Naik Tren Dari Kajang Ke Kluang, Johor. Boleh Singgah Gunung Lambak!

Share

Kalau anda nak merasa pengamalan naik tren dari Kajang ke Kluang, Johor, ini itinerary yang patut anda tahu.

Bukan sekadar seronok berjalan lihat tempat orang tetapi penggemar kopi pasti suka. Jom baca perkongsian Puan Felicia Razi mengenai percutian pendek dia sekeluarga ke Kluang, Johor menaiki keretapi.

Tiba di Gemas. Kesejukan. Maggi jadi penyelamat. Maggi memang sedap kalau makan time travel kan.

Naik Tren Dari Kajang Ke Kluang, Johor

Lama dah saya cari info tren dari Kajang, tapi takda. Semua sama ada dari Johor Bahru, atau Kempas atau Kulai. Moga yang mana nak cari destinasi domestik boleh cuba ke Kluang pasni.

Perjalanan bermula dari Kajang 2 ke Gemas menaiki ETS Gold dan ada diskaun 50% menggunakan kod ‘JIMATGEMAS’. Kod ni valid untuk penumpang dewasa sahaja dan tempohnya ialah sehingga Disember tahun ni.

Kanak-kanak dan warga emas dah ada harga masing-masing ya, tak valid guna kod tu dah. Tiket asal berharga RM28, tapi sebab ada kod, jadi la RM14 sahaja. Terbaik KTMB!

Cara Booking Tiket

Oh lupa, booking dari apps atau online boleh jimat RM1 seorang per destinasi pergi dan balik berbanding beli di kaunter (total RM4 seorang sebab kami tukar train 2 kali).

Sampai di Gemas, tukar tren pula. Naik KTM Intercity ke Kluang, destinasi kami. Bawa jaket sebab sejuk dalam tren tu. Berulang kali kami pergi isi perut dan cari air panas dan panaskan badan sikit.

Semangat kami belum pukul 9 dah terpacak sini. – kilang kopi cap televisyen.
Buka seawal 9 pagi. Not bad, boleh beli kopi sachet sini jadi souvenir
Padahal cawan tu props bergambar, kosong.

Pilihan Hotel

Untuk hotel, selain guna platform ketiga, boleh jugak survey website official hotel. Saya booked Hotel Anika, betul-betul dalam bandar dan hanya sekitar 400m dari stesen Kluang yang terkenal dengan kopinya tu.

Bilik kami di Hotel Anika. Bersih, kelengkapan cukup, ada bathtub lagi. Apa lagi anak-anak, memang bersinar mata.

Hotel bersih dan paling penting, kadar dari websitenya jauhhh lebih murah dari platform ketiga. Untuk 3h2m, kadar bilik hanya RM236 berbanding platform ketiga mencecah RM330!

Breakfast hari kedua. Datang seawal mungkin. Kami jalan kaki dari hotel ke sini, sampai dalam 7.10 pagi. Hampir-hampir takda meja kosong. Pukul 7.30 barisan dah mula panjang.

Kluang boleh dilawat dalam 2 hari saya rasa, kalau termasuk mendaki Gunung Lambak. Saya sertakan di sini gambar-gambar dan penerangan mengikut tempat yang kami terjah di Kluang.

Gunung Lambak. Selain hiking, dekat kaki gunung tu rupanya banyak aktiviti boleh dibuat. Ni salah satu. Berbayar lah.
Dalam tu ada mini petting zoo, RMZ Mini Zoo. Boleh bagi makan dan pegang binatang.
Jambatan gantung di Gunung Lambak. Banyak monyet.
RMZ mini zoo di Gunung Lambak.

Sempat layan mural juga di sini, cantik tempatnya.

Ada banyak ‘pintu masuk’ ke laman kreatif ni sebab lorong mural ni jauhhh sampai belakang.
Mural, laman kreatif Kluang.

Lepas breakfast, jalan kaki patah balik ke hotel sebab Laman Kreatif Kluang ni terletak di tengah-tengah. Panjang lorong laman kreatif ni. Ada dekat 2 3 blok kot.
Eh terlompat ke sini. Laman Kreatif Kluang
One for the memory! Kluang Rail Coffee. Dah boleh checke off dari list!

Ini pula makanan yang dicuba waktu di sana.

Menu yang kami cuba di Kluang Rail Coffee. Wantan mee
Roti bun bakar dan roti keping bakar.
Teh ais dan tikolo ais. Tikolo ais tu campuran teh, kopi dan milo. Sedap jugak, boleh lah.
Ni di Kilang Kopi cap Televisyen. Boleh minum kopi secara percuma dekat cafe dia kat dalam tu.

Tempat Makan Malam

Dinner hari pertama. Sedap sangat lah makanan sini. Sangat recommended.
Kami amik set RM35, ada ikan stim siakap ala thai, tomyam campur, sayur kailan ikan masin dan telur dadar. Otak-otak pun RM1 sebatang. Puas hati sangat.

Secara kesimpulannya, Kluang ini best. Memang fun lah kami sekeluarga explore Kluang yang kami tak pernah jejak.

Semoga bermanfaat dan selamat mengembara!

Oleh
Nadia