
Bijak! itu antara komen wargamaya apabila sekeping foto tular memperlihatkan sekumpulan monyet pandai menjaga jarak sosial yang ketika ini disarankan untuk dipraktikan dalam kehidupan manusia di dunia.
Penjarakan sosial sangat penting bagi mengekang penularan COVID-19. Itu yang diamalkan sekumpulan monyet di India apabila menjaga jarak masing-masing semasa makan. Kelihatan seorang pengunjung memberi sekumpulan haiwan ini makan, dan monyet-monyet ini dilihat menikmati potongan tembikai masing-masing, dan tidak berganjak sebaliknya masih menjaga penjarakan sosial antara satu sama lain.
Aksi kumpulan haiwan terbabit duduk dalam dua barisan dan sedang melakukan penjarakan sosial dirakam Arup Kalita di Tezpur di negeri Assam, India. Gambar berkenaan kemudian dikongsikan Menteri Negara Kementerian Hal Ehwal Belia dan Sukan, Kiren Rijiju. Dalam ciapan Twitter, Kiren mengesahkan penjarakan sosial sempurna itu berdekatan Bhalukpong di Arunachal Pradesh sempadan Assam-Arunachal.
“Jika kita perhatikan betul-betul, haiwan boleh mengajar kita banyak perkara yang mana mungkin kita terlepas dalam rutin harian kita,” katanya.
A perfect #SocialDistancing seen near Bhalukpong in Arunachal Pradesh along Assam-Arunachal boundary. If we observe carefully, animals can teach us many vital lessons that we may have missed in the haste of our normal daily lives.
(Picture taken by Arup Kalita, Tezpur) pic.twitter.com/5iIr8SELUz— Kiren Rijiju (@KirenRijiju) April 28, 2020
India dengan jumlah penduduk 1.3 bilion sebelum ini melaksanakan perintah ‘lockdown’ terbesar dunia. Perintah selama lebih dua bulan bermula 25 Mac sehingga 1 Jun lalu menyaksikan rakyatnya berkurung dalam rumah dan operasi pengangkutan awamnya tidak beroperasi.
Sumber: HMOnline
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI