Naik Kereta Api Dari Kluang Ke Kota Bharu, Cara Ini Best!

Share

Kalau nak rasa pengalaman bercuti dengan menaiki kereta api untuk ke destinasi tertentu bersama seisi keluarga, boleh cuba ke Kota Bharu. Jauh perjalanan, luas pemandangan!

Apa yang menarik naik kereta api, sepanjang perjalanan akan dihidangkan dengan  suasana kedesaan dan melihat panorama hutan dan gunung ganang yang indah sepanjang perjalanan.

Naik Kereta Api Dari Kluang Ke Kota Bharu

Ini pastinya akan memberi pengalaman yang begitu bermakna buat yang pertama kali mencubanya.

Meskipun terpaksa melalui tempoh perjalanan yang panjang, namun itu semua akan menjadi momen indah yang akan terus dikenang.

Berkongsi pengalaman dan iternari percutian bersama keluarga di facebook,  Travelogue Mr Backpacker ada berkongsi gambar-gambar menarik mereka seisi keluarga sepanjang percutian ke Kota Bahru dengan menaiki Tran Express Rakyat Timuran.

4H3M Ke Kota Bharu, Naik Train Express Rakyat Timuran

Haaa… kiranya dapat 2 Malam di dalam train & 1 Malam di hotel.

Total PAX: 8 Dewasa,3 Kanak-kanak & 1Bayi.

1 Jan 2023

10:40PM ERT26 Kluang – Wakaf Bharu

Ambil semua dalam 1 Koc (T8) dan booking katil bawah untuk lebih selesa dan dapat pemandangan yang lebih cantik dan sedikit luas berbanding katil atas.

Perjalanan mengambil masa selama 14 jam dan akan sampai di Wakaf Bharu keesokan harinya.

2 Jan 2023

Saya parking di KTM Kluang berdekatan Kluang rail coffee ,kena pakai TnG card dan bayaran dikenakan max RM5 untuk sehari, open car park tapi still selamat sebab berpalang.

Dari Kluang sampai Ke Kuala Lipis korang kena tidur dan berehat sebab malam tak nampak apa pun view, tetapi dari Merapoh sampai ke Tumpat kena bangun untuk tengok sunrise dan view yang cantik di sepanjang perjalanan sehinggala sampai ke destinasi terakhir.

Ada Cafe Untuk Makan

Cafe ada sediakan makan untuk breakfast tapi pilihan makanan amat limited, kalau nak minum-minum dan makan maggi cup sambil lepak dekat cafe pun nice. Saya dah siapkan stok makanan awal-awal sebab trip family ini ramai, risau ada yang lapar tengah-tengah malam, ada juga bekalan.

1:00PM Sampai di Stesen Wakaf Bharu,Kelantan.

Train lewat tiba 30mins dari jadual asal.

Kami sewa van untuk 1 hari setengah dengan kos RM450, van Hiace 12 seat sesuai sangat untuk trip family ni.

Destinasi Pertama selepas Lunch kami pergi jalan-Jalan dan shopping di Kompleks Bebas Cukai,Pengkalan Kubor,Tumpat.

Dalam perjalanan balik ke Kota Bharu, kami Singah bergambar di Wat Machimmaram,Tumpat.

5:30PM

Sampai di Kota Bharu terus check in di Ibis style Kota Bharu, pilih stay hotel ni sebab saya dapat offer yang menarik dan kebetulan ada pool, boleh bawa anak-anak buah mandi tapi awas ya, pool dia dalam dan tiada pool kanak-kanak, korang kena bawa pelampung dan awasi anak-anak.

8:30PM

Banyak kedai makan yang viral tutup, kami cari Dinner di sekitar bandar KB dan terus balik ke Hotel untuk berehat.

3 Jan 2023

8:00AM-6:00PM

Breakfast di Kopitiam Kita

Cari ole-ole di Pasar Khadijah

Berkelah di Pantai Nami Malaysia, juga di kenali sebagai Pantai Senok yang terletak di Daerah Bachok.

Minum petang sebelum balik malam nanti,kami cuba ICT di Warung Acu Tera Sotong Celup Tepung.

7:00PM

Return semula Van Sewa di station Wakaf Bharu.

Mandi,solat,Makan dan tunggu train ERT27 untuk balik semula Ke Kluang.

8:45PM

Train ERT27 sampai on time ,masuk je train semua terus tertidur kepenatan.

4 Jan 2023

9:40AM

Train ERT27 sampai di Stesen KTM Kluang dan kami beransur pulang.

Tip Untuk Anda

  1. Downloads Apps KITS KTMB dan buat tempahan seawal sebulan untuk pastikan korang dapat katil bawah dan koc yang bersesuaian.

2. Elakan pilih katil di no awal dan akhir (1&3 dan 37&39) sebab tingkap dia ada 2 section dan korang tak akan dapat view yang penuh sebab ada panel tingkap.

3. Bagi mereka yang tak nak ada ganguan orang keluar masuk dari koc ke koc untuk ke cafe boleh pilih di koc yang hujung sekali (T8/9) agak bising sedikit sebab dekat dengan engine lokomotif untuk ERT26 (JB sentral-Tumpat). Kalau untuk laluan balik insha Allah tiada bunyi engine sebab Koc Hujung Kepala Lokomotif akan berada di hadapan sekali.

4. Pastikan korang ambil masa dan keluar sekejap untuk bergambar di stesen Gua Musang sebab view sangat cantik dan train akan berhenti sedikit lama di sana.

5. Ruang bagasi tidak disediakan ya, barang dan beg boleh diletak ditepi katil di laluan di dalam koc. Kalau dalam perjalanan balik korang tershopping banyak, korang boleh book extra

1katil untuk kumpulkan satu tempat untuk mengelakan kehilangan barang dan memudahkan pergerakan nak turun dari train nanti.

6. Macam saya ada beli 2 katil kanak-kanak tapi masa balik barang banyak sangat, jadinya 2 orang anak buah saya tidur sekali dan lagi satu katil kami buat cargo space untuk kami.

Pembelian Tiket

Warga emas/pesara kerajaan ada diskaun konsesi sebanyak 50% tetapi kena buat pendaftaran di kaunter ataupun online melalui apps KITS terlebih dahulu.

Tiket kanak-kanak untuk umur 4-12 tahun, manakala 3 tahun ke bawah adalah percuma dengan syarat mereka perlu duduk bersama Ibu/bapa dan umur dikira mengikut bulan kelahiran ya.

Untuk Penumpang yang datang dari lembah klang ataupun utara, korang boleh naik ETS sampai ke stesen Gemas untuk try naik Sleepers Train/Jungle train/Express Rakyat Timuran ni. Boleh semak jadual dan rancang perjalanan kerana 1 hari cuma 1 jadual perjalanan sahaja.

Jadi itu sahaja tip yang patut anda semak sebelum memulakan perjanan yang panjang naik kereta api ke Kota Bharu. Moga bermanfaat!

 

Oleh
Nadia