Lepas saja musim hujan, sekarang kita beralih ke musim panas pula dan di Malaysia, setibanya peralihan musim ni, akan mekar satu bunga dari pokok Tecoma yang mengeluarkan kelopak bunga berwarna pink, seakan-akan bunga sakura di Jepun!
Kalau di Jepun, bunga Sakura ni akan berbunga ikut musim. Jadi orang tahu bila pokok Sakura akan berbunga. Tapi di Malaysia, pokok Tecoma ni suka buat surprise. Tahu-tahu dia berbunga je. Cantik pula tu!
Pemandangan pokok bunga Tecoma berwarna pink itu bukan sahaja menghiasi satu dua negeri, tapi banyak negeri dalam Malaysia. Contohnya hasil carian di Instagram mendapati pokok yang mendapat jolokan ‘Sakura Malaysia’ ini kelihatan di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Melaka.
Di Negeri Sembilan pun dihiasi kecantikan ‘Sakura Malaysia’ apabila kira-kira 50 pokok Tecoma berbunga mekar dan menghiasi landskap jalan Kuala Pilah-Batu Kikir sejauh satu kilometer.
Jadi kepada anda tak ada bajet lagi nak ke Jepun, jom explore lokasi-lokasi yang ada pokok ‘Sakura Malaysia’. Mana lah tahu gambar anda viral di Instagram kan?
View this post on InstagramMusim tekoma kedah? #tecomakedah #sakura #sakuramalaysia
A post shared by muhammad shauqi (@shauqi_arts) on
https://www.instagram.com/p/Bu26J27H_8C/
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Penjara Ala VIP, Mewah Macam Hotel!
Penjara dikaitkan sebagai tempat yang ngeri dan dikelilingi jeriji besi, tempat ditempatkan pesalah untuk segala kesalahan.
Tapi rupanya tak semua penjara menakutkan, ada yang mewah dan khabarnya lebih selesa daripada hotel. Mempunyai tilam empuk, ruangan yang selesa serta fasiliti lengkap seperti berada di luar.
Bukan itu sahaja, malah ia juga agak mewah bila turut dilengkapi dengan fasiliti seperti gim dan banyak lagi. Malah ada yang mempunyai keistimewaan yang mana orang luar boleh menemani pesalah di dalam penjara.
Ini 10 penjara mewah ada di dunia:
- Penjara Bastoy, Norway
Penjara ini terletak di pulau Bastoy, Norway. Penjara ini dapat menampung 100 pesalah dalam satu masa. Di dalam penjara ini terdapat court tenis, stable kuda, kolam memancing, dan kawasan untuk berjemur yang super mewah.
- HMP Addiewell, Scotland
Penjara ini memiliki sel yang selesa. Para pesalah juga dilayan dengan baik. Mereka diberi banyak latihan sehingga bersedia untuk kembali ke masyarakat setelah bebas nanti.
- Otago Corrections Facility, South Island, NZ
Penjara ini mempunyai sel yang selesa untuk penghuninya. untuk narapidananya. Ada beberapa kelas yang dapat diikuti oleh penghuni di penjara ini iaitu diajarkan cara bercucuk tanam dengan baik dan juga kegiatan memasak.
- Aranjuez Prison, Sepanyol
Penjara ini memberikan fasiliti yang sangat selesa untuk kanak-kanak yang menjadi banduan. Dalam tahun pertama di penjara, ibu bapa mereka diizinkan untuk menemani. Sel di penjara ini direka cantik dan selesa untuk kanak-kanak. malah ada ruang bermain khusus untuk mereka.
- Champ-Dollon, Swiss
Bilik dalam penjara ini boleh memuatkan tiga orang penghuni. Tilam dan ruang dalam bilik memang cukup selesa. Ia seakan bilik hostel di universiti.
- JVA Fuhlsbuettel, Jerman.
Penjara ini memiliki ruangan sel yang selesa. Pencahayaannya sangat cukup. Di dalam sel penjara ada juga katil, tandas peribadi dan sofa. Bukan itu sahaja, kat dalam penjara ini juga ada ruang tamu untuk penghuni bersantai.
- Sollentuna Prison, Sweden
Bilik di penjara ini sangatlah selesa. Ada ruangan menonton TV, tempat bersukan dan beberapa fasiliti lainnya.
- Halden, Norway
Penjara ini disebut sebagai penjara paling manusiawi di dunia. Sel di penjara ini sangat selesa dengan pencahayaan cukup. Penghuninya diberi kemudahan seperti TV yang boleh digunakan untuk menonton, ruangan gim, dan tempat rakaman muzik. Hebat kan!
- Justice Center Leoben, Austria.
Penghuni di penjara ini ditempatkan dalam sebuah sel yang lengkap dengan bilik mandi dan ruang dapur peribadi. Ia juga turut dilengkapi dengan gim, taman rekreasi dan gelanggang bola keranjang.
- Pondok Bambu, Indonesia
Penjara wanita Pondok Bambu ini mempunyai ruang yang cukup selesa untuk penghuninya. Dilengkapi dengan sofa empuk, pesalah juga turut mempunyai ruang untuk berkumpul dengan selesa.
Kredit: Brilio.net
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kehilangan Nora Anne Quoirin, Pelancong Ireland Di Resort Negeri Sembilan Masih Misteri
Kehilangan remaja perempuan warga Ireland yang dikenali sebagai Nora Anne Quoirin, sejak semalam di resort The Dusun di sini bukan sahaja menimbulkan minat kalangan pengamal media baik tempatan mahupun antarabangsa, bahkan turut menimbulkan tanda tanya.
Pelbagai persoalan membelenggu penduduk setempat yang hairan dengan kemampuan remaja berusia 15 tahun itu, yang juga anak istimewa, untuk berada jauh daripada resort itu selain menyifatkan ia adalah pertama kali berlaku di kawasan resort berkenaan.
“Kes orang hilang di resort ini adalah kali pertama kerana sebelum ini kalau dengar pendaki Gunung Berembun hilang, ia kes biasa. Sepatutnya kalau dia anak istimewa, tak jauh dia boleh pergi,” kata Tok Batin Kampung Kolam Air Pantai Ali Ngongor, 56, kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau yang turut menyertai operasi mencari remaja itu berkata adalah mustahil mangsa mampu mendaki hutan yang tebal di situ dalam keadaan dirinya yang sebegitu, apatah lagi bertahan dalam tempoh yang agak lama.
“Tetapi tak mustahil juga ada unsur mistik. Resort ini memang tak ada pemantau, semuanya atas risiko sendiri,” katanya.
The Dusun yang terletak 16km dari bandar Seremban adalah resort alam semula jadi persendirian yang bermula dengan sebuah dusun durian sebelum ditanam dengan pelbagai jenis pokok dan dibangunkan sebagai resort dan dibuka kepada orang ramai pada 2009 bermula dengan dua chalet.
Mohd Syawaluddin Mohd Zin yang bekerja dengan agensi media antarabangsa berkata berita kehilangan Nora Anne menarik minat masyarakat luar untuk mengetahui perkembangannya.
“Apatah lagi dia merupakan anak istimewa,” katanya ringkas dan memaklumkan dia perlu berulang alik dari Kuala Lumpur ke sini untuk membuat liputan.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian berkata setakat ini kekuatan anggota mencari dan menyelamat remaja itu telah meningkat kepada 168 berbanding 159 anggota, pagi tadi.
“Satu unit Senoi Praak turut telah digerakkan dalam SAR ini dan setakat ini belum ada sebarang petunjuk dan tiada sebarang unsur jenayah,” katanya sambil menambah bahawa kawasan pencarian kini diperluaskan meliputi 12km dari resort berkenaan.
Senoi Praaq adalah unit yang unik dalam PDRM dan pemilihan anggota diambil 100 peratus daripada suku kaum Orang Asli dan digelar sebagai Malaysia’s Killer Elite kerana mahir dan berpengalaman dalam selok belok perperangan di hutan.
Unit elite Senoi Praq seringkali digerakkan dalam kawasan yang memerlukan kepakaran bagi mengesan jejak selain berbagai operasi lain.
Sementara itu, Pengerusi Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon memaklumkan usahanya untuk bertemu dengan keluarga mangsa tidak kesampaian apabila mereka tidak bersedia menerima tetamu.
“Saya sudah cuba menyantuni ibu bapa remaja perempuan Irish yang hilang itu tetapi mereka tidak mahu jumpa sesiapa sekarang,” katanya.
Tinjauan Bernama juga turut mendapati terdapat beberapa pelancong asing turut membantu mencari remaja berkenaan di kawasan sekitar selain pemantauan daripada udara turut dilakukan PDRM.
Pada 4 Ogos media melaporkan remaja berkenaan disedari hilang daripada bilik penginapannya di sebuah resort di sini oleh keluarganya pada 8 pagi. Keluarga mangsa juga memaklumkan bahawa remaja perempuan itu mengalami masalah pembelajaran.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
75% Negara Di Dunia Tidak Bersedia Hadapi Ancaman Wabak. Thailand Negara Paling Peka!
Majoriti negara di seluruh dunia tidak bersedia dalam menghadapi ancaman biologi seperti wabak dan penyakit berjangkit lain sekiranya ia berlaku.
Menurut Economist Intelligence Unit, menerusi Indeks Keselamatan Kesihatan Global (GHS) yang diterbitkan pada Oktober 2019, purata skor yang dicatatkan 195 negara terbabit ialah pada sekitar 40.5 peratus. Laporan tersebut menjelaskan kesediaan antarabangsa untuk sebarang wabak atau penyakit masih berada di tahap lemah. Indeks ini mengukur keupayaan sesebuah negara meliputi pengesanan, pencegahan, tindakan, risiko serta komitmen untuk meningkatkan kapasiti nasional.
Setakat laporan tersebut dilaporkan pada Oktober 2019, hanya 13 negara sahaja yang berada pada kedudukan bersedia sepenuhnya bagi menghadapi ancaman wabak termasuk Thailand dan Korea Selatan. Dalam indeks sama, Malaysia berada di kedudukan ke-18 dunia dengan skor 62.2 peratus pada kategori ‘lebih bersedia’.
- Thailand menjadi negara ‘paling bersedia’ untuk menghadapi situasi wabak berbanding negara Asia Tenggara yang lain pada skor 73.2 peratus, manakala Singapura pada skor 58.7 peratus.
- Laporan sama turut memberi contoh bagaimana Thailand berjaya menghentikan penularan wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) pada 2015. Thailand berjaya mengenal pasti dan menghentikan penularan MERS menjadi contoh terbaik bagi nilai yang ditunjukkan dalam pembangunan sistem keselamatan kesihatan dan sistem kesihatan yang baik bagi menghentikan wabak dari sumbernya. Ini menunjukkan Thailand berjaya mengungguli isu keselamatan kesihatan di peringkat global.
- Ketika itu, wabak berkenaan telah menjangkiti 186 individu dengan 38 terbunuh di Korea Selatan. Pada tahun sama, Thailand telah mengesahkan kes import yang berlaku dan memaklumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta-merta. Laporan berkenaan turut memberitahu bahawa Thailand berjaya menghentikan kes jangkitan MERS dan kes berikutnya tanpa sebarang penularan baharu.
Indeks Keselamatan Kesihatan Global (GHS) mengambil masa lebih dua tahun untuk dikeluarkan dengan pembabitan lebih 100 penyelidik dari seluruh dunia. Laporan ini juga menjadi indikator penting kepada pembuat dasar bagi menentukan keutamaan bagi memastikan keselamatan di negara masing-masing.
Sumber: AstroAwani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI