itu biasa bagi seseorang, apa kata cuba menikmati keindahan ini di puncak pokok pula. Terasa lebih rare kan.
Dan semua pemandangan indah ini korang boleh lihat kalau bercuti ke Rainforest Tree House yang terletak di Kulai, Johor. Jadi bagi yang tengah merancang ke Johor dan mencari tempat penginapan yang berkonsepkan hutan, inilah lokasi boleh singgah.
Untuk info, Rainforest Tree House merupakan tempat penginapan yang berkonsepkan hutan tetapi ia memberikan value yang sangat menarik. Ianya seolah-olah membuatkan anda berada dalam ‘survival mood travel’. Apa yang lagi menarik, sesetengah biliknya berada di atas pokok. Kalau ada mood gayat, abaikan tapi rugilah kerana viewnya memang berbeza.
Mesti sejuk kan bila nak tidur pada waktu malam. Apabila tibanya pagi, anda boleh menyaksikan terbitnya matahari dan demikian juga pada waktu senja. Part nyamuk memang banyak tapi jangan risau kerana setiap katil disediakan sekali dengan kelambu, di mana anda dapat tidur tanpa sebarang gangguan nyamuk.
Penginapan disini pasti akan memebuatkan anda berasa lain kerana konsepnya yang sangat unik dan menenangkan. Jom ajak rakan-rakan ke sini nanti! Ia bukan saja menawarkan percutian menarik tapi banyak aktiviti boleh cuba termasuk yang suka hiking kerana ia turut ditawarkan. Perjalanan dari Johor Bahru pun tak lama, lebih kurang 40 km saja.
Jadi, bolehlah rancang ke tempat ini ya.
Jalan Air Terjun, Kampung Sri Gunung Pulai, 81000 Kulai, Johor
[WAZE] Rain Forest Tree House
Facebook Page Rainforest Tree House,
https://www.facebook.com/rainforest.treehouse.johor
Instagram Rainforest Tree House,
https://www.instagram.com/rainforesttreehouse/
#RainforestTreeHouse
#TourismJohor
#majesticjohor
#traveljohor
#yokroundjohor
Sumber : Tourism Johor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Caravan Camping Di Sakhom Songkla Thailand, 1jam Dari Bandar Hatyai

Isi Kandungan
ToggleSesekali dapat pengalaman caravan camping di tepian pantai, memang syok! Nak-nak merasa di Sakhom Songkla Thailand yang jaraknya cuma 1 jam dari Bandar Hatyai.
Nak tahu apa yang best, jemput baca perkongsian daripada Nur Adeela Mokhtar ini dulu. Boleh terus catat tempat menarik yang patut anda singgah bila sampai di sana nanti.
Caravan Camping Di Sakhom Songkla Thailand
Wanita ini kongsi satu tempat yang sangat lah cantik dan murah. Anda boleh cuba dapatkan pengalaman sendiri tidur dalam caravan luxury ni depan pantai.
Okay, harga 1 malam 3500 bath convert to RM lebih kurang RM450 per night.
Caravan ini muat untuk 3-4 orang di dalamnya. Muslim owner, jadi anda jangan risau.
Bab harga pula termasuk sekali sarapan. Kira bangun pagi, boleh lah makan makan tepi pantai.
Dari bandar Hatyai lebih kurang 1jam untuk sampai ke sini. Jadi kalau anda bercuti di Hatyai, boleh plan 1 malam stay sini.
Ada street food berdekatan sini. Around 15 minit. Anda waze saja Sakom Lotus. Sini 90% makanan halal dan murah gila makanan kat sini.
Kebanyakan orang di sini fasih cakap melayu. Sebab asal dari Pattani. Jadi bahasanya kita boleh faham.
Owh ya, aktiviti kat sini surfing percuma. Kalau anda pandai main surf, boleh lah sebab percuma sahaja.
Kalau nak mandi pantai pun boleh. Kemudian anda boleh bbq juga. Bbq pit pun percuma sahaja.
Kepuasan Tempat Di Sini
– Staff super friendly boleh cakap Melayu.
– Kawasan memang bersih dan tandas open space.
– Toilet dalam caravan pun ada.
Selain caravan diaorang juga ada glamping tent. Jadi kalau nak merasa tidur tent boleh booking yang tent.
Best kat sini sebab dapat pengalaman tidur dalam caravan harga mampu milik plus pemandangannya sangat indah.
Jadi kepada anda yang nak merasa suasana tidur berbeza waktu bercuti, boleh lah cuba pilih Caravan Camping di Sakhom Songkla. Apa yang penting, dapat rasa ‘healing’ di tepian pantai!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tanda Cintakan Negara, Jom Jejak Sejarah Di 5 Muzium Ada Kat Selangor Ni

Terdapat banyak muzium bersejarah yang dapat dilawati bagi memperingati jasa wira-wira yang memperjuangkan Tanah Melayu daripada jajahan negara Eropah. Lawatan bersejarah ke Malaysia tidak pernah mengecewakan dalam menawarkan kenangan bermakna serta signifikan. Dengan adanya muzium sejarah, ianya dapat memupuk semangat cintakan negara dan mengukuhkan perpaduan sesama rakyat.
Oleh itu, di bawah merupakan senarai muzium yang boleh dilawati di Negeri Selangor:
- MUZIUM INSITU JUGRA, KUALA LANGAT
Muzium Insitu Jugra merupakan bangunan runtuhan lama yang menjadi Balai Polis Daerah pada tahun 1878 dibina oleh Pegawai British, Kapten Harry Charles Syers dan kemudian dijadikan tempat pusat pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Selangor. Kini IA berfungsi sebagai muzium dengan 3 ruang pameran yang berisi paparan sejarah. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke muzium ini tetapi fotografi tidak dibenarkan. Pengunjung boleh melawati muzium ini bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang (Sabtu hingga Khamis) dan 9.30 pagi – 12 tengah hari dan bersambung pada pukul 2.45 petang hingga 5.30 (Jumaat).
Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: info@heritage.gov.my
- GALERI DIRAJA SULTAN ABDUL AZIZ, KLANG
Terletak di Klang, Selangor, Galeri Diraja ini dibina sebagai sebuah peringatan kepada Almarhum Sultan Selangor Salahuddin Abdul Aziz Shah. Bangunan muzium ini mula dibina pada tahun 1909 sebagai Bangunan Sultan Sulaiman di mana kerajaan Inggeris menggunakan bangunan tersebut sebagai Pejabat Tanah dan pentadbiran semasa Tanah Melayu British. Selain itu, bangunan ini juga pernah dijadikan markas Jepun semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Pada tahun 1957 selepas kemerdekaan Tanah Melayu, bangunan ini dijadikan Pejabat Daerah Klang dan mula dibuka sebagai Muzium Peringatan pada tahun 1988 dan mula dirasmikan pada 19 Oktober 2007 oleh Sultan Sharafuddin sehingga kini. Galeri ini dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dan dibuka pada pukul 10 pagi hingga 5.00 petang, Isnin dan cuti umum ditutup. Masuk adalah percuma.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ke: 03-3373 6500
- MUZIUM KUALA SELANGOR, KUALA SELANGOR
Muzium Kuala Selangor ini menempatkan peninggalan sejarah Selangor yang boleh diketahui seperti batu nisan, senjata, tombak, meriam dan lain lain yang mana ia digunakan pada masa peperangan dari awal Kesultanan Selangor oleh Sultan Salehuddin (Raja Lumu) pada tahun 1766. Selangor juga mempunyai pertempuran tempatan (Perang Saudara) dan juga pertempuran yang diperjuangkan dengan Belanda dan Inggeris. Perang Saudara melibatkan Sultan Abdul Samad, Raja Mahmud, Raja Abdullah dari Kuala Lumpur, Raja Sulaiman (penguasa Klang), Tengku Kudin, dan Raja Mahadi. Ia kemudiannya adalah pertempuran untuk mendapatkan kuasa dan permainan politik di antara mereka yang berkuasa. Muzium ini terletak berhampiran dengan Altingsburd Lighthouse yang mana pengunjung boleh lawati selepas ke Muzium Kuala Selangor ini. Sekarang, muzium ini dibuka pada setiap hari bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang.
Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: www.padat.gov.my
- PUSAT WARISAN KAJANG, KAJANG
Penubuhan Bandar Kajang adalah hasil daripada perlombongan bijih timah dan penanaman getah. Pada tahun 1850-an, Daerah Hulu Langat merupakan tempat pertama untuk perlombongan bijih timah yang berada di Rekoh. Sultan Abdul Samad menawarkan untuk membuka lombong bijih timah di Bukit Arang kepada Towkay Chin Ah Chan pada tahun 1868. Pendatang Mandailing dari Sumatera adalah pelopor dalam membuka kawasan hutan di sekitar Kajang. Pengunjung boleh melawat ke Pusat Warisan Kajang ini pada hari minggu sahaja pada pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang yang menawarkan pelbagai koleksi yang berkaitan dengan Bandar Kajang dan Daerah Hulu Langat.
Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: leekimsin@gmail.com
- MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, PETALING
Muzium ini merupakan lambang utama warisan budaya dan pembangunan di Negeri Selangor dan reka bentuk bangunan ini adalah berdasarkan seni bina Minangkabau. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1974 dan dinamakan sempena nama Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor yang ke-7. Muzium ini memaparkan artifak prasejarah penempatan manusia awal dan serpihan gendang dari zaman Gangsa (Dong Son) sejak tahun 600 SM. Malah, museum ini juga menceritakan sejarah Selangor dari zaman kerajaan Portugis, Bugis, Belanda, Melaka dan Kesultanan Johor sehingga Hari Kemerdekaan. Kini, muzium ini boleh dilawati secara percuma dan dibuka pada hari Selasa hingga Ahad sahaja bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: info@padat.gov.my
Jom tavel domestik, mula dengan Pusing Selangor Dulu!
image/sumber via Tourism Selangor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI