Nak Bercuti Ke Sarawak Dengan Bajet Murah? Korang Grab Promosi ‘Sia Sitok Sarawak’! Berbaloi

Share

Sarawak menawarkan pelbagai macam keistimewaan yang pasti membuatkan sesiapa saja teruja untuk berkunjung ke Bumi Kenyalang ini. Sarawak negeri yang terbesar di Malaysia punya destinasi pelancongan yang pelbagai perlu dilawati.

Nak pusing satu Sarawak memang tak cukup hanya untuk beberapa hari dan pastinya perlukan belanja yang lebih. Oleh itu, anda yang bercadang bercuti di Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi terbaru dan semestinya menjimatkan wang anda


Lembaga Pelancongan Sarawak telah melancarkan kempen pelancongan "Sia Sitok Sarawak" atau “Here and There Sarawak” dalam satu lagi usaha memacu industri pelancongan negeri. Kempen itu akan membolehkan penduduk tempatan dan juga mereka yang memiliki permit kerja di Sarawak, menikmati produk-produk pelancongan dalam negeri pada potongan harga sehingga 50 peratus.












  • Jualan produk-produk berkenaan adalah dalam tempoh tiga bulan antara 15 Julai dan 15 Okt, dengan tempoh perjalanan bermula hari ini sehingga 31 Disember ini.
  • Kempen Sia Sitok Sarawak menawarkan lebih 30 tempat menarik, lawatan dan aktiviti di Kuching, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Mulu, termasuk lawatan sehari, serta lawatan penuh beberapa hari lengkap dengan penginapan dan makanan.
  • Antara pakej unik dan menarik yang ditawarkan semasa kempen termasuk pelayaran di Sungai Sarawak, Irrawaddy Dolphin Cruise di Santubong, memerhati burung di Taman Negara Kubah, aktiviti menyelam di Pulau Sarang, lawatan ke Kuching Wetland dan lawatan ke Taman Negara Bako.
  • Lain-lain pakej termasuk lawatan ke Taman Negara Tanjong Datu, bermain golf di Eastwood Golf Miri, lawatan ke Bintangor dan Sarikei Countryside, meneroka Bintulu, menjelajah Mukah-Melanau, meninjau Gua Silabur, dan lawatan ke Kampung Sting.
  • Melalui kempen ini, bayaran untuk menyertai Sarawak River Sunset Cruise diturunkan daripada RM50 kepada RM25 seorang, manakala lawatan ke Taman Negara Mulu yang biasanya berharga sekitar RM2,000 kini ditawarkan pada harga RM600, tidak termasuk tambang tiket penerbangan.



Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Sia Sitok Sarawak, orang ramai boleh melawat laman web di alamat https://sarawak.travel/explore-all dan tempahan boleh dibuat di https://siasitoksarawak.rezgo.com/

Oleh
Husna