Nak Ambil Angin Petang Di Teluk Intan? Try Lah ‘Sunset River Cruise’

Share

Pelayaran reakreasi merupakan aktiviti yang banyak disediakan di destinasi tumpuan pelancong untuk bersiar-siar melihat panorama indah menggunakan pengangkutan air. Selalunya kapal dan bot persiaran bersaiz kecil dan sederhana digunakan sebagai tarikan produk pelancong di kawasan tersebut.

Nak dikatakan terlalu mahal, rasanya tidaklah terlampau tinggi bayaran dikenakan. Tetapi harga yang dibayar berbaloi dengan kemudahan dan kepuasan pengunjung yang teringin bersiar-siar bersama tersayang. Ada beberapa destinasi yang terkenal dengan aktiviti ‘cruise’ ini di Malaysia antaranya seperti yang dikongsikan oleh saudari Nia Aurora

Mesti ramai dikalangan kita masih tercari-cari tempat yang best sambil menikmati sunset di atas boat disajikan pemandangan yang cantik diselit dengan keindahan alam dan burung-burung bangau yang berterbangan. Tak jauh gaiss tak perlu ke luar negara hanya di River Cruise Teluk Intan.

Disini guide akan menceritakan asal usul dari mana datangnya nama Teluk Intan, kepala keretapi berada dalam dasar Sungai Perak, gajah langgar keretapi dan macam-macam lagi. Siapa sangka ditengah-tengah Sungai Perak ada Pulau Bangau. Berpuluh ribu ekor bangau tinggal disitu yang telah distiharkan sebagai Ecotourism Teluk Intan. Apabila dari jauh seolah-olah pokok kekabu. Dimana bangau berada atas pokok. Tersangat cantik. Guide yang sangat sporting, informative dan pandai cari spot amik gambar yang cantik. Seronok sangat dengar cerita dari guide tak henti-henti bercerita sambil menikmati sunset.

Bayaran: RM25 untuk 45 minit. Jika berminat boleh hubungi En Sahril 012-596 6375 River Cruise Teluk Intan Perak

Oleh
Husna