Antara salah satu cara nak travel tentunya menaiki bas, biasanya kita akan pilih bas yang cukup selesa dan mempunyai tempat duduk yang luas untuk perjalanan yang panjang terutamanya ke negeri-negeri yang ada di Pantai Timur.
Korang percaya tak hanya dengan RM50 korang boleh dapat perjalanan yang selesa dengan bas yang dikatakan paling mewah ada kat Malaysia.
Melalui perkongsian video di akaun TikTok @Azmimisiniaga, seorang lelaki berkongsi keadaan yang ada dalam bas yang dinaikinya ke Terengganu.
Bas tersebut dikatakan bas paling mewah sekali ada di Malaysia. Mempunyai kerusi leather yang lebar dan luas memang cukup selesa untuk perjalanan korang. Lengkap dengan kedudukan yang boleh diubah-ubah dan juga port USB untuk korang cas telefon bimbit sepanjang perjalanan.
Paling best ada function kat kerusi korang yang boleh mengurut. Tak samalah macam yang kat luar tapi memadai untuk korang rasa selesa untuk perjalanan yang jauh. Selain itu ada infotainment yang korang boleh layan sepanjang korang naik bas. Pendek kata korang tak akan bosanlah!
Selesa dan cukup mewah, bas ini juga turut mempunyai ruang untuk anda minum-minum. Tandas dan kemudahan lain juga lengkap dan bersih. Untuk perjalanan ke dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Terengganu, kosnya hanya RM50, dan menurut lelaki ini bas ini hanya membuat perjalanan ke Terengganu, Pulau Pinang dan juga Kuantan.
Kalau korang nak cuba naik bas paling mewah ni bolehlah usha perkhidmatan Alibaba Express ni.
Kredit: TikTok @Azmimisiniaga
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI