Sarawak menawarkan pelbagai macam keistimewaan yang pasti membuatkan sesiapa saja teruja untuk berkunjung ke Bumi Kenyalang ini. Sarawak negeri yang terbesar di Malaysia punya destinasi pelancongan yang pelbagai perlu dilawati.
Nak pusing satu Sarawak memang tak cukup hanya untuk beberapa hari dan pastinya perlukan belanja yang lebih. Oleh itu, anda yang bercadang bercuti di Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi terbaru dan semestinya menjimatkan wang anda
Lembaga Pelancongan Sarawak telah melancarkan kempen pelancongan "Sia Sitok Sarawak" atau “Here and There Sarawak” dalam satu lagi usaha memacu industri pelancongan negeri. Kempen itu akan membolehkan penduduk tempatan dan juga mereka yang memiliki permit kerja di Sarawak, menikmati produk-produk pelancongan dalam negeri pada potongan harga sehingga 50 peratus.
Ads
Ads
Ads
Jualan produk-produk berkenaan adalah dalam tempoh tiga bulan antara 15 Julai dan 15 Okt, dengan tempoh perjalanan bermula hari ini sehingga 31 Disember ini.
Kempen Sia Sitok Sarawak menawarkan lebih 30 tempat menarik, lawatan dan aktiviti di Kuching, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Mulu, termasuk lawatan sehari, serta lawatan penuh beberapa hari lengkap dengan penginapan dan makanan.
Antara pakej unik dan menarik yang ditawarkan semasa kempen termasuk pelayaran di Sungai Sarawak, Irrawaddy Dolphin Cruise di Santubong, memerhati burung di Taman Negara Kubah, aktiviti menyelam di Pulau Sarang, lawatan ke Kuching Wetland dan lawatan ke Taman Negara Bako.
Lain-lain pakej termasuk lawatan ke Taman Negara Tanjong Datu, bermain golf di Eastwood Golf Miri, lawatan ke Bintangor dan Sarikei Countryside, meneroka Bintulu, menjelajah Mukah-Melanau, meninjau Gua Silabur, dan lawatan ke Kampung Sting.
Melalui kempen ini, bayaran untuk menyertai Sarawak River Sunset Cruise diturunkan daripada RM50 kepada RM25 seorang, manakala lawatan ke Taman Negara Mulu yang biasanya berharga sekitar RM2,000 kini ditawarkan pada harga RM600, tidak termasuk tambang tiket penerbangan.
Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Sia Sitok Sarawak, orang ramai boleh melawat laman web di alamat https://sarawak.travel/explore-all dan tempahan boleh dibuat di https://siasitoksarawak.rezgo.com/
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Berita baik untuk yang nak travel ke Sabah, mulai semalam syarat kemasukan ke negeri ini dipermudahkan di mana tiada lagi keperluan buat ujian RTK sebaliknya hanya perlu lengkap dua dos vaksin sahaja mulai 1 Disember 2021.
Tapi bagi ahli keluarga yang ada anak berusia 12 tahun ke atas yang belum divaksin, belum lengkap di vaksin atau belum menerima vaksin bagi yang layak WAJIB melakukan ujian saringan Covid-19 dan menunjukkan slip keputusan ujian negatif di pintu masuk Sabah.
Manakala bagi individu yang belum divaksin atau belum menerima vaksin lengkap tertakluk dengan SOP sedia ada iaitu membuat ujian saringan Covid-19 tiga hari sebelum memasuki Sabah dan mengisi borang deklarasi kesihatan.
Menurut Berita Harian, Kerajaan Sabah membenarkan kemasukan pelawat yang lengkap vaksin COVID-19 ke negeri itu tanpa perlu menjalani ujian saringan COVID-19 berkuat kuasa 1 Disember ini.
Kelonggaran terbaharu prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri ke Sabah itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor sempena Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, Sabah juga sudah bersedia menerima kemasukan pelancong antarabangsa sejurus Kerajaan Pusat membuka semula sempadan negara bermula tahun depan. “Sehingga November 2021, sebanyak 266 penerbangan mingguan beroperasi ke Sabah dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu, Labuan dan Sarawak dengan 43,000 kapasiti tempat duduk.
“Bagi penerbangan dalam negeri Sabah pula, sebanyak 123 penerbangan mingguan beroperasi ketika ini dengan kapasiti 16,720 tempat duduk menghubungkan Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau,” katanya dalam kenyataan selepas pelancaran pameran pelancongan Sabah sempena MATTA Fair yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
Yang turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Jafry Ariffin; Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Ariffin Arif; Pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai dan Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang.
Kerajaan negeri sebelum ini mewajibkan kemasukan pengunjung dari Semenanjung dan Sarawak menjalani ujian saringan COVID-19 dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan walaupun sudah lengkap vaksin.
Sementara itu, Sabah mengambil bahagian secara besar-besaran dalam pameran pelancongan MATTA Fair kali ini dengan 12 gerai pameran bagi mempromosikan produk pelancongan Sabah sejajar pemilihan negeri itu sebagai Destinasi Pilihan Malaysia oleh MATTA untuk kali ketiga selepas 2015, 2019.
Hajiji berkata, Sabah tidak menghadapi masalah untuk memenuhi keperluan penginapan pelancong, malah tambahan 3,506 bilik hotel dijangka meningkatkan lagi kapasiti sedia ada dengan pembukaan sebanyak 11 hotel baharu pada tahun depan.
Pada masa sama, katanya kerajaan negeri turut melaksanakan Pelan Pemulihan Pelancongan Sabah untuk segmen domestik dan antarabangsa bagi memperbaiki promosi pelancongan, termasuk menukar pasaran ketika pandemik COVID-19.
Katanya, Lembaga Pelancongan Sabah (STB) bekerjasama dengan pemain industri untuk melaksanakan ekspo pengembaraan, promosi dan latihan mengenai perkembangan destinasi pelancongan.
“Ini termasuk mewujudkan semula keyakinan pelancongan dan perdagangan melalui dengan negara seperti China, Korea, Norway, Indonesia, Brunei, India, Dubai, Itali, Kazakhstan dan Turki.
“STB juga bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan membantu mereka mewujudkan semula penerbangan terus untuk pengembara domestik dan antarabangsa,” katanya.
Sektor pelancongan menjadi antara penyumbang penting kepada ekonomi negeri itu dan digariskan sebagai antara sektor utama yang akan dibangunkan melalui Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilaksanakan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Sebelum pandemik COVID-19, sektor pelancongan Sabah merekodkan ketibaan 4.1 juta pelancong dengan perolehan RM8.342 bilion dan RM12 juta cukai pelancongan pada 2019.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Melancong sememangnya menjadi aktiviti kesukaan ramai. Ada yang memilih untuk melancong bersama teman-teman, keluarga, atau berseorangan. Tidak kisah apa cara pilihan konsep pelancongan idaman anda, melancong pasti memberi 1001 pengalaman berharga kepada kalian untuk dikenang seumur hidup. Ada yang penuh dengan keseronokan, ada juga perlu menempuh detik menakutkan.
Tahun 2020 mencatat pelbagai cerita suka duka dunia pelancongan apa lagi bila dunia dikejutkan dengan wabak pembunuh,Covid-19. Ketika itu terdapat puluhan ribu rakyat kita berada di luar negara. Apabila satu persatu negara mengumumkan ‘lockdown’ bukan sahaja rakyat kita terkandas, malah ratusan ribu orang dari seluruh dunia terkandas di negara asing. Setiap negara mula menutup sempadan negara. Menghentikan penerbangan dan pelancong tiada pilihan selain terpaksa hidup ‘terkurung’ kerana tidak dibenarkan keluar atau pulang ke negara masing-masing.
Segala-galanya berubah sekelip mata. Segala perancangan yang diatur hancur. Lebih parah lagi apabila wang yang ada tidak dapat menampung perbelanjaan. John Ho, adalah antara ribuan rakyat Malaysia yang perlu berhadapan dengan situasi ini apabila terpaksa memanjangkan tempoh ‘percutian berseorangannya’ di New Zealand gara-gara penularan wabak COVID-19 ini. Bukannya dia tidak mahu pulang ke negara, akan tetapi semua penerbangan keluar dan masuk di New Zealand ditutup bagi mengelak pertambahan kes COVID-19.
Percutian itu bertukar menjadi sesuatu yang pahit untuk dikenang. Pelbagai rintangan dan dugaan perlu ditempuhnya. Berseorangan, tidak mempunyai duit dan makanan sehingga berasa tidak berdaya ketika berada di sana. Jika rakyat Malaysia mengalami kesukaran kerana perlu menjalani perintah kawalan pergerakan di rumah sudah menyusahkan dan menyesakkan jiwa, bayangkan jika terkandas seorang diri di negara asing di saat-saat getir ini.
Ikuti kisah pengalaman John Ho yang berada di negara asing, sepanjang lockdown di sana menerusi dokufilem eksklusif Malaysia vs. Covid-19: #KitaJagaKita secara serentak pada Sabtu, 12 September 6pm di Astro Ria, AEC, Vinmeen HD, Hello Awani atau strim di Astro GO!
Foto: Astro | Sumber: Astro
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hujan lebat lebih dua jam bermula 2 petang semalam, mengakibatkan beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat.
Limpahan Sungai Klang menyebabkan sekitar Masjid Jamek termasuk stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek serta hadapan Bank Muamalat Jalan Melaka yang terletak di tepi sungai itu kelihatan seakan pulau dengan beberapa kenderaan termasuk motosikal ditenggelami air. Foto-foto kejadian tersebut telah tular dan mengundang simpati seluruh rakyat Malaysia.
Antara kawasan lain terjejas termasuk Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Jalan Semarak, Lorong Ayer Leleh 5 dan Jalan San Ah Wing, Kampung Semarak.
Terdapat jalan utama yang dinaiki air menyebabkan beberapa kenderaan ditenggelami air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan. Pemantauan dilakukan di Lebuh Ampang mendapati banjir kilat setinggi 1.5 meter namun tiada mangsa terbabit.
Banjir kilat setinggi satu meter turut dilaporkan berlaku di Jalan Raja Alang, Kampung Baru dan Jalan Gurney Kiri Off Jalan Semarak. Tiada kemalangan jiwa dan mangsa yang terbabit di dua lokasi berkenaan.
Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di kawasan lain antaranya Jalan Genting Klang apabila laluan utama itu dinaiki air dan terdapat kenderaan terperangkap susulan paras air dianggarkan 0.4 meter. Selain itu, terdapat juga perkongsian daripada orang awam mengenai keadaan di Balai Polis Gombak dan jalan di Danau Kota yang dilanda banjir.
image via FB Warga Wilayah | Sumber: SinarHarian
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!