DIBINA TANGAN (HAND MADE)
Kasut kulit dibuat guna tangan pun dah mahal, inikan motor….
Semua motor Moto GP adalah prototaip yang di tahap tertinggi (high end). Segala jenis teknologi terbaru dalam industri motor, Moto GP akan menggunakannya dahulu. Setiap enjin dibina secara individual dan enjin ini dikunci dalam semasa musim perlumbaan, maka mana-mana pasukan tak boleh buka enjin untuk ubahsuai.
Enjin baru ditala mengikut spesifikasi input diberi penunggang; contoh Rossi inginkan lebih torque di Litar Sepang, maka talaan lain dibuat dengan cepat. Jika Zarco mahu top-end power, talaan lain juga dibuat…
Enjin hanya tujuh dibina untuk setiap pasukan bagi keseluruhan musim perlumbaan.
ALAT GANTI HANYA UNTUK MOTOR MOTO GP
Pengeluar hanya menghasilkan beberapa jumlah bahagian alat ganti maka kos penghasilan tinggi. Kalau motor produksi contohnya ; Yamaha hasilkan Yamaha R1 sebanyak 30,000 unit, maka kos bahagian seperti piston atau bahagian gear jadi murah.
Suspensi Ohlins contohnya; perlu ditala ikut spesifikasi penunggang. Sebagai contoh mungkin Rossi mahu lebih lembut, Marquez sedikit keras, Dovioso neutral. Kos suspensi depan Team Factory Yamaha sahaja bernilai lebih kurang RM420,000 untuk satu motor.
Bahagian enjin paling mahal; +- RM932,910.00 (hampir RM sejuta)! juga untuk sebuah enjin!
Sehingga kini ada tiga jenis enjin di Moto GP; V4 Honda, KTM, Aprilia, in-line 4 Suzuki, Yamaha, dan L4 90 V Ducati
PENGGUNAAN MATERIAL YANG MAHAL
Setiap motor perlu dibina ringan namun kuat; maka titanium, magnesium, karbon fiber atau karbon kevlar digunakan di enjin, casis dan fairings. Bahan ini biasanya diguna pakai tentera bagi jet pejuang atau NASA bagi projek angkasa lepas.
Harga karbon fiber: 0.5kilogram= RM42
Harga besi: 0.5kg = kurang dari RM42
Plastik: 0.5kg = RM0.42
(nilai matawang semasa)
Brek: Karbon komposit
Brek pad: Karbon komposit
Casis: Karbon fiber
Ekzos: Titanium
Enjin: Titanium, magnesium, besi,
Rim: Magnesium padu, walaupun rim karbon fiber lebih ringan, namun magnesium lebih diyakini pelumba
TEKNOLOGI
Teknologi Moto GP seperti jet pejuang baru. Enjin moto GP menggunakan injap pneumatik berbanding injap spring untuk motor produksi. Bahagian gear pula dengan seamless transmissions membenarkan penukaran gear clutchless shifting.
Motor juga dilengkapi sehingga 40 sensor bagi mengumpul data suspensi, enjin, suhu brek, tayar, ekzos, casis dan lain-lain.
Data ini pula dimuat turun dan dianalisa bagi memperbaharui kelemahan dan meningkatkan prestasi motor mengikut litar dan gaya tunggangan.
JANGKA HAYAT BARANG
Setiap item motor tidak dicipta menahan kondisi melampau seperti suhu panas. Walau bahagian ini dibuat dari teknologi terbaik, ketahanan hanya dalam masa singkat kerana penggunaan di tahap ekstreme.
Tayar: Tukar setiap kali sekali praktis, catatan masa, dan perlumbaan
Cakera brek: Karbon komposit hanya boleh diguna sehingga 1000km
Brek pad: Karbon komposit tahan sehingga 900km
Lain-lain seperti piston, blok bergantung kepada keadaan. Namun setiap kali lepas race, enjin akan dibuka, dibersihkan dan diteliti penggunaan.
Harga RM8.5juta untuk sebuah motor Moto GP tidak termasuk kos penyelidikan dan pembinaan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI