Desaru destinasi percutian yang semakin dikenali ramai. Selain mempunyai pantai dengan pasir putih yang cantik bersama deretan pilihan hotel untuk seisi keluarga, Desaru Fruit Farm juga antara tarikan yang perlu dilawati bila berkunjung ke sini.
Desaru Fruit Farm telah dianugerahkan sebagai “tapak Agro- Pelancongan Terbaik”di Malaysia pada 2006 dan Tarikan Pelancongan Inovatif – Agro Pemuliharaan Pelancongan oleh Anugerah Pelancongan Malaysia 2010. Tempat ini sangat sesuai untuk orang-orang bandar yang jarang dapat masuk ladang, terutama kanak-kanak. Bagi orang dewasa, kita memang kenal buah-buah bermusim yang biasa dijual di pasar tetapi amat jarang sekali kita dapat melihat bunganya sebelum menjadi putik buah. Di sini kita berpeluang mengenali pokoknya serta bunga, putik dan buahnya.
Jika mahu anak-anak tengok sendiri dari mana datangnya makanan mereka, Desaru Fruit Farm ini antara tempat terbaik. Tempat ini memang khas dibuat untuk menerima pelancong. Keluasan kebun buah ini melebihi 180 ekar, dengan jumlah pokok mencecah 3-4 ratus spesis. Selain dari itu ada disediakan aktiviti-aktiviti menarik bukan sahaja untuk dewasa tetapi juga untuk anak-anak.
Ada banyak pakej yang ditawarkan untuk meneroka ke setiap pelosok kebuh buah ini, termasuklah untuk memasuki ke mini zoo dan juga ladang buaya. Anda boleh untuk meneroka kebun buah ini dengan menaiki ATV atau juga hanya berjalan kaki. Ada juga pakej yang lengkap dengan makan tengah hari untuk anda nikmati kat sini.
Ini kawasan berkonsepkan “petting zoo”. Di sini terdapat arnab dan kambing di mana anak-anak boleh memberi makan sambil membelainya. Mereka juga boleh bermain-main dengan ayam, ayam belanda dan ayam turkey.
Di separuh lawatan, anda boleh berehat di sebuah taman sambil menjamu mata melihat lanskap yang menarik. Kalau dahaga boleh beli jus buah segar yang dibuat dari buah yang terdapat di ladang, yang dijual di gerai dalam taman. Ada juga kawasan kolam ikan koi warna-warni di sini. Bagi anak-anak yang suka memberi makan ikan bolehlah berseronok dengan aktiviti ini.
Dah penat meneroka, sebelum pulang anda boleh shopping buah-buahan yang ada di pasar jualan yang ada di sini.
kredit: FB Desaru Fruit Farm & Aisha Echa