Muzium Terengganu atau dikenali Muzium Losong selain diiktiraf muzium terbesar dan tercantik di Malaysia, ia juga memiliki keistimewaan tersendiri dan paling menonjol ialah seni landskapnya.
Sebut apa saja flora, semuanya mudah kita temui di persekitarannya kerana pengurusan Muzium ini begitu kreatif melakar situasi pemandangan supaya tidak hanya berbentuk konkrit yang kaku. Muzium Terengganu dikategorikan satu-satunya muzium berlakar belakang taman indah atau 'Muzium dalam taman' kerana lokasi di lembah Bukit Losong dengan struktur tanah-tanih membolehkan apa saja jenis pokok ditanam.
Kedudukan di pesisir sungai Terengganu pula memainkan peranan sebagai pemangkin kepada wujudnya suasana indah dan mendamaikan jiwa. Berada di sini, hati menjadi damai dan ceria melihat panorama yang memukau. Muzium terbesar di Asia Tenggara ini seluas 23 hektar tersergam indah bercirikan rumah tradisional Terengganu juga mempunyai 5 buah rumah tradisional Terengganu pelbagai bentuk. Ia bukanlah replika rumah tradisional asli, tetapi adalah rumah tradisional Terengganu sebenar yang menghuni bumi lebih dari 100 tahun.
Di sini mempunyai 8 galeri dan paling menarik terdapat perahu besar jenis Pinis Gobel dan Pinis Dogol sepanjangnya 74 kaki dipamirkan di sini. Perahu ini digunakan pada zaman dahulu untuk aktiviti perdagangan pada tahun 50-an. Nak lihat batu bersurat kesan tinggalan sejarah? Muzium ini adalah lokasi yang menempatkan batu bersurat yang di ukir pada tahun 702 Hijrah.
Ads
Info : dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang dari Sabtu hingga Khamis.
Ini percutian ke Thailand selama 5 hari 4 malam satu keluarga, trip lepas Raya di Kelantan dan balik ke BSP melalui SIAM (Narathiwat, Pattani, Yala, Betong) bersama anak kecil 8,6 & 4 tahun.
Sepanjang masuk ke Thailand, saudara Mizie Yusuff duduk di hotel selama 2 malam bersama keluarga kecilnya.
Percutian Ke Thailand
The Wood Pattani Hotel (Pattani) & 2 malam
Lailaresidence (Yala)
Hari Pertama
Pengkalan kubor jam 9am dengan kereta, pit stop 1st masjid 400 tahun, lunch di Summer Thon seterusnya ke masjid kerisik, ladang garam pattani, dinner di Banley บ้านเล Seafood & Café.
Hari Kedua
Pagi ke street food di yarang rd. Soi 6 (sebaris central masjid pattani), kemudian ke pasar pattani (berhadapan masjid), shopping baju raya anak (juga di hadapan masjid pattani), ziarah central masjid pattani dan petang ke COCO ONE Beach Hotel & Restaurant ootd serta dinnner.
Okay, di sini wajib pergi lawa sangat tempatnya tengok sunset.
Hari Ketiga
Sarapan sekitar hotel the wood dan sekali lagi ke pasar pattani shooping apa yang patut, lepas checkout terus ke quran besar di Yala dan seterusnya check in sebelum check in lunch dulu di restoran @yasmeen sebelah hotel lailaresidence.
Petang jalan-jalan sekitar laila residence kerana hotel ini berhadapan tasik dan ada banyak kedai makan, gerai colek dan air dijual sekitarnya.
Petang keluar mengopi di Amazon Cafe Yala Park, seterus ronda malam sekitar masjid Yala.
Hari Keempat
Sarapan pagi capati & roti naan kari itik serati di The Chapati (terbaik). Selepas ke pasar Yala meninjau apa yang patut.
Kemudian singgah mengopi dah lunch di Crepes A Day, lepas itu ke yala central mosque solat jumaat & yala railway station.
Hari Kelima
Check out hotel jam 5am ke @skywalk aiyerwing untuk melihat awan nano dan seterusnya ke Betong & pulang ke BSP.
Berakhir sudah shortrip kali ini. Jadi kalau anda rasa nak jalan-jalan ke Thailand dengan cara mudah, boleh lah ikut pengalaman ini, ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebuah kawasan yang sebelum ini menjadi lokasi kaki pancing di Melaka, mula menjadi tumpuan orang ramai bagi melihat keindahan pemandangan semula jadi yang dihiasi bunga keladi bunting berwarna ungu sejak minggu lalu.
Foto: FB Kerajaan Negeri Melaka
Pemandangan tumbuhan keladi bunting atau nama saintifiknya, ‘Eichornia Crassipes’ menjadi tarikan ramai pengunjung ke Taman Semabok Perdana, di Melaka. Keladi bunting itu yang mengeluarkan bunga kecil dengan kelopak berwarna ungu menjadi buah mulut penduduk sekitar dan juga orang ramai yang berada di Melaka.
Foto: Twitter BH OnlineFoto: Twitter BH Online
Kewujudan kawasan kaladi bunting unggu viral tersebut menjadi pilihan setengah-setengah individu untuk merakam gambar kenang-kenangan umpama di luar negara ketika musim perayaan ini. Namun, disebabkan negara kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, aktivti bergambar secara berkumpulan dan dikunjungi ramai orang adalah dilarang. Pihak berkuasa mula mengawal ketat kawasan berkenaan selepas mendapati kehadiran orang ramai yang tinggi selain tidak mengamalkan penjarakan sosial.
Foto: mstarFoto: mstarFoto: HM Online
Pada hari raya lalu, kira-kira 20 pemandu dan penumpang kereta yang berhenti di kawasan berkenaan untuk merakam gambar bunga keladi bunting ditahan polis sebelum mengarahkan mereka termasuk tiga bayi dan tujuh warga emas ke IPD Melaka Tengah, di Banda Hilir. Mereka dikompaun sebanyak RM1,000 mengikut Peraturan7 (1) Peraturan-Peraturan pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan ) (No 6) 2020.
Foto: The StarFoto: The Star
Berpada-padalah buat kalian yang dapat kelonggaran untuk bergerak ke sana dan ke mari ya. Pastikan mengamalkan penjarakkan sosial dan menghindari kawasan tumpuan ramai.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tidak menghairankan jika Perancis menjadi salah satu destinasi popular di dunia. Keindahan, sejarah, seni, budaya dan kota-kotanya mempunyai daya tarikan tersendiri. Bukan setakat itu pantai-pantainya juga mempesona, gunung-ganang yang mengagumkan, semuanya boleh anda temui di Perancis.
Saban tahun melancong dan berlibur ke tempat-tempat menarik menjadi agenda utama Suwarsi M.Arukin. Melihat tempat orang yang pelbagai rencam dan budaya merupakan terapi minda yang menyeronokkan. Tidak berapa lama dulu, Sue memutuskan untuk menjelajah Itali dan menyambung perjalanan ke Monaco serta Nice dan Cannes di Perancis.
Monaco, sebuah negeri kecil yang moden namun masih mengekalkan tradisi dalam banyak perkara. Oleh kerana Sue ke Monaco melalui jalan darat (menaiki bas pelancong yang disewa khas oleh ejen pelancongan yang menguruskan perjalanannya) jadi kurang pasti penerbangan mana yang sesuai untuk dipilih jika anda ingin terbang terus ke Monaco.
Monte Carlo, merupakan bandar utama dan terpenting di Monaco. Di sinilah terletaknya pelbagai aktiviti penting keseluruhan Monaco. Kepada peminat sukan lumba kereta Formula One, tentunya tahu bahawa litar Monaco adalah antara litar yang paling sukar dan merbahaya buat para pelumba. Litar yang dibangunkan dari jalan raya (jalan raya utama digunakan sebagai litar) ternyata begitu mencabar dan penuh dengan selekoh tajam dan curam namun inilah tarikan utama Formula One Monaco.
Selain litar lumba, kecantikan lautnya sangat mengagumkan. Ratusan bot dan kapal mewah yang berlabuh di pesisir pantai menambahkan lagi gelaran kota ini sebagai tempat untuk “The Rich & Famous”. Harga hartanah di sini seperti tidak tercapai akal untuk golongan rakyat biasa memilikinya. Monte Carlo juga mempunyai puluhan (mungkin ratusan) pusat hiburan dan perjudian (kasino). Tidak hairanlah ia menjadi tumpuan pelancong yang gemar menghabiskan masa dengan aktiviti perjudian. Menelusuri jalan-jalan di kota ini, melihat bangunan-bangunan lama yang masih dipelihara dan digunakan seperti town hall, mahkamah dan pejabat pelancongan, memberi gambaran mereka masih menghargai warisan silam.
Dari Monaco perjalanan menaiki bas pelancong ke Nice, Perancis pula. Terletak di French Riviera, Timur Laut Perancis yang di kelilingi Laut Mediterranean. Kota ini juga mendapat jolokan Nice La Belle yang bermaksud Nice, yang cantik. Memang benar, kota ini menyajikan pemandangan yang indah di sekitar kota dan pesisir pantainya. Banyak bangunan di Nice mendapat pengaruh Rusia daripada segi seni bina dan reka bentuknya. Ini boleh dilihat antaranya di Cathedrale Orthodoxe Russe St Nicholas. Terdapat banyak pusat membeli-belah di kota ini.
Menyusuri jalan di kota ini di waktu malam juga satu pengalaman yang mengasyikkan melihat warga kotanya membanjiri kafe, restoran dan pusat hiburan. Pengangkutan awam seperti bas, tram dan teksi ialah pilihan ada. Namun jika anda inginkan kelainan, boleh juga menyewa basikal untuk bersiar-siar sekitar bandar. Makanan halal tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak gerai,kiosk dan restoran di mana peniaga yang kebanyakannya dari timur tengah menyajikan makanan halal dengan harga berpatutan.
Selesai di Nice, perjalanan diteruskan ke Cannes, sebuah bandar perfileman terkenal dunia. Di sinilah berlangsungnya Festival Filem Cannes saban tahun yang menghimpunkan bintang-bintang industri perfileman seluruh dunia. Bandar sofistikated ini menyajikan deretan butik-butik berjenama bagi mereka yang gemar membeli-belah. Kebanyakan kediaman berstruktur tinggi seperti kondominium atau apartmen yang kebanyakannya menghadap laut Mediterranean yang sangat cantik pemandangannya.
Anda tidak perlu berada lama di Cannes, memadai sehari suntuk sudah mencukupi untuk mengelilingi bandar yang serba-serbi mahal (untuk masuk tandas awam sahaja anda perlu membayar sekitar dua euro menyamai hampir RM10). Pengangkutan awam di sini tidak terlalu banyak pilihan dan anda perlu bersedia membayar harga tinggi untuk perkhidmatan teksi bandarnya. Mungkin bandar ini lebih sesuai untuk mereka yang sukakan hiburan dan dunia glamor.
Sesuai dengan gelaran bandar filem, panggung teater dan persembahan banyak terdapat di sini. Makanan halal juga terdapat di sini namun terhad. Pilihan lain ialah makanan vegetarian. Keseronokan berada di sini memang sesuatu yang luar biasa. Sue tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke sini lagi di masa akan datang jika keadaan dan rezeki mengizinkan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...