
Pelayaran reakreasi merupakan aktiviti yang banyak disediakan di destinasi tumpuan pelancong untuk bersiar-siar melihat panorama indah menggunakan pengangkutan air. Selalunya kapal dan bot persiaran bersaiz kecil dan sederhana digunakan sebagai tarikan produk pelancong di kawasan tersebut.
Nak dikatakan terlalu mahal, rasanya tidaklah terlampau tinggi bayaran dikenakan. Tetapi harga yang dibayar berbaloi dengan kemudahan dan kepuasan pengunjung yang teringin bersiar-siar bersama tersayang. Ada beberapa destinasi yang terkenal dengan aktiviti ‘cruise’ ini di Malaysia antaranya seperti yang dikongsikan oleh saudari Nia Aurora
Mesti ramai dikalangan kita masih tercari-cari tempat yang best sambil menikmati sunset di atas boat disajikan pemandangan yang cantik diselit dengan keindahan alam dan burung-burung bangau yang berterbangan. Tak jauh gaiss tak perlu ke luar negara hanya di River Cruise Teluk Intan.
Disini guide akan menceritakan asal usul dari mana datangnya nama Teluk Intan, kepala keretapi berada dalam dasar Sungai Perak, gajah langgar keretapi dan macam-macam lagi. Siapa sangka ditengah-tengah Sungai Perak ada Pulau Bangau. Berpuluh ribu ekor bangau tinggal disitu yang telah distiharkan sebagai Ecotourism Teluk Intan. Apabila dari jauh seolah-olah pokok kekabu. Dimana bangau berada atas pokok. Tersangat cantik. Guide yang sangat sporting, informative dan pandai cari spot amik gambar yang cantik. Seronok sangat dengar cerita dari guide tak henti-henti bercerita sambil menikmati sunset.
Bayaran: RM25 untuk 45 minit. Jika berminat boleh hubungi En Sahril 012-596 6375 River Cruise Teluk Intan Perak
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip ‘Last Minute’ Percutian Keluarga 3H2M Ke Pulau Hidden Gem Mersing, Pulau Besar. Ini Bajet Yang Korang Perlu Tahu

Mersing pekan kecil yang memiliki beberapa pulau indah sekitar Johor.
Pulau-pulau di sekitar in mempunyai tarikan seperti memancing, menyelam skuba, snorkeling dan berehat di pantai. Antara pulau yang jarang didengar tetapi punya 1001 keistimewaan adalah Pulau Besar
Pulau Besar boleh diakses dengan menaiki bot selama 30 minit dari jeti Mersing. Walaupun pulau ini agak kecil berukuran 4km panjang dan lebar 1km terdapat beberapa pilihan resort untuk menginap. Meskipun bahagian tengah pulau ini berbukit dan curam, terdapat beberapa denai untuk didaki. Anda boleh menggunakan khidmat pemandu arah yang akan membawa anda ke bahagian lain pulau. Pantai di sini sangat bersih, cantik dan putih. Maka aktiviti bersantai di tepi pantai untuk melihat matahari terbenam jangan dilepaskan. Kalau sudah pantai pun cantik, dalam laut pastinya lebih menarik. Menyelam skuba dan snorkeling juga aktiviti yang kerap dilakukan disekitar pulau ini, selain itu anda juga boleh akses ke Pulau Harimau yang berdekatan.
Jika ada yang baru merancang ingin bercuti ke sini, ini panduan perkongsian percutiaan ‘saat akhir’ daripada Feesya Ab Rahim ke Pulau Besar baru-baru ini yang boleh dijadikan sedikit rujukan buat anda.
Sebenarnya plan nak pergi Cameron tapi memikirkan last minute ramai yang ambil peluang bercuti selepas pengumuman sekolah mula dibuka mulai 15 Julai 2020, so kami surrender la taknak terjebak dalam jem kat atas Cameron tu. Fikir punya fikir, terlalu pula pasal Pulau Besar Mersing di kat wall fb. Terus usha resort yang ada kat Pulau Besar di Agoda.
- Surprisingly, ada promo bilik yang murah sangat kat D’coconut Island Resort. Dapat bilik yang berharga RM174 semalam. Gedebak gedebuk lepas tambah tax dapat la RM396 untuk 2 malam with breakfast. Bilik family masa tu tak appear so kami decide nanti dekat chalet request untuk tambah bed for the kids. Extra bed kosnya RM85 semalam. Kami tak ambil pakej sebab taknak buat aktiviti snorkeling dan island hopping. Just nak enjoy scenery dan aktiviti kat resort.
- So pendek kata, esok nak pergi malam ni baru buat booking bilik dekat Agoda dan terus whatsapp resort untuk arrangement boat. Kalo last minute macam ni memang kena buat arrangement dulu ya kang korang dah book tak dapat pulak naik bot nanges la korang kat jeti.
- Untuk boat transfer, harga untuk dewasa adalah RM110 pergi dan balik dan untuk budak 4 tahun ke atas RM95. Tapi boleh lah nak kowtim minta kurang atau exceptional utk yg umur 6-7 tahun badan kecik 😉 Bertolak dari jeti Mersing pukul 12.30 tenghari. Perjalanan dari Mersing lebih kurang 25-30 minit je.
- Alhamdulillah pulau ni cantik sangat. Air pun jernih. Pulau Besar ni nama asalnya Pulau Babi Besar. Adalah cerita mitos asal usul nama pulau ni dulu korang tengok dalam gambar makbos ada bagi. Huh, tak in langsung kan nama dia dan dah ditukar pun kepada Pulau Besar. Komersial la sikit kan. Tak ada sekor pun babi kat situ (yang kami jumpa la).
- Kat pulau ni tak silap ada 4 buah resort. Ada lagi satu Asenia tu sebelah je dengan resort kami tapi dia punya mahal ya rabbi tatau la pasal apa. Hahaha. Kami pilih D’coconut Island Resort sebab pertama harga yang sangat affordable (diskaun banyak kat Agoda). Tempat dia cantik sangat-sangat memang tak menyesal pilih. Bilik chalet yang selesa dan bersih. Staffnya pun baik sangat.
- Memang best place untuk holiday, santaikan minda dengan view pantai, view pool dan view coconut yang sangat mengasyikkan. Kalau nak minum air kelapa, nanti staff dia terus kait fresh² dari pokok RM5 je sebiji. Besar dan manis sangat air kelapa. Sangat-sangat recommended la stay sini.
- Petang-petang boleh tengok sunset jugak. Just doalah tak ada terlindung awan atau mendung nak hujan 😉 Alhamdulillah 3 hari kami di sini cuaca sangat best. Oh ya kami tak ambil pakej makan sebab mereka hanya offer the whole pakej. Tapi boleh la order ala carte untuk lunch dan dinner. Dinner kena order before pukul 3 petang. Kalau lapar lagi sebelah resort ada yang jual burger RM4 jer.
- Aktiviti kami kat sini, mandi pantai, mandi kolam, main basikal sepanjang pantai, main pool, bergambar dan enjoy the beautiful moment je 😉 Ringan rasa kepala. Ok korang. Nanti sudi sudikan tengok gambar k. Tq kerana membaca sharing ni.
Tip: Bawa insect repellent ok sebab kat pantai dia ada agas(sandfly).
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apa Perlu Anda Buat Jika Barang Peribadi Rosak Atau Hilang Dalam Bilik Hotel, Ini Cara Buat Tuntutan!

Rosaknya mood apabila bilik yang kita duduk dirasakan tidak selamat. Apatah lagi bila dapati barang peribadi kita dicerobohi, hilang atau rosak.
Mungkin tidak dapat dipastikan siapa yang empunya kerja, samada staf tempat penginapan atau orang luar. Tidak kira berapa nilai kerugiaan, kecil atau mahal pasti ia bukan perkara yang menggembirakan.
Daripada perkongsian page Jumpa Kat Mahkamah , anda yang mengalami detik hitam ketika menginap di sesebuah hotel atau resort boleh menuntut kembali jumlah kerugiaan tersebut sekitar RM500 atau lebih.
Tahukah anda bahawa undang-undang memberi insurans percuma kepada anda untuk menuntut ganti rugi sehingga RM500 jika barang anda hilang atau rosak semasa berada di hotel?
- Syaratnya, kehilangan atau kerosakan barang tersebut bukan disebabkan oleh kecuaian pihak hotel atau pihak anda.
- Ini diperuntukkan di dalam seksyen 4 Innkeepers Act 1952. Sebagai contoh, jika anda singgah di hotel untuk menginap atau minum kopi, anda menggantung jaket anda di kerusi dan secara tiba-tiba angin yang kuat telah menerbangkan jaket anda sehingga menyebabkan ia koyak atau rosak, maka pihak hotel hendaklah mengganti semula jaket anda.
- Atau anda pergi ke surau dan selepas selesai solat anda mendapati kasut anda telah hilang, anda berhak menuntut pihak hotel ganti rugi terhadap kasut yang hilang tersebut.
- Tetapi perlu diingati bahawa jumlah maksimum tuntutan adalah sehingga RM500 sahaja. Jika nilai barang anda lebih dari itu, anda tidak bernasib baik.
- Sama ada pihak hotel tahu atau tidak anda bawa jaket ke dalam hotel atau kasut kulit mahal ke surau; ia tidak material kerana pihak hotel tetap bertanggungjawab terhadap barangan yang hilang atau rosak tersebut.
- Seksyen 4 Innkeepers Act meletakkan liabiliti tegas (strict liability) ke atas pihak hotel kerana apabila seseorang masuk ke dalam hotel, pihak hotel bertanggungjawab sepenuhnya untuk mempastikan keselamatan barang-barang berharga penghuninya.
- Maka, walaupun pihak hotel tidak dimaklumkan oleh anda tentang barangan yang anda bawa ke dalam hotel, pihak hotel tetap bertanggungan jika barang tersebut hilang atau rosak semasa berada di dalam hotel.
Adakah perlindungan ini hanya kepada penghuni yang menyewa bilik sahaja? Tidak. Jika anda hanya singgah di hotel untuk makan atau minum pun, anda juga berhak kepada perlindungan ini.
Tetapi, jika anda cuai sehingga menyebabkan barang anda rosak atau hilang, pihak hotel tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar ganti rugi tersebut kepada anda.
Bagaimana jika pihak hotel cuai? Jika pihak hotel cuai dan menyebabkan kerosakan atau kehilangan kepada barang anda, perlindungan tuntutan siling RM500 tidak akan terpakai dan anda boleh menuntut lebih dari jumlah tersebut.
Pihak hotel pula wajib pamerkan notis seksyen 4 Innkeepers Act (seperti gambar di bawah). Jika pihak hotel gagal pamer notis tersebut, pihak hotel tidak berhak untuk perlindungan had RM500.
.
Maksudnya, jika notis seperti gambar di bawah ini gagal dipamerkan oleh pihak hotel, pihak hotel perlu bayar harga kasut kulit yang hilang di surau tadi jika harganya mencecah RM4,000 sekalipun!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gambar ‘Letop’ Walaupun Bajet Rendah. Pasangan Buat Photoshoot Di Jogja Untuk Ulang Tahun Ke-10 Dapat Pujian Ramai

Apabila sudah lama berkahwin dan mempunyai cahaya mata, peranan setiap pasangan suami isteri semakin besar dan banyak. Ada kalanya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan itu membuatkan kita kurang memberi perhatian kepada pasangan.
Oleh itu, ambil masa untuk memupuk kembali rasa cinta dengan pergi bercuti. Percutian bersama pasangan dan keluarga memberi peluang kepada anda berdua berehat seketika. Cara ini sedikit sebanyak mengingatkan anda kepada suasana romantik ketika bergelar pasangan kekasih atau bulan madu pada awal perkahwinan. Ia membantu membawa kembali dan mengingati kisah menarik bersama pasangan satu ketika dulu.
Jom baca perkongsian pasangan ini cara unik ‘percutian’ sambutan sempena ulang tahun perkahwinan ke-10 di Jogyakarta (Jogja) Indonesia.
Assalam
Tujuan posting hanya utk share betapa CANTIK nya Jogjakarta, dan betapa MURAHnya servis2 yang anda bole dapatkan di sana. And while travelling, cuba buat something that is OUT OF NORM. Bukan apa, memory tu. Kekal sampai bila2 insyaAllah.
Trip kali ni lain drpd lain sket sbb bukan normal backpack trip, tp it was my 10th wedding anniversary photoshoot trip. 080808-forever insyaAllah ???? Ko hado shoot kt oversi ?? walaupun negara jiran je sissss…Ni adalah daerah ke-ENAM 6️⃣ Indonesia yang pernah kakak visit ??
Bab itenary, bole search je mana2 sbb kakak rasa most visitors yg visit Jogja akan pergi ke tempat yang sama, makan benda sama. Nothing new atau rare tapi yg rare nya bab harga ????
1st : SUPIR
Disebabkan kakak cheapskate, so kakak memang tnya almost 10-12 org supir to get the minimum price ?? and yes, kakak tak menyesal sbb memilih Pak Agus as our supir. Harga mmg murah-est, x berkira waktu walau extra time dan sangat considerate.
2nd : ACCOMODATION
Disebabkan kakak travel dgn parents & parents in law, kakak memilih airbnb sebab easier to option for whole house (homestay 2 tingkat with 3 bedrooms and spacious hall bole bentang 4 toto lagi uols) dan harga SANGAT murah berbanding sewa 3 biji bilik hotel. 1 malam bila convert jd RM80 je utk whole house. Apakah!!! ??
3rd : PHOTOGRAPHER
Again, sebab kakak sengkek tp nk voom2 vass maka kakak survey almost 10-12 local photographers and kakak jumpa sorg photog ni, yang chargenya only 1juta IDR utk photoshoot kakak daripada subuh sampai isyak. Ko convert sendirilah brp RM tu harga dia. And amazingly, hasil kerja dia mmg nangis babe. Punya lah lawooooo di mata kakak and kakak wilingly bg bonus pada dia atas penat lelah dia ????
4th : MAKE UP ARTIS
Haruslah kakak yg berkira ni survey jugak 10-12 org local MUA utk dapatkan harga paling optimum dgn hasil kerja paling bagus. Bayar 300k IDR which equal to RM80, ko dah bole dapat muka macam Kajol, not Kojol tapi versi Kris Dayanti. Haaaa cane tuh? ?? Ya ampunnnnn, opkoz kakak happy x terkata.
Alhamdulillahhhhh during trip ni, urusan kakak dipermudahkan. Cuma nk bgtau, laluan ke Pantai Timang & Merapi Mt. adalah sangat TAK SESUAI utk perempuan yg mengandung, dan those travelling with babies mcm kakak, kena put extra attention sket utk kurangkan gegaran kt kepala anak ya. Kakak mmg so nervous masa ni ??
.
So, klu nk merasa travel like a Queen ?? dgn harga marhaein, kakak memang AFUNDI ??!!!
.
Happy travelling gaisss!
Sumber: FB Dya Haha
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI