Seperti mana kita semua sedia maklum kerajaan kini membenarkan untuk pelancong dari dalam negara pergi ke Langkawi sebagai salah satu projek rintis gelembung pelancongan. Mana-mana individu lengkap vaksinasi dibenarkan ke pulau legenda tersebut kecuali dari kawasan PKPD.
Namun mereka terlebih dahulu perlu melakukan ujian pengesanan Covid-19 sama ada ujian PCR atau RTK. Majlis Pemulihan Negara kini optimis lebih ramai pelancong akan ke Langkawi apabila projek rintis gelemnbung pelancongan mencapai kejayaan.
Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada peringkat awal projek itu, banyak perkara yang perlu diperhalusi namun semuanya dijangka berjalan lancar setelah tahap keyakinan rakyat dan pengusaha industri pelancongan meningkat.
“Saya jangka apabila tahap keyakinan dalam kalangan pengusaha pelancongan meningkat dan kemudahan yang disediakan kembali boleh digunakan pelancong, apa lagi penerbangan dari luar negara dibolehkan masuk ke sini, maka peratusan atau kadar (pelancong ke Langkawi) yang dijangka awal itu boleh berubah.
Ads
“Saya harap lebih besar daripada itu kerana Langkawi mempunyai kapasiti 12,000 bilik, insya-Allah lebih banyak lagi hotel baharu akan dibina bila keadaan bertambah baik,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama pengusaha hotel, inap desa, kereta sewa dan pemandu teksi Langkawi hari ini.
Foto: Astro Awani
Beliau diminta mengulas sasaran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang menjangkakan 200,000 pelancong berkunjung ke Langkawi hingga Disember ini susulan pembukaan semula industri di bawah projek rintis gelembung pelancongan bermula hari ini.
Ads
Muhyiddin juga menjangkakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melonggarkan prosedur operasi standard terutama berkaitan rentas negeri apabila Malaysia mencapai tahap imuniti kelompok yang diperlukan dan lebih banyak negeri beralih ke Fasa Dua atau Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara.
Beliau berkata apabila ini berlaku, rakyat akan dibenar menjalankan lebih banyak aktiviti bukan hanya dalam sektor pelancongan tetapi juga perniagaan, pengangkutan dan perkilangan.
Ads
“Apa yang penting supaya kita dapat lihat proses pemulihan kita cepat, kita tidak boleh bertangguh kerana kita telah menanggung kos yang terlalu mahal dalam tempoh setahun yang lepas disebabkan oleh pandemik,” jelasnya lagi.
Jadi buat anda yang memasang niat untuk ke Langkawi dalam tempoh terdekat, lakukan perancangan sebaiknya. Setiasa mematuhi SOP dan jaga diri dan keluarga.
Sumber: BERNAMA & Astro Awani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bercuti dalam negara dengan keluarga tersayang menggunakan jalan darat memang menyeronokan. Lebih menyeronokkan sambil melancong anda berpeluang berpeluang memenangi hadiah pakej percutian percuma di seluruh Malaysia.
Ada berita baik buat pengguna setia BHPetrol. Jenama ini telah bekerjsama dengan Tourism Malaysia menawarkan pakej hadiah percutian kepada pelanggan stesen minyak berkenaan untuk dimemenangi menerusi ‘Jom Cuti-Cuti Malaysia. BHPetrol Belanja!’
Peraduan ini diadakan untuk menggalak rakyat Malaysia untuk melancong merentas negeri serta menikmati keindahan semulajadi dan juga tempat tarikan pelancong sedia ada di Malaysia sekali gus membantu menggalak dan merancakkan semula industri pelancongan negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Menerusi program itu, pakej percutian domestik bernilai RM4,000 setiap satu menanti 30 pemenang bertuah dengan hanya membelanjakan minimum RM30 bagi pembelian petrol atau barangan runcit di mana-mana stesen minyak BHPetrol di seluruh negara.
Pelanggan hanya perlu meleret eCard masing-masing atau menggunakan aplikasi berkenaan ketika melakukan pembelian tanpa perlu mengisi sebarang borang untuk tujuan penyertaan.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai kempen ini dengan berbelanja di stesen minyak BHPetrol bermula 18 Ogos hingga 26 Oktober 2020.
Selain pakej percutian, turut tersedia adalah hadiah sagu hati berupa 10,000 mata ganjaran ePoints dan baucar tunai BHPetrol bernilai RM1,000 setiap satu selain 30 hadiah mingguan berupa penginapan percuma di rangkaian Hotel Royale Chulan terpilih.
Bagi melayakkan diri menyertai peraduan ini, ahli eCard aya perlu membeli jumlah terkumpul minima RM30 produk minyak atau barangan runcit di mana-mana stesen BHPetrol. Pengguna eCard fizikal akan mendapat 1 peluang penyertaan dan ahli eCard berdaftar melalui applicaksi talian eCard mendapat 3 peluang. Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari www.bhpetrol.com.my. Jom cuba! Mana tahu anda bernasib baik. Tapi pastikan anda menjadi ahli eCard dahulu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai, Emirates, telah mula menjalankan ujian darah terhadap penumpang di lapangan terbang sebelum menaiki pesawat.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu, ujian darah itu mula dijalankan minggu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, di mana penumpang yang menaiki penerbangan ke Tunisia perlu menjalani ujian sebelum berlepas.
Keputusan ujian darah itu diperoleh dalam masa 10 minit. Emirates mendakwa, mereka merupakan syarikat penerbangan pertama di dunia yang melakukan ujian sedemikian.
Emirates merancang untuk meningkatkan kemampuan pengujian di masa depan dan memperluasnya ke penerbangan lain. Ini akan membolehkan pihak pengurusan memberi pengesahan segera kepada penumpang Emirates yang melakukan perjalanan ke negara yang memerlukan mereka menunjukkan pengesahan saringan COVID-19. Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu tidak memaklumkan jika keputusan ujian darah terbabit akan mempengaruhi kebenaran menaiki pesawat.
Emirates becomes the first airline to conduct on-site rapid COVID-19 tests for passengers. The 10-minute tests are conducted by @DHA_Dubai at @DXB Terminal 3 for travellers to countries requiring COVID-19 test certificates. https://t.co/3j6jFFlxzYpic.twitter.com/rgxB09vh1I
Laman Facebook rasmi Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) memuat naik status premis tersebut ditutup sementara bermula 16 Disember 2019 hingga pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Rata-rata pengunjung terkejut dengan status tersebut dan tidak berpuas hati kerana tidak dimaklumkan lebih awal. Ini kerana ada yang sudah sampai di hadapan taman tema tersebut namun kecewa tidak dapat masuk.
Minggu lalu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberitahu MAPS tidak akan ditutup walaupun gagal membayar balik bayaran prinsipal berjumlah RM25.7 juta kepada Affin Hwang Investment Bank Bhd (Affin Investment). Menurut beliau, Perak Corporation Berhad (PCB) dan anak syarikatnya Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) akan berbincang dengan pihak bank berhubung perkara itu.
MAPS yang dibina dengan kos RM520 juta dibuka secara rasmi pada Jun 2017.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...