Musalla Al-Abrar, Senibina Estetik Di Sungai Penchala. Guna Batu Angin & Berstruktur Kiub, Unik & Cantik!

Share

Jika ada yang melalui Jalan Sungai Penchala pasti mata akan tertancap pada sebuah bangunan kokrit yang berwarna putih kelabu seakan tidak bercat. Malah bangunan tersebut juga dipenuhi dengan landskap tumbuhan hijau yang sejuk mata memandang.

Sekali pandang mungkin ada yang beraggapan bangunan tersebut adalah ruang pejabat namun sebenarnya ia adalah sebuah surau yang cukup estetik dan unik. Dinamakan Musalla, ia menampilkan senibina yang cukup unik dan menarik. Berdindingkan batu angin dengan struktur binaan berbentuk kiub, sekitarnya sejuk dengan tumbuhan hijau yang melitupi sebahagian bangunan.

Musalla Al Abrar yang menelan kos RM3 juta itu mempunyai dua aras ruang solat yang boleh memuatkan sehingga 1,500 jemaah pada satu-satu masa dan turut menempatkan ruang pejabat, tempat wuduk, tandas dan dapur.

Kredit: BERNAMA

 

 

 

Oleh
SAHR