Muzium Mi Cawan Segera Jepun Bikin Pengunjung Lapar

Share

Jepun terkenal dengan destinasi pelancongan yang kreatif. Ada sahaja idea dan ilham yang ingin dilakukan untuk menarik perhatian ramai seperti kewujudan Muzium Mi Cawan Segera.

Terletak di Osaka, muzium ini bakal membuat pengujung lapar dek bau yang menyelerakan ketika masuk ke pintu utama. Di sini mengumpulkan hampir semua sejarah mengenai makanan segera ikonik negara matahari terbit itu. Tarikan utama muzium ini adalah sebuah terowong yang mempamirkan hampir 1000 jenis mi cawan segera yang pelbagai. Antara tarikan di muzium itu adalah sebuah terowong yang dihiasi lebih 800 peket mi cawan. Lokasi ini menjadi port ramai pengujung untuk bergambar sambil melihat dan mempelajari sejarah makanan itu sejak awal ia dicipta kira-kira lebih 50 tahun lalu hinggalah ke produk terkini.

Antara tarikan lain di sini

  • Jangan lupa untuk menyertai bengkel membuat mi segera dan pengunjung boleh mencipta perisa sendiri.

  • Terdapat juga pameran mengenai sejarah makanan segera dan kuiz apabila untuk menguji pengetahuan mengenai makanan.

  • Terdapat juga sebuah replika kilang kecil tempat ramen ayam iaitu mi segera pertama di dunia dicipta.
  • Mempunyai sebuah pawagam mini yang menayangkan kisah yang memberi inspirasi kepada penciptaan mi segera dan proses pembuatan makanan itu.
  • Terdapat sebuah kafe buat pengunjung untuk menikmati pelbagai jenis dan perisa mi segera pilihan sendiri.

  • Di penghujung lawatan ada kedai cenderamata di muzium ini yang mempunyai pelbagai barang hiasan dan kenangan berkonsepkan mi segera. Jangan lupa untuk bawa pulang ole-ole dijadikan sebagai kenang-kenagan.

Oleh
Husna