Perkongsian foto: Noor Azli Adna (Cekli)
Pengembaraan dan lawatan bersama keluarga merupakan satu kepuasan yang tak terhingga. Apabila anak bongsu saya berumur 7 tahun saya bercadang membawa keluarga saya melawat ke luar negara. Bermula dari tahun 2007 setiap tahun saya lakukan lawatan ke luar negara bersama keluarga. Baru-baru ini saya melawat Mongolia buat kali kedua tapi anak-anak lelaki tidak dapat turut serta kerana masing tidak dapat cuti. Sepanjang lawatan saya ke luar negara, Mongolia terlalu istimewa dan menambat hati saya sekeluarga. Terlalu banyak tempat-tempat menarik dan ada yang tidak dapat di lihat di Negara-Negara lain seperti Nomadic life, Eagle hunter dan Rein deer herder.
Eagle hunter village di Bayan-Ölgii , Barat Mongolia
Festival Helang Emas merupakan acara tahunan di Bayan-Ölgii, Mongolia. Pemburu helang Kazakh (Burkitshi) meraikan tradisi dengan memburu musang atau arnab liar menggunakan helang emas terlatih.
Festival ini diadakan pada minggu pertama Oktober, dan dikendalikan oleh Persatuan Pemburu Helang Mongolia. Festival yang lebih kecil; Festival Helang Altai Kazakh juga diadakan setiap tahun di kampung terdekat pada minggu terakhir September.
Klik gambar
Melawat puak (Dukha) Pengembala Rusa di Khovsgol ,Utara Mongolia
Puak pengembala rusa terdiri daripada kumpulan pengembara kecil, yang masih mempertahankan cara hidup tradisional. Mereka dikenali sebagai Tsaatan, tsachin atau Dukha. Puak pengembala rusa terbahagi kepada dua grup, Barat Taiga dan Timur Taiga. Kedua-duanya boleh dilawat dari pekan Tsagaan Nuur (guna kereta) atau dari Renchinlhumbe (dari Tasik Khovsgol via kuda atau berjalan kaki)
Jika anda mahu kesini sebagai kawan untuk memahami tradisi dan cara hidup lama mereka, anda dialukan datang. Jika tidak, batalkan niat anda. Untuk melawat puak pengembala rusa, anda perlu memberi notis dahulu secara emel ke reindeer@hovsgol.org dengan memberitahu:
Informasi anda akan ke pusat NGO Mongolia, di Ulan Bator & di Muren, supaya dapat dipanjangkan melalui telefon, telegram atau mulut ke mulut ke Tsagaan Nuur & taiga. Sistem ini bukanlah yang sempurna, jadi anda mungkin mendapat maklumbalas atau tidak, namun anda akan mendapat emel dari NGO, Taiga Nature atau Reindeer Cooperative. Jika tiada maklum balas, sila datang, namun jika ada permintaan untuk mengubah tujuan datang, jumlah orang, atau tarikh kedatangan, maka anda diminta menghormati permintaan ini.
Tiada bayaran dikenakan bagi melawat taiga namun anda digalakkan membawa cendera hati seperti:
1. Makanan dan minuman, jangan bawa alkohol
2. Sediakan sendiri makanan dan khemah. Jangan harap untuk bermalam di khemah mereka.
3. Bawa berkalan ubat yang umum seperti pembalut luka, ubat sapu untuk diberi kepada mereka
4. Rokok, bateri, garam, tepung, dan gula-gula juga digalakkan beri kepada mereka
5. Ambil foto hanya pada hari kedua di taiga. Berkenalan dengan mereka dahulu pada hari pertama.Dan selalu bertanya dahulu.
Klik gambar