Dabong, Kelantan antara tarikan terkini yang menjadi tumpuan pengembara dari dalam dan juga luar negara. Keindahan alam yang masih banyak belum diteroka dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh diikuti membuatkan ramai yang teruja untuk datang ke sini.
Busa Syafiqqah Shawal sudah tiga kali membuat trip ke Dabong dari Mentakab menaiki Sleeper Train. Berkongsi di Group Backpackers Buddies Malaysia, gadis ini menyatakan trip ke Dabong mempunyai tarikan yang tersendiri sehingga membuatkan dirinya begitu teruja setiap kali berkesempatan datang ke Dabong.
Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dibuat setiap kali ke Dabong, antaranya caving, water rafting, hiking, zipline dan banyak lagi. Yang pasti semuanya melibatkan nature dan yang menjadi kegemaran gadis yang mesra disapa dengan nama Busa ini adalah bermain ATV.
Kos yang tidak terlalu mahal dan juga keindahan alam semulajadi yang terdapat di sini antara faktor yang membuatkan Busa dan rakan-rakan traveler memilih Dabong sebagai lokasi percutian mereka.
Nak tahu apa lagi yang best yang sempat Busa dan rakan-rakannya sempat explore di Dabong, jom ikuti perkongsiannya!
EXPLORE DABONG IN 24 HOURS
Halo korang! Ah ye, sekali lagi saya jadi duta tak berbayar Dabong. Asyik cerita pasal Dabong je kan? Nak buat camne, tempat best mestilah kita repeat. Ni pun ada lagi member suruh buat trip lagi ke Dabong tau Leklu, kumpul duit dulu. Kita takde ayah gula nak suruh sponsor trip so kena menabung baru boleh travel.
So, kalini Busa buat trip 24 jam di Dabong. Bermalam dekat sleeper train je. Padat, tapi trust me sangat best! Trip kalini paling ramai Busa bawak sebab adik beradik pun nak follow sekali. And trip kalini memang rezeki baik lah, even cuaca tak berapa ngam tapi semua yang Busa plan nak buat Busa dapat buat. Alhamdulillah. Takde lah balik dengan perasaan hampa kan
E X P E N S E S
TRANSPORTATION
Guide (untuk satu hari bermula dari sampai stesen ktm sampai nak balik) : RM 20 per pax
Kereta Api Mentakab-Dabong-Mentakab: RM 56
(Busa pkai promo code so dapat harga murah. Harga asal RM 37 sehala untuk lower berth tapi Busa dapat diskaun so harga utk katil bawah sehala jadi RM 28 je. Jimat banyak kan? So korang rajin rajinkan diri check FB dorang sebab KTMB akan update any promotion dekat platform Facebook mereka jugak)
Total: RM 76 per pax
TRANSIT ROOM
An Nur Guesthouse
(Dia macam homestay and dia kira harga ikut bilik. Satu bilik RM 50 and boleh muat 2-3 orang. Busa stay sini kejap lepas buat aktiviti sebab nak cari tempat rehat and bersihkan diri sementara tunggu train balik jam 11:30malam. Bilik sini okay, siap ada tandas dalam bilik and provide tuala sekali.)
: RM 25 per pax
Ads
Total: RM 25 per pax
ACTIVITIES
Caving: RM 150 per group (max 7 orang per guide)
Entrance Fee Gua Ikan: RM 2 per pax
Water Tubing: RM 60 per pax
ATV ride (RM 60 sejam untuk satu ATV and ATV tu boleh naik dua orang) : RM 30 per pax
Total: RM 113 per pax
MEALS
Ni subjektif, bergantung pada bajet korang jadi Busa tak masukkan dalam kiraan bajet.Tapi makanan kat Dabong tak mahal pun so untuk dua hari tu RM 50 pun cukup sebenarnya untuk bajet makan. Below RM 10 pun boleh dapat untuk complete meals sekali dengan air. Kalau mi udang harga RM 15 semangkuk tapi puas hati tau siap free teh o ais lagi. Busa macam biasa lah, makan mi udang kedai Kak Na
TOTAL TRIP EXPENSES: RM 214 per pax
ITINERARY
DAY 1
Stesen KTM Mentakab (naik train jam 4:20 pagi)
Stesen KTM Dabong (tiba dalam jam 9:40 pagi)
Sarapan beli dekat Stesen KTM Gua Musang (murah and sedap!)
Kompleks Gua Ikan (caving)
Gua Gelap
Ads
Gua Pagar
Gua Keris
Lunch dekat Kak Na Mi Udang Kg Stong
Jelawang Pipe Resort
Water Tubing (2 jam)
ATV Ride
Mandi sungai
Dinner dekat Adam Cafe
Transit An Nur Guesthouse
Stesen KTM Dabong (naik train jam 11:30 pm)
Stesen KTM Mentakab (tiba jam 5:15 am)
TIPS AND TRICK!
Busa dah pernah buat travelogue ke Dabong bulan lepas jadi untuk kali ni Busa akan bagi tambahan tips untuk anda yang nak berkunjung ke Dabong. Tapi basically, itinerary lebih kurang sama je, yang beza is sebab Busa buat trip kalini dalam masa 24 jam means tak bermalam di Dabong.
Korang boleh jugak refer travelogue Train To Dabong yang Busa tulis sebelum ni untuk info tambahan. Untuk yang nak baca travelogue Train To Dabong yang Busa tulis sebelum ni boleh search Facebook Page: Travelogue Budget By Busa
Jelawang Pipe Resort (Water Tubing)
Busa amik pakej water tubing dengan Jelawang Pipe Resort. So, kena berkumpul dekat resort ni and nanti staff deme bawak kita ke tempat tubing. Awal awal Busa dah cop fav guide Busa, Shafiq Shazwan and Nik Ali Nik Muhamad Dengan dorang best, tak kekok sangat. Nik tu jela kunun kekok nak briefing dengan kita . Tak sempat nak amik gambar sebab rushing untuk main ATV pulak. Takpe, next time kita amik gambar dengan guide guide Dabong ni eh
Tapi, ni last lah busa main water tubing. Takde bakat betul main benda ni, beria kayuh tak gerak gerak pun. Mujur ada orang carry sepanjang main kt sungai tu. Kalau tak memang Busa stuck dekat starting point lah kut. Pasni datang Dabong try water rafting pulak lah.
An Nur Guesthouse
Kitaorang transit kejap dekat sini sementara nak tunggu train malam. Guesthouse ni dekat je dari stesen KTM Dabong, boleh jalan kaki dalam 10 minit. Harga dah lah murah, fasiliti lengkap pulak tu. Bayangkan korang bayar RM 50 untuk satu malam pastu dapat bilik selesa, siap tandas dalam bilik then boleh muat 2-3 orang. Jimat teruk!
Caving 3 Gua
Ads
Busa dah pernah cerita pasal aktiviti caving ni dekat travelogue sebelum ni. Untuk caving, korang akan menerokai 3 gua which is Gua Gelap, Gua Keris dan Gua Pagar. Part paling best is Gua Gelap lah sebab ada satu lubang kecik yang korang kena lepasi sebelum ke check point seterusnya. Lubang tu sempit and korang kena baring kat lantai gua untuk melepasi lubang tu. Masa ni baru menyesal tak diet hahaha. Bawak headlamp and disarankan guna beg waterproof kalau nak caving. Rezeki kami haritu caving dapat jumpa Godlight
Busa amik caving dengan owner Naura Bistro tu, Encik Rizal. Lemah lembut je dia guide and explain pasal gua dekat kitaorang. Nak deal untuk transportation pun boleh je dengan dia.
Contact no: 013-9546863 (Encik Rizal)
ATV Ride
Ni korang WAJIB ye try kalau datang Dabong! Serious best gila and enjoy sangat. Track dia best lagi lagi bila main dalam hujan memang mencabar habis. Brader yang assist kitaorang memang sempoi habis siap tolong ambilkan gambar and video. Yang paling best, kitaorang punya rezeki dapat main dua track, satu track bukit and satu lagi track selut tu. Punya lah sporting brader brader ATV ni. Ni lah punca asyik nak repeat Dabong je, orang di baik baik! Taknak cerita banyak, datang Dabong wajib main ATV dekat belakang RNR Jelawang tau!
Guide
Sini dorang panggil guide tu as “Pengasuh”. Pengasuh kitaorang nama Abe Nasir. Abe Nasir ni senang nak deal, kalau datang Dabong korang boleh roger dia tau. Abe Nasir ni memang Busa dah biasa deal servis dia kalau datang Dabong. Terima kasih Cik Nasir bagi Busa tshirt Dabong free
Ni contact number beliau, boleh whatsapp.
013-9328327 (Encik Nasir).
Stesen KTM Gua Musang
Untuk yang naik kereta api dari arah selatan (laluan bermula dari stesen Kempas Baru menuju ke Dabong), korang akan lalu dekat Stesen KTM Gua Musang dalam jam 7:45 pagi. Kereta api akan berhenti dalam lingkungan masa 10-15 minit dekat stesen ni. Yang istimewa stesen ni, korang boleh snap gambar iconic kepala train dengan background view yang super cantik.
Extra info, kalau lapar boleh singgah beli nasi berlauk untuk sarapan dekat stesen ni. Sebungkus RM 3.50 je. Murah and sedap tau! Boleh beli dan makan dalam kafe kereta api.
Sleeper Train
Busa suggest ambik katil bawah kalau nak naik Ekspress Rakyat Timuran (ERT) ni. Sebab katil bawah lagi besar and selesa. Makanan dalam kafe train sedikit mahal tapi untuk yang nak merasa makan dalam train sambil layan view, why not? Kalau nak book katil, sila book awal dalam apps KTMB sebab selalu katil ni laju je sold out. Harga katil bawah, katil atas and kerusi berbeza ya. Nak murah ambik kerusi lah. Paling mahal katil bawah. Ada bantal and selimut nipis dalam katil.
Staff KTMB sangat ramah, masa nak balik tu sempat lah borak dalam train dengan staff dia. Terima kasih KTM Berhad , pengalaman Busa naik kereta api sangat best and priceless! Good hospitality!
For those dari KL, korang boleh naik ETS dekat KL Sentral and stop dekat Stesen Gemas. Dari situ, korang boleh naik sleeper train untuk ke Dabong. Bagi yang memilih untuk drive, anda boleh drive dan park kereta anda di stesen Gemas. InshaAllah selamat.
As for final conclusion, Dabong ni memang tourist attraction baru yang wajar diviralkan sebab cantik and worth every penny! Tempat dia best, orang dia ramah and baik baik pastu makanan semua murah murah. Sebab best, Busa repeat lagi tau! Next time nak repeat Dabong lagi untuk hike Kem Baha, buat Via Ferrata and main ATV lagi! Korang pulak bila? Jom lah naik kereta api!
Kini anda tidak perlu menunggu ke majlis kenduri untuk menikmati lauk pauk yang biasa dihidangkan di waktu itu. Kiranya anda ke Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri carilah kedai nombor C2 dan C3.
Dua gerai ini adalah kepunyaan Zulkhori Abdul Aziz masing-masing kedai Nasi Kenduri dan Sup Meletup menjadi tumpuan ramai. Bau nasi ayam kukus dan sup meletop sudah menusuk hidung saat menjejak masuk ke kedai ini.
Apa dia nasi kenduri tu? Sebenarnya ia adalah nasi ayam kukus yang dihidangkan bersama lauk kari ayam pedas dan kuah kicap manis yang ditumis bersama bawang halia, kicap dan tomato. Inilah yang membezakannya dengan nasi ayam biasa yang dihidangkan bersama sup.
Nasinya pula sungguh lembut dan terasa keenakan perasa ayamnya di dalam nasi. Tapi anda jika anda menginginkan sup untuk dimakan bersama nasi ayam kukus ini pun boleh juga.
Sementara sup meletup daging ini menjadi kuah kepada kepada bihup sup utara, kue teow, dan mee. Setiap hari gerai ini memasak60 kg beras, 80 kg daging untuk sup dan ayam sebanyak 40 ekor sebagai bahan masakan asas di sini.
Tetapi penulis tertarik dengan cerita sebalik sup meletup yang berasal dari Langgar, Kedah ini. Zulkhori mempelajari resipi sup meletup ini dari arwah Hj Ahmad Hashim yang telah pun meninggal dunia dua tahun lepas.
Arwahnya pula ‘menuntut’ dari pelopor asalnya Mat Bom yang memiliki kedai di Medan Selera Alor Star, Kedah. Mat Bom telah kembali ke rahmatullah sepuluh tahun yang lepas.
Yang pasti amal jariah kedua arwah ini terus berjalan, kerana tidak lokek berkongsi resipi kepada pekerja dan sesiapa yang ingin belajar dari mereka. Kesemua menu di sini berharga di antara RM6 hingga RM7.
Di sekitar Kuala Lumpur kini terdapat enam hingga tujuh gerai menjual supmeletup dengan resipi yang sama. Buat mereka yang terlalu sibuk, Zulkhori juga menyediakan khidmat penghantaran makanan kepada pelanggan di pejabat mahu pun rumah.
Buat mereka yang mahu berjalan-jalan cari makan, gerai nasi kenduri dan sup meletup ini pasti menepati selera anda yang mahukan juadah enak dengan harga yang murah..
INFO KEDAI :
PEMILIK : Zulkhori Abdul Aziz ALAMAT : C2 dan C3 Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri (Medan Selera), Kuala Lumpur WAKTU OPERASI: Setiap hari 9.00 pagi -3.00 pagi WAJIB CUBA : Sup Meletup, Nasi Ayam Kukus, Nasi Kenduri, Bihun Sup, Kue Teow Sup, Mee Sup, Nasi Goreng dan pelbagai lagi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Biasa kita melihat kontena tersusun bertingkat-tingkat hanya di kawasan pelabuhan atau di persekitaran kilang. Kali ini Libur membawa anda ke sebuah kafe hasil gabungan kontena dan menjadi idea bisnes yang sukses buat pemiliknya Tengku Azman Tengku Chik. Di Malaysia idea unik ini tidak banyak dicetuskan berbanding di luar negara di mana kontena diubahsuai menjadi ruang kediaman, kafe dan sebagainya.
Kebelakangan ini, pelbagai kafe muncul dan mengetengahkan konsep rekaan industri. Konsep ini kini menjadi tren bagi kafe hipster begitu juga Gaffe & Co . Rekaan dalaman ini menepati jiwa anak muda, sehingga membuat mereka menjadikan kafe sebegini sebagai ‘spot’ untuk membincangkan hal pekerjaan, bertemu dengan klien atau sekadar bersantai dengan teman.
Jika dilihat material yang digunakan rata-rata daripada elemen logam, kayu dan batu bagi mendapatkan “warehouse look” menepati gaya kafe. Kafe Gaffe & Co menawarkan konsep kasual, cozy dan eco-friend. Kafe ini dilengkapi dengan peralatan barista , deretan kerusi pelbagai reka bentuk dan ada juga kerusi diolah daripada barangan terpakai. Maka tidak hairan kebanyakan perabot yang terdapat di sini kelihatan ringkas namun unik. Selain itu kafe turut dihiasi dengan barangan lama umpamanya televisyen, radio yang memberi nostalgia lama buat sesiapa jua yang berada di sini.
Kafe Gaffe&Co beroperasi di The Garage, Jalan Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Kafe yang tercetus daripada binaan kontena ini berkonsep family dining selesa untuk keluarga untuk bersantai. Kafe ini beroperasi setiap hari pada pukul 12 tengah hari hingga 12 malam, manakala Sabtu dan Ahad pada pukul 9 pagi hingga 1 pagi. Kafe ini tidak pernah sepi daripada pengunjung kerana selain menjadi lokasi untuk menjamu selera, terdapat pelbagai kedai antaranya barber shop dan kedai servis kereta, Tambah meriah, pada setiap Sabtu dan Ahad diadakan ‘flea market’. Buat anda yang tercari-cari barang yang unik sini lah lokasinya.
Hidangan istimewa di sini terdiri daripada makanan barat. Anda boleh memilih pelbagai kategori makanan iaitu sarapan pagi, snek, pasta, piza, sup, hidangan utama, sandwic dan dessert. Antara menu yang menjadi pilihan pengunjung ialah Seafood Marinara, Stuffed Chicken With Caesar dan Grilled Lamb Loins. Tidak lengkap hidangan tanpa menikmati secangkir kopi. Apalagi jika kopinya merupakan racikan barista yang arif. Selain itu aneka frappe, smoothies, milk shake tidak kurang menariknya buat anda.
Pendek kata , kafe Gaffe&Co bukan hanya unik binaannya malah hidangan makanan juga tidak mengecewakan.
Ramai yang suka ke Medan, lokasi yang selalu menjadi buah mulut orang Malaysia untuk dijadikan lokasi travel di Utara Sumatera, Indonesia.
Patutlah Ramai Suka Bercuti di Medan
Dengan daya tarikan semula jadi yang menakjubkan, budaya yang kaya dan pelbagai hidangan kulinari yang lazat, Medan bukan sahaja menawarkan percutian yang menyenangkan, tetapi juga kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi setiap tetamunya.
Dengan bajet jimat, tiket penerbangan pergi balik tak sampai RM300 kalau beli awal. Lagi satu, Medan pun banyak tempat-tempat menarik yang anda boleh pergi.
Itinerari Ringkas 4 Hari 3 Malam di Medan, Indonesia
Buat anda yang pertama kali masuk ke sini, boleh rujuk itinerari ini untuk mudahkan anda menyinggah nanti.
Hari pertama
Bertolak pergi Lake Toba berhenti untuk lunch.
Singgah ke kedai kacang tumbuk untuk membeli buah tangan khas dr Bandar Siantar (teng teng ting ting).
Check in hotel, bermain di kawasan hotel swiming pool. Bersantai di tepi tasik.
Ready untuk dinner
Hari Kedua
Breakfast.
Pergi ke Pulau Tomok menaiki ferry.
Melihat peninggalan sejarah Rumah Raja Batak.
Melihat Lagenda Patung Si Gale Gale dan Makam Batu Raja Pertama.
Shopping.
Lunch
Perjalanan diteruskan ke Simarjarunjung.
Melihat air terjun yang popular iaitu Air Terjun Sipiso Piso.
Pergi ke kebun buah limau(bole petik buah sendiri di pokoknya).
Terus ke Brastagi.
Singgah ke Laman Lumbini.
Check in hotel.
Ready untuk dinner
Terus ke Puncak Brastagi. Kawasan ni sangat sejuk sambil makan jagung bakar dan melihat pemandangan sekitar.
Hari Ketiga
Breakfast
Pergi ke kawasan gunung Sibayak.
Singgah ke Pasar Buah di Brastagi.
Pergi kebun Strawberry dan boleh petik buah sendiri.
Singgah ke Kebun Bunga dan perjalanan diteruskan ke Bandar Medan.
Melawat Perumahan Mercy, Rumah Belanda dan kincir angin
Lunch
Pergi ke kawasan kedai kain batik dan telekung.
Melawat Istana Maimoon.
Singgah ke Pasar Ikan utk bershopping
Check in hotel
Ready for dinner
Pergi kawasan Merdeka Walk.
Hari Keempat
Breakfast
Pergi ke Pasar Tradisional, Pasar Simpang Limun dan Kawasan Teladan Square.
Pergi ke Kilang Perfume.
Selesai perjalanan dan terus dihantar ke Airport.
Perjalanan selesai.
Keindahan kota Medan yang mempunyai pelbagai tarikan ini sememangnya berbaloi untuk dikunjungi. Bajet yang diperlukan untuk berkunjung ke sini juga tidak terlalu mahal dan sesuai untuk mereka yang mahukan percutian bajet dengan pengalaman yang luar biasa. Jadi, buat anda yang mahu bercuti ke Medan, boleh senaraikan beberapa nama tempat ini untuk memudahkan bila tiba di sana.
Selamat bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!