Pelbagai bentuk penghargaan diberikan warga dunia kepada petugas barisan hadapan sebagai tanda terima kasih kerana berhempas pulas dalam membendung penularan wabak pandemik COVID-19. Bukan itu sahaja, mereka juga memperjudikan nyawa sendiri demi menyelamatkan mangsa-mangsa wabak ini.
Terbaru, Qatar Airways menawarkan 100,000 tiket percuma kepada profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia sebagai menghargai jasa dan pengorbanan dalam membantu merawat pesakit yang dijangkiti koronavirus (COVID-19).
"Profesional penjagaan kesihatan di setiap negara di dunia layak mendapat tiket percuma ini," umum syarikat penerbangan berkenaan dalam satu kenyataan.
Tawaran akan dibuka pada 12 hingga 18 Mei dan pendaftaran boleh dibuat di laman web qatarairways.com/ThankYouHeroes
Mereka yang menerima kod promosi boleh menempah sehingga dua tiket pergi balik kelas ekonomi secara percuma untuk penerbangan yang dikendalikan Qatar Airways ke mana sahaja di rangkaian global syarikat penerbangan ini
Qatar Airways akan kembali membuka semula operasi tidak lama lagi selepas ditangguhkan sementara kerana wabak COVID-19.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bercuti Ke Pulau Kapas, Wanita Ini Kongsi Tip Mudah Nak Bawa Anak
Teruja sungguh melihat keindahan Pulau Kapas, airnya biru dan berbumbungkan lagit yang biru, malah airnya pun jernih sampai nampak anak ikan berenang.
Kalau nak tahu lebih lagi apa yang best di pulau ini, jemput baca pengalaman Faiza Halim yang berkongsi percutiannya ke Pulau Kapas dengan membawa anak kecilnya yang bawah 2 tahun.
Kelebihan Bawa Anak Ke Pulau Kapas, Terengganu
1. Sesuai untuk holiday yang ringkas, santai, dan kurang penat. Especially bila nak bawa baby kecik bawah 2 tahun! Hehe. Sebab dekat dan boleh impromptu (tanpa persediaan).
2. Boat 15-20 minit ja dari Jety Marang. Tak sempat mabuk laut pun Zasss sampai pulau air bersih.
3. Dari centre Kuala Terengganu nak ke Marang pun dalam 20 minit ja. So kalau ampa mai Terengganu pastu tetiba rasa nak pi pulau boleh sangat lah. Bawa KFC berkelah pun best. Pi pagi balik petang.
4. Tapi kali ni kami stay overnight sebab nk bagi baby main pasir and mandi berjemur lama sikit. Pantai bersih, landai ke tengah, tak takut nak mandi dengan baby.
5. Dan sekarang ni the best season untuk cuti-cuti pulau Terenganu.
Boleh Cuba Cara Percutian Ibu Ini
Tiket
Kami walk in ja. Sampai jeti terus ke counter resort/ boat. Sebab dah biasa dengan servis yang sama, kami terus walk in kaunter “CHALET MAKCIK GEMOK” hujung sekali. Kaunter ni provide boat service dan chalet OMBAK KAPAS (tempat Mat Dan mat salleh tu la).
Bot
Boat paling awal 9 am. Kami pi lewat sikit 12 pm kali ni sebab nak overnight so tak kalut. RM40/adult untuk return boat. Baby below 3 free (ikut size baby la kot). Ada package sekali snorkeling just tambah RM10 dari harga boat. Tapi kami tak ambil sebab tak mahu snorkeling tak ada orang jaga baby. Focus nak main pasir and mandi air yang macam maldives tu ja.
Chalet
Chalet harga 100-200 per night. (Full board packge 1 night RM170/pax include return boat, snorkelling, island hopping, chalet, meal 3x)
Makanan
Kami tak ambil jugak package. Ambil bilik ja. Siap bawak bekal maggi, etc untuk mak mak. Lagi pun tak risau, OMBAK KAPAS CAFE ada. Makanan sedap, view superb! Breakfast pun sini, lunch pun sini, dinner pun sini.
Bawa cash banyak sikit sebab ada anak kecik ni ampa kena lupakan lah hasrat pecutian budget tak masuk akal bawah 100 untuk 2 hari. GERAI BURGER pun ada depan cafe ni dah lah burger sedap! Harga RM10 pun kami repeat 3 kali beli.
Instagram-able
Pulau kapas ni cantik, instagram-able, bersih, dan yg paling penting complete semua aktiviti percutian pulau boleh buat kat sini. Umar nak sangat lah naik canoe tapi malang skali tak dak infant life jacket, mommy pun tak bawak sebab impromptu trip.
Adventure
Kami tak hiking Bukit Singa sebab bawak baby. Tak pi snorkelling sebab tak dak infant life jacket. Memang focus lepak, makan tepi pantai, main pasir, mandi laut, layan baby kecik kami ni main puas-puas and memang happy sungguh la. Malam lepas dinner tu night walk tepi laut, dengar live band, tengok orang main api, pukull 10 dah tidur anak-anak kecil kami.
Memang betul relaxing. Yang penting anak-anak happy. Memang betul percutian anak-anak. Mak tumpang ja.
Ok, the rest biarlah gambar berbicara.
P/S: Jangan lupa bawa sunblock & alovera gel. Sapu alovera gel tu kat kulit baby right after berjemur panas tu, In Shaa Allah kulit tak burn mengelupas.
Owh ya, jangan lupa bawak INSECT REPELLENT. Nyamuk gigit gatai!
Sumber/Foto : Faiza Halim
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Tempat Makan Sedap Di Bangkok, Koh Lipe Dan Hatyai
Bercuti selama sembilan hari di Thailand, ini antara tempat makan sedap di Bangkok, Koh Lipe dan Hatyai yang dilalui oleh seorang wanita yang mana kos sepanjang ke sana habis dalam RM1.5 ribu, tidak termasuk perbelanjaan peribadi.
Tempat Menarik Di Bangkok – Koh Lipe – Hatyai
Perkongsian oleh Puan Nora Dama ini cukup menarik apabila dia turut berkongsi makanan best sepanjang berada di tiga tempat.
Perjalanan ini turun DMK airport.
Menaiki SRL Red Line Train ke city – 66 baht. Ada juga bus #A1-A4 dengan harga 40 baht tapi mengambil masa yang agak lama sikit during peak hours <2 hours.
Kami stay di Al Meroz Hotel (RM360/pax untuk 5 malam dengan sarapan). Kalau turun di Suvarnabhumi Airport, ada direct ARL train ke sini.
Depan hotel ada 3 restaurant halal – Sophia Restaurant for Thai food, Korean dan Japanese Restaurant. Boleh juga stay area Pratunam dan Ratchathewi (banyak juga makanan halal area ini).
Untuk gerak ke mana-mana boleh menggunakan bike dari BOLT app sebab Bangkok terkenal dengan heavy traffic, ya. Bolt juga lebih jimat dari Grab.
Memandangkan hotel kami terletak di kawasan Ramkhamhaeng, jadi kami menaiki bus direct ke Ramkhamhaeng Night Market dgn harga 8 Baht sahaja. Boleh juga singgah Jodds Fairs Market.
Tempat Makan Lain Yang Patut Cuba
– Pulut mangga @ Saman Islam di Chatuchak Market (dah try banyak tempat tapi sini juga paling sedap).
– Toro Fries @ Level 6 Iconsiam. Untuk ke sini boleh naik BTS turun Saphan Taksin dan ada free shuttle boat utk ke Iconsiam.
– Khaow-soy @ Phayathai Kitchen.
Next, fly ke Hatyai menaiki Thai Airways (RM150/way).
Dari Hatyai airport kami menggunakan khidmat “Dee Travels Hatyai” (boleh search di FB) untuk transfer ke Koh Lipe (1600 baht return trip, and National Park fees additional 220 baht / pax).
Sangat recommend stay di Sea to Moon Resort Koh Lipe sebab kawasan ini yang terbaik kalau nak berenang dan menikmati pemandangan laut (kiri dan kanan kami banyak boats blocking the view).
Kami pilih bilik sea view jadi harga mahal sikit RM360/pax untuk 2 malam dengan sarapan (halal, pekerja muslim).
Tempat makan yang sangat recommend:
– Pulut Ayam @ Tasneem Restaurant (terbaik pulut ayam dia, dah try banyak tempat tapi bawang goreng dia tak sesedap kedai ni)
– Tom Kha Soup Coconut milk dan juga Bbq seafood @ Bungroon Restaurant (sepanjng trip kami makan kat kedai ni je sebab memang sedap) Malam ada live music.
– Fireshow boleh tengok di Zodiac Seasun Bar dan Monkey Bar at Pattaya beach.
Kalau nak jalan-jalan di Hatyai city boleh wassap dgn uncle thai ni – +66991903663, Mr Eak nama dia, boleh cakap melayu.
Trip ini memang plan santai dengan misi untuk menggemokkan diri. Jadi cuma itu sahaja yang mampu dikongsi.
Semoga bermanfaat!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip, Panduan & Sebab Kenapa Anda Perlu Rancang Trip Ke Pakistan
Pakistan merupakan sebuah negara yang terletak Asia Selatan berjiran dengan negara Afghanistan, Iran, India dan China. Majoriti penduduk Pakistan adalah Muslim Sunni.
Apa yang best jika bercuti di Pakistan?’ dan pertanyaan biasa ‘selamatkah jika bercuti di sana? Baca perkongsian daripada saudari Sakinah Omar yang juga merupakan founder Jeju Muslim Travel ketika bercuti ke Pakistan baru baru ini.
Alhamdulillah Kina baru sahaja pulang dari trip Pakistan selama 9 hari. Antara benda pertama orang tanya kina bila diorang tahu kina nak ke Pakistan ialah “Selamat ke pakistan? Ada apa di Pakistan?” Sebenarnya Pakistan adalah sebuah negara yang sangat selamat, dalam banyak2 negara yang kina pernah travel, boleh kata Pakistan adalah antara yang paling selamat untuk dilawati. Cuma media sahaja yang suka memburukkan imej negara Islam supaya dunia nampak negara mereka merbahaya dan ganas.
Selain dari orang nya yang baik-baik, negara mereka juga penuh dengan keindahan alam semulajadi, boleh tengok gambar-gambar yang kina share. Sepanjang di sana memang mulut tak berhenti ucapkan SubhanAllah, view dia boleh buat kita menangis.
Kina mulakan perjalanan dari Lahore kemudian bergerak ke utara – Besham, Gilgit, Hunza, Khunjerab Pass, Islamabad dan balik dari Lahore semula. Di sini ada beberapa tips untuk mereka yang ingin travel ke Pakistan:
Musim:
Waktu terbaik untuk melawat Pakistan ialah pada Musim Bunga, Luruh & Panas.
Makanan:
Tak perlu bawa bekal makanan banyak2 dari Malaysia sebab Pakistan negara Islam, Makanan Halal ada di mana2. Kina bawa meggi cup tak sentuh langsung pun.
Tiket Flight:
Boleh check Malindo Air / Thai Airways / PIA .
Tiket flight yang kina beli harganya RM2500 KUL-Lahore direct dengan Malindo Air.
Internet / wifi:
Di sana internet susah sikit nak dapat. Kalau sewa pocket wifi / roamingman pun tak guna sebab line takda. Jadi anda perlu simkad di sana seperti telenor / scom.
5 Sebab Anda Patut Ke Pakistan Sekurang-Kurangnya Sekali Seumur Hidup
1) KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI
Pakistan digelar sebagai Swiss Asia kerana keindahan alam semulajadi yang setanding Swiss. Gunung Ganang tumbuh tumbuhan,bentuk muka bumi,laut dan tasik pastinya mengagumkan sesiapa sahaja yang melihatnya secara “Live” didepan mata.Melalui Utara Pakistan pastinya akan mengujakan kerana dapat menyaksikan dan menikmati perjalanan yang meliputi Pergunungan Himalaya.
2) KARAKORAM LEBUHRAYA TERTINGGI DI DUNIA DAN DIGELAR KEAJAIBAN DUNIA KE LAPAN
Pengalaman melalui lebuhraya tertinggi didunia dan merasai sendiri melalui kawasan pergunungan setinggi 15,397 kaki dari aras laut adalah sesuatu yang menakjubkan sesiapa sahaja yang melaluinya.Bukan itu sahaja,sepanjang perjalanan mata akan disajikan dengan panorama yang tak tergambar dek akal dan hanya akan dapat dikecapi di Pakistan.Pastinya sepanjang perjalanan rasa syukur akan diucapkan kerana melihat keindahan alam semulajadi yang Allah SWT ciptakan dan masih terpelihara indah dibumi Pakistan.
3) MAKANAN TRADISIONAL
Pakistan merupakan Negara yang kaya dengan pelbagai makanan tradisi.Kebanyakan juadah makanan adalah turun temurun dari generasi lama ke generasi masa kini.Ditambah pula dengan kepelbagaian rempah ratus khas dalam setiap hidangan yang dihidangkan aromanya pasti memikat siapa sahaja.Pastinya para food hunting akan teruja dengan kepelbagaian juadah makanan di Pakistan.Tambahan pula Makanan tradisi Pakistan bukan sahaja terkenal di Pakistan tapi di seluruh dunia seperti Nasi Baryani Pakistan,Kebab,Halwa Puri dan banyak lagi.Pastinya syurga makanan bagi food hunting.
4) HUSSAINI SUSPENSION BRIDGE: JAMBATAN GANTUNG PALING MENAKUTKAN DI DUNIA!
Kalau anda merupakan seseorang yang sukakan cabaran.Merentasi Jambatan Gantung Husaini mungkin bakal membangunkan adrelin anda.Kenapa ianya digelar jambatan gantung paling merbahaya dan menakutkan ddunia ? Sebabnya jarak diantara papan ke satu papan jauh dan sangat menguji ketahanan diri untuk melangkah dari satu papan ke papan lain.Tambahan jarak jambatan dengan sungai hunza agak tinggi pastinya rasa gayat akan dirasai,tambahan kalau jambatan bergoyang pastinya rasa SERIAUU.Kalau anda BERANI inilah Masanya.
5) PERTEMPUNGAN 3 BANJARAN; BANJARAN HIMALAYA – BANJARAN HINDUKUSH – BANJARAN KARAKORAM
Di Gilgit Baltistan, 3 banjaran besar bertemu dalam satu tanah, maka tidak pelik jika tanah Pakistan ini dilitupi oleh gunung-ganang hampir sebanyak 70%. Jika berada di Gilgit Baltistan,permandangan gunung-ganang pasti tidak akan terlepas dari pandangan mata anda kerana bentuk dan keindahannya sangat mengagumkan.
Semoga dengan Info ini kalian akan menjadikan PAKISTAN sebagai salah satu destinasi PILIHAN PERCUTIAN pada tahun 2020 ini. Siapa peminat nature & history, memang digalakkan sangat untuk ke Pakistan.
Foto: Insta @kina.omar @jejumuslimtravel
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI