Pada musim cuti sekolah atau cuti umum semua kos dan lokasi percutian yang anda ingin jejak meningkat mendadak. Hajat hati ingin bercuti, tapi apa kan daya duit dalam bank sangat mencemburui. Bagi yang mempunyai anak-anak, pasti anda terasa sedikit ralat kerana tidak dapat membawa mereka pergi bercuti kan?
Jangan risau, ini tip percutian pada musim cuti sekolah atau cuti umum untuk anda lakukan walaupun dengan bajet terhad.
Balik Kampung
Anda hanya perlu menggunakan modal untuk perjalanan pulang ke kampung. Pulang ke kampung juga seakan sebuah percutian yang menyeronokkan bagi kanak-kanak terutamanya untuk melihat datuk atau nenek. Habiskan sahaja masa anda hanya di kampung.
Berkhemah
Memilih berkhemah di mana-mana lokasi menarik adalah idea percutian cukup menyeronokkan. Ajak rakan atau keluarga berkhemah. Makan dan minum semuanya anda boleh sediakan sendiri dan dalam masa yang sama boleh mengawal duit keluar masuk. Pastikan lokasi berkhemah anda punyai kemudahan seperti tandas dan tapak perkhemahan yang selamat. Elakkan daripada berkhemah di kawasan yang bahaya.
Bercuti Dekat-Dekat Je
Tidak perlu pergi jauh jika ingin bercuti. Tempat menarik di tempat anda pasti banyak seperti taman rekreasi, taman tema, pantai termasuk destinasi makanan tempatan. Mengunjungi tempat menarik berdekatan kediaman atau bandar bukan saja menjimatkan, tetapi menyenangkan. Maka anda tidak perlu redah kesesakan jalan raya yang melanda di banyak lokasi percutiaan ketika musim cuti.
Bercuti Di Rumah Teman Rapat Atau Saudara Mara
Jika anda mempunyai saudara mara atau kenalan rapat yang tinggal jauh dari tempat asal anda, cuba buat perancangan untuk melawat mereka dan beritahu tujuan anda untuk datang bercuti di tempat mereka. Pilihan ini pasti menjimatkan kos penginapan. Selain dapat penginapan selesa, makanan yang dijamu juga pasti memenuhi selera. Namun, jangan lupa turut membantu saudara anda sebagai tanda berterima kasih kepada mereka. Disebabkan mereka penduduk tempatan di tempat itu, anda juga pasti akan dibantu dari segi cadangan lokasi pelancongan untuk dilawati, kedai makan mana yang sedap dan destinasi membeli buah tangan yang berbaloi harganya.
Rancang Hari Lain
Bercuti ketika bukan musim cuti cara terakhir untuk mendapatkan percutian menjimatkan. Ya, ini cadangan yag pastinya memuaskan hati sesiapa sahaja. Biasanya, harga hotel akan memberi diskaun tinggi berbanding pada hari biasa. Begitu juga dengan tambang pesawat atau tiket masuk destinasi pelancongan lain, harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Apa-apa pun tepuk dada tanya selera!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI