Musim Bunga Bluebell Di England Jadi Bualan Hangat Netizen Di Sana. Cantik Teruk Ya!

Share

Fenomena alam memang penuh dengan rahsia. Seperti di negara kita, negara luar juga tidak terlepas menerima beberapa keunikan tersendiri sewaktu peralihan cuaca sekitar. Di kawasan pedalaman England, Panorama indah yang dipenuhi bunga mekar menggamit pandangan masyarakat tempatan dan pelancong luar.

Hamparan bunga bluebell berwarna biru keunguan cerah itu memenuhi kawasan berbukit Clent Hills di Midlands, England dan sekitarnya.

Pemandangan indah ini dirakam ramai netizen baru-baru ini sehingga tular dan menjadi buah mulut ramai. Pokok bunga bluebell adalah tumbuhan liar yang biasanya mekar dari pertengahan April hingga Jun. Bagaimanapun pada tahun ini bunga bluebell ini mekar lebih awal dan banyak berbanding biasa ekoran ketibaan musim bunga yang agak panas. Jika di Malaysia, peralihan cuaca juga akan menyebabkan beberapa fenomena menarik seperti jerami ala Texas, bunga ala sakura dan rumput menghijau New Zealand.

Ramai yang bercakap-cakap mengenai pemandangan cantik yang mereka lihat ini mengingatkan pengunjung kepada hasil seni pelukis legenda Perancis, mendiang Monet bertajuk Water Lilies.

Pengunjung mengambil kesempatan untuk merakam detik indah di sini bersama ahli keluarga, haiwan peliharaan, gambar perkhawinan dan juga iklan komersial.

 

Jika anda teringin untuk menikmati pemandangan indah ini dan merakam gambar kenang-kenangan, boleh la terbang ke England.

Sumber: Dailymail

Oleh
Husna