Terdapat pelbagai kisah seram yang diceritakan mengenai bangunan ini antaranya penginap akan mengalami kejadian aneh seperti televisyen terpasang sendiri dan penginap juga pernah menemui satu lembaga tanpa kepala sedang mendukung anak di dalam lif.
Ads
Ads
Ads
Amber Court Apartment ini terletak 3 km berhadapan dan sedikit bawah dari First World Hotel, Genting Highlands. Walaupun apartmen ini terletak dalam negeri Pahang, namun di belakangnya tidak sampai satu kilometer ialah sempadan negeri Selangor. Dikatakan apartmen ini setinggi 23 tingkat.
Apartmen ini dibina dan dijual secara freehold. Ada dua blok apartmen dengan jumlah unit yang banyak. Setiap unit dibina luas dari jenis studiohouse ke penthouse. Dengan view yang cantik, udara segar dan sentiasa berkabus, waktu awal siap ramailah yang beli.
Amber court adalah dua bangunan apartmen berkembar di pinggir Genting Highland yang dikatakan berhantu dan merupakan lokasi sering berlakunya kejadian bunuh diri bagi orang yang kalah judi di Genting Highlands. Amber Court juga dikatakan mempunyai sebuah bilik misteri yang berpalang kononnya tempat menyimpan hantu kasino di Genting Highlands.
Ramai beli untuk jadikan homestay dan weekend house. Yelah sebab dekat dengan Genting Theme Park kan. Jangkaan awal lokasi ni akan popular sebagai homestay meleset. Dari satu sumber mengatakan, pemilik asal pun ramai yang dah jual unit diorang dan dah tak duduk situ. Lama kelamaan apartmen ni terabai.
Apartmen ini sekarang kelihatan usang dari luar dengan warna lumut keperangan kesan cuaca lembab di puncak. Sekali pandang memang seram. Tak pasti apa masalahnya tapi boleh kata pengurusan yang lemah.
Terkini, apartmen ini mula dibanjiri pekerja asing. Mungkin sudah dibaik pulih bahagian tertentu apartmen atau kerja sekitar Genting Highland. Hal ni tak disenangi oleh beberapa pemilik unit apartmen yang masih ada dan mereka tuntut penjelasan dari pihak pengurusan kerana kebanjiran warga asing.
Harga pun dah jatuh teruk serendah RM30,000 untuk unit studio. Unit lain ada dijual pada RM200,000. Kalau mampu boleh la beli.
Amber Court masih terima tempahan kalau-kalau hotel lain penuh. Ada lobi dibawah yang nampak OK. Dengan harga sewa murah, mungkin sukar nak ditolak. Luar usang, tapi bahagian dalam bilik selesa. Ada kedai runcit dan kedai dobi dibawah kalau-kalau anda nak bermalam di sini.
Ada juga beberapa unit yang masih didiami pemilik asal. Namun boleh kira bila tengok waktu malam beberapa unit yang lampunya menyala dari rumah dari beratus unit.
Carian di internet paling banyak jumpa pasal pengalaman seram diganggu makhluk halus disitu.
Mungkin sekadar cerita suka-suka tapi pelancong dari UK pun tulis di blog pasal gangguan di apartmen yang disewa ni, boleh faham sendiri. Lagipun memang banyak unit yang kosong dan hanya sekali-sekala ada pengunjung sewa bilik. Kalau da lama tinggal tu, memang suka lah jin duduk.
Cari di Youtube, ramai yang pergi sewa semalam dan eksplorasi waktu malam di apartmen ni. Saja diorang nak alami sendiri apa betul atau tak cerita gangguan makhluk halus di sana.
Dalam satu video ni, ramai kata bilik paling kerap diganggu ialah bilik B6 Tingkat 17. Sejauh mana nak percaya terpulang, tapi sunyi macam ni memang seram lah.
Oleh: Mohd Zulfadli Ahmad Mazaki
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Fenomena air pasang besar yang melanda persisiran pantai di Port Dickson sejak bebehari lepas dilaporkan terkawal susulan cuaca panas dan tiada sebarang limpahan air yang berlaku sehingga boleh mengakibatkan kejadian banjir.
Bagaimanapun, sekiranya berlaku hujan lebat yang berpanjangan, beberapa kawasan berkemungkinan akan ditenggelami air terutama di kawasan rendah.
Untuk info anda yang ingin bercuti di Port Dickson, air pasang besar ini biasanya berlaku dalam tiga hari dan sepanjang bulan akan ada, ia bergantung kepada ketinggian air pasang. Kalau tengok air pasang kali ini agak tinggi berbanding bulan sebelumnya tetapi buat masa ini keadaan terkawal kerana cuaca panas.
Sekiranya berlaku hujan lebat, APM akan menempatkan anggota bagi memastikan keadaan pengunjung dan penduduk setempat selamat, namun pada masa ini tiada keperluan untuk menempatkan anggota untuk tujuan pemantauan.
Namun ada sedikit hikmah, fenomena air pasang besar ini dikatakan membantu memudahkan kerja pembersihan tumpahan minyak yang berlaku di Pantai Cermin, Port Dickson sejauh dua kilometer tempoh hari. Ombak yang kuat, membantu kerja pembersihan pantai dengan baik kerana minyak akan cepat terurai selain turut dibantu cuaca panas.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Mencipta percutian lain dari kebiasaan sambil menikmati susana malam dengan bercamping dan pemandangan malam di Tanah Tinggi Cameron Highland.
Selain itu juga turut menyediakan 1 bilik di villa untuk kemudahan lain.
Antara kemudahan yang disediakan dalam bilik berkenaan adalah
– Berdekatan dgn kedai barangn basah @ keperluan
– Dobi yang berdekatan
– Tandas dan surau disediakan
– Paip, singki dn bekalan eletrik juga tersedia
Untuk yang berminat boleh terus hubungi:
PINE VALLEY – CAMPER SITE
Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang. wasap.my/60147063682
Selepas kejayaan kempen KULinary tahun lepas, Malaysia Airports hari ini melancarkan kempen yang sama bagi tahun 2017. KULinary ialah kempen makanan enak oleh restoran yang terdapat di KLIA & KLIA2; dengan 25 restoran menyertai kempen selama sebulan yang bermula dari 26 Oktober sehingga 26 November 2017.
Kempen dirasmikan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial, Mohammad Nazli Abdul Aziz. Selepas perasmian, anugerah diberi kepada 25 restoran yang diiktiraf serta mengambil bahagian dalam kempen ini.
Malaysia Airports bersama FriedChillis Media Sdn Bhd (19 tahun berpengalaman dalam ulasan makanan) telah meneliti dan menilai makanan yang ada di KLIA & KLIA2. Ini memastikan makanan yang disediakan di KLIA dan KLI2 berada di tahap terbaik dan memberi kepuasan kepada pelanggan.
“Makanan memberi gambaran kepada tetamu dan pelanggan mengenai latar belakang budaya bagi setiap komuniti. Melalui kempen ini, ia peluang terbaik untuk berhubung terus bersama tetamu melalui rasa makanan dalam dan luar negara. Pada 2016, kempen ini melonjakkan trafik dan prestasi jualan di KLIA hingga 46.5% dan KLIA2 hingga 53.5%.” kata Mohammad Nazli Abdul Aziz.
Matlamat KULinary ialah menawarkan pengunjung dengan makanan yang enak di sini. Malaysia Airports juga memanfaatkan kempen ini dengan mempamerkan lebih 1000 pilihan makanan dan minuman pada harga yang ideal mengikut pilihan.
Antara lima pilihan terbaik di KLIA adalah Mellocino; latte dua bancuhan dengan marshmallow gebu dari Coffee Club, makanan enak sushi Jepun di Fukuya, Grandmama Nasi Ayam Istimewa dengan telur goreng dan udang pedas, ayam goreng dan rendang daging istimewa, Rotisserie Chicken yang diperam dengan herba dari Fight Club dan kelembutan daging kambing dari Sama-sama Express.
Sementara itu, pilihan domestik dan antarabangsa di KLIA2 termasuklah Bumbu Desa dengan Nasi Ikan Taliwang, The Loaf yang menawarkan 60 darjah celcius Cube, The Green Market pakar dalam makanan Jepun dan korea, Bibik Heritage yang popular dengan Sago Guila Melaka dan Sama-sama express dengan Big Cheese Pizza.
Tahun ini juga menyaksikan pilihan makanan yang lebih sihat hasil dari permintaan menggalakkan. Selain KULinary, Malaysia Airports juga mempromosi kempen seperti ‘Great Value Savers’, ‘Food Passport Promo’ dan ‘Healthy Food Compilation’ untuk kesedaran pada pilihan yang luas pada makanan bernutrisi dan berkualiti.
Malaysia Airports juga bercadang menjadikan kempen ini sebagai acara tahunan dan yang menarik, anda berpeluang menang wang tunai hanya dengan makan di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!