Sarawak sememangnya terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang memukau. Dengan flora dan fauna di taman negara yang berusia ribuan tahun, pastinya tidak jemu saat berkunjung ke negeri ini.
Dikongsi oleh seorang pengguna fb, Ismail Roslan mengenai keindahan Taman Negara Bako ini, day trip boleh dilakukan di lokasi indah ini.
Menurut Ismail Roslan, Taman Negara Bako, Kuching Sarawak ini sememangnya sangat indah. Umpama berada di Hawaii.
Berikut adalah day trip boleh cuba:-
Ini merupakan lawatan pasca pandemic kerana lokasi ini sudah dibuka kepada orang ramai:-
Mael yang menunggang motorsikal 30 minit dari Kuching ke Jeti/Terminal Kpg. Bako. Sampai terminal jam 8.00 pagi, naik bot 20 minit ke Taman Negara Bako.
Daftar masuk beserta imbasan My Sejahtera di Park HQ, Teluk Assam. Kat situ boleh baca-baca info, tengok-tengok monyet, selfie dengan babi pun boleh. Lepas tu slow-slow mula treking ke Teluk Pandan Besar (view point) dan Teluk Pandan Kecil (sea stack).
Pace agak santai sebab elevation agak rendah, namun trailnya agak terbuka dan panas. Serius, bawalah air lebih. Slow-slow je jalan sambil menikmati keindahan dan keunikan taman negara ni, kalau nak laju nak pi mana?
Sampai Teluk Pandan Kecil, rilek-rilek berkelah la kat situ, dalam jam 2 petang bot datang ambil nak bawa balik (ni kena deal dengan pilot boat).
Dalam perjalanan balik, kalau rajin boleh pergi ke Teluk Paku sebelum ke Terminal Kpg. Bako. Setel trip jam 3 petang. Sekian.
Akhir kata. Sangat berbaloi, dan akan pergi lagi walaupun berkali-kali.
Info umum:
– Taman negara yang tertua di Sarawak ( diwarta 1957)
– Antara yang kecil di Asia Tenggara [ 27.27km²]
– Hampir keseluruhan tumbuhan di borneo terdapat di sini
– Tarikan utama; sea stack, monyet proboscis (orang belanda hidung besar), tapi aku suka babi dia, tak ganas langsung.
– Ada 7 jenis hutan dalam sebuah taman (hutan pantai, paya, bakau, bukit, kerangas, gunung dan sand stone).
Buat masa ini, hanya trail Teluk Pandan Besar, Teluk Pandan Kecil dan Teluk Paku sahaja dibuka (boleh cover daytrip). Tapi kalau nak overnight/bermalam hanya dengan kebenaran dan permit khas dari SFC sahaja. Nak lagi menarik, dapatkan khidmat guide-guide berlesen taman negara yang berkaliber dan unggul. Penuh info bermunafaat akan korang dapat.
Bayaran :
Taman Negara : RM10/seorang
*Bot : RM40-50/seorang. Bergantung kepada bilangan dan destinasi
#tamannegarabako #bakonationalpark #bako #kuching #sarawak #borneo #malaysiatrulyasia Tourism Malaysia Tourism Malaysia Sarawak #sarawaktravel #raonraonsarawak #dreamnowtravellater #mymotac #seastack #maeljalansarawak #hiking #nationalpark #xiaomi #mi10tpro. Sumber : Fb Ismail bin Roslan di Tourism Malaysia Sarawak.