Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka di Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Pulau Pangkor cukup strategik buat mereka yang ingin bercuti ke pulau walaupun pada musim tengkujuh. Pulau Pangkor dikatakan berasal daripada bahasa Siam iaitu Pang Koh bermakna ‘pulau yang cantik’.
Pulau ini kecil sahaja, malah pengunjung sebenarnya boleh melawat ke semua tarikan Pangkor dalam masa setengah hari sahaja. Destinasi ini boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan.Pulau Pangkor, lokasi ideal jika anda hanya mempunyai tempoh yang pendek untuk bercuti. Walaupun singkat, percutian anda akan penuh dengan aktiviti menarik.
Dah nama pun ke pulau, mestilah aktiviti air yang akan kita buat. Tetapi sebenarnya di Pulau Pangkor ada lebih daripada itu. Cuba aktiviti lain seperti yang dikongsikan oleh saudara Fariz Ali ini jika ke Pangkor.
INILAH AKTIVITI NO.1 DI PULAU PANGKOR!
Terus terang saya katakan aktiviti no. 1 yang harus anda lakukan apabila berada di Pulau Pangkor adalah BERI BURUNG ENGGANG MAKAN!! Yaaa, anda tidak silap dengar. Burung Enggang. Burung yang biasanya sinonim dengan Negeri Sarawak. Namun, di Pulau Pangkor, burung ini hidup bebas di hutan belantaranya. Anak-anak saya yang baru pertama kali melihat spesies burung ini, persoalan pertama mereka adalah. ‘’Kenapa burung ini pakai kotak kat mulut dia??’’ Manakan tidak, burung ini amat unik kerana bentuk paruhnya. Lokasi untuk melakukan aktiviti ini adalah di Sunset View Chalet, Teluk Nipah. Boleh dilakukan setiap hari pada pukul 630pm.
.
.
Ads
.
Menurut Pak Din, seorang penjinak burung Enggang di sini, merangkap pemilik Sunset View Chalet, aktiviti ini telah dimulakan oleh bapa beliau lagi & ianya menjadi rutin seharian keluarga mereka. Makanan burungnya mudah sahaja, pisang! Sebelum bermula aktiviti ini, anda sudah boleh melihat burung-burung ini mula memenuhi ruang legar udara & bertenggek di tiang-tinag elektrik menunggu masa untuk makan. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, anda masih belum sampai Pulau Pangkor jika tidak bertemu dengan burung Enggang ini.
Hornbill Feeding, Sunset View Chalet, Lot 4461, Teluk Nipah, Pulau Pangkor
Waktu aktiviti : Setiap hari, 6.30 petang
Ads
MEREDAH BELANTARA PANGKOR DENGAN ATV
.
Bertempat di Teluk Nipah, anda boleh menaiki ATV untuk menyelusuri belantara di Pulau Pangkor. Yang lebih menarik lagi, budak2 juga dibenarkan untuk naik bersama! Jika anda ingin menaiki ATV berdua, pilihlah saiz ATV yang lebih besar. Dengan harga pakej RM150 untuk setiap ATV, anda akan dibawa menyelusuri hutan belantara bermula di Teluk Nipah dan berakhir di Teluk Dalam sebelum menamatkan aktiviti.
.
.
Ads
Trek laluannya mempunyai 3 perhentian. Laluan pertama lebih kepada membiasakan diri dengan jentera ATV di laluan denai hutan. Laluan kedua pula diakui sebagai laluan yang paling sukar di antara semua laluan. Di sini, pemanduan anda akan diuji dengan laluan berbukit yang agak curam dan jalan yang berlubang dan berbecak. Jangan risau, akan ada penunjuk ajar…ikut sahaja teknik pemanduan yang diajar. Laluan ketiga, lebih kepada laluan santai. Anda akan dibawa melalui jalan tar berlatarbelakangkan pemandangan di tepian pantai Teluk Dalam. Sungguh indah. Seperti biasa, anak-anak memang teruja dapat naik ATV. Berangin lebih katanya.
.
.
ATV Adventure Pangkor, 6610, Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sepanjang pendakian juga, menurut Raffifi ada dua Gunung yang mempunyai nilai sentimental terhadap hubungan mereka berdua.
“Gunung yang memberi nilai sentimental kepada kami berdua ialah Gunung Tahan, Pahang dan Gunung Kinabalu, Sabah.
“Walaupun mendaki itu penat, namun kepenatan itu hilang apabila dapat sampai ke puncak dan menikmati pemandangan indah dari puncak bersama-sama,” katanya lagi.
Turut memberitau pengalaman pahit apabila isteri selalu terpijak lumpur ketika ‘on track’ disebabkan kakinya yang tak sampai kerana saiz badan tidak terlalu tinggi.
Tambahnya lagi setelah beberapa bulan mendaki dan kenal hati budi masing-masing, setelah mélamar setahun yang lalu akhirnya mereka disatukan pada 20 Disember yang lalu.
Dengan sekali lafaz, Raffidi kini sudah sah bergelar suami kepada pasangannya, Nik Zuraida Nik Mustafa.
Dia juga turut menambah setelah bergelar suami isteri mereka turut memasang impian tersendiri apabila berhasrat untuk menawan Annapurna Base Camp, Nepal apabila masalah Covid-19 sudah selesai nanti.
Jika anda sudah buat perancangan untuk bercuti ke Sydney dalam masa terdekat ini, diharap membuat sedikit persediaan awal dan menjaga keselamatan diri.
Buat pertama kali, bandar terbesar di Australia iaitu Sydney dan kawasan sekitar berdepan tahap amaran kebakaran paling tinggi. Pihak berkuasa turut memaklumkan risiko terhadap nyawa dan kediaman. Australia kemarin dilaporkan mengisytiharkan darurat di Sydney dan penduduk dinasihati berjaga-jaga susulan siri kebakaran hutan yang melanda timur negara itu.
“Tiada binaan atau rekaan yang mampu bertahan dalam situasi yang mungkin terjadi dalam keadaan bencana,” kata Shane Fitzsimmons, Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Pedalaman New South Wales yang merangkumi Sydney.
Suhu tinggi dan angin kencang mencetuskan kebakaran menyebabkan Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian mengisytiharkan darurat selama tujuh hari bermula kelmarin. Menurut Berejiklian, fokus utama mereka adalah melindungi nyawa, harta benda dan memastikan keselamatan semua pihak. Sejenis cecair yang menghalang kebakaran lebih besar berlaku dilihat disimbah sekitar lokasi ini menggunakan helikopter dan bantuan anggota keselamatan.
Setakat ini, tiga orang dilaporkan maut manakala ribuan yang lain kehilangan tempat tinggal, 150 kediaman turut musnah susulan berpuluh kebakaran tidak terkawal di utara negeri terbabit. Dalam pada itu, situasi terkini dilihat sedikit pulih, membolehkan sebilangan penduduk pulang ke rumah masing-masing namun jerebu dilaporkan di beberapa kawasan yang dilanda kebakaran.
Kedudukan Kampung Mangkuk (Pantai Mangkuk) terletak berhampiran Pantai Penarik di Setiu, Terengganu mempunyai daya tarikannya tersendiri dan keindahan alam semula jadi pantai yang belum terusik dek pembangunan.
Istimewa di lokasi ini adalah lambaiakan dedaun kelapa dan daun ru berguguran ditiup angin sepoi bahasa sambil disulami pancaran mentari pagi dan senja menyerlahkan keindahan alam semula jadinya.
Kalau anda berada di sekitar ini, jangan lepaskan peluang bersiar-siar di kawasan kampung ini. View pokok kelapa yang tersusun cantik harus dijadikan port untuk bergambar. Di sepanjang jalan ke sini juga terdapat banyak gerai menjual ikan celup tepung (ICT), bolehlah singgah menikmati pelbagai hasil laut segar seperti ikan, sotong, ketam dan udang yang dicelup tepung, selain merasai kesegaran air kelapa muda dengan harga yang berpatutan.
Ini perkongsian info daripada sumber FB Ayu Hasman | IG :@ayuhasman yang berkesempatan ambil angin di sini.
Lokasi yang kurang mendapat perhatian ramai ini sebenarnya pernah dijadikan lokasi pengambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa, Pulang dan beberapa filem tempatan yang lain. Kampung ni sebenarnya terletak kira-kira 64km dari bandar Kuala Terengganu dan beberapa kilometer dari Pantai Penarik (lokasi famous ikan celup tepung).
Apa yang menarik mengenai Kampung Mangkuk ni?
Kawasan disini agak sunyi dan mendamaikan. Pokok kelapa disini pula seakan-akan ‘beratur’ dan tersusun rapi. Memang sangat cantik untuk bergambar dan OOTD di sekitar kampung Mangkuk.
Pantai disini juga bersih, pasir halus dan lembut. Memang syok layan pantai yang lawa ditambah dengan view laut yang membiru.
Selain daripada mempunyai laut yang cantik, para penggemar aktiviti memancing juga boleh memancing di sungai Setiu yang terletak betul-betul bertentangan dengan kawasan pantai.
Antara waktu yang paling best untuk explore kawasan Kampung Mangkuk adalah pada waktu petang ketika matahari hampir terbenam. View dia memang sangat awesome!
Sekiranya korang ingin berkunjung ke Kampung Mangkuk, saya suggest untuk menginap at least satu malam disini. Baru lah dapat menghayati keindahan sunrise dan sunset.
Terdapat beberapa homestay dan resort di Kampung Mangkuk, antaranya:
1. Sekepeng Penarek
2. Terrapuri
3. Bayu laut homestay
4. Bayu beach Penarek
Mungkin bagi sesetengah orang, kawasan Kampung Mangkuk ni macam creepy dan scary sebab terlalu sunyi. Tapi untuk yang inginkan ketenangan dan lari dari kesibukan kota, lokasi ini sangat-sangat best dan mendamaikan.
Jom cuti-cuti Malaysia~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!