Sesekali bercuti santai dengan keluarga pergi tempat yang dekat-dekat dan buat aktiviti lain daripada lain pun seronok juga. Tambah pula di Tanjung Kepah, Sitiawan, Perak memang tempat tumpuan orang ramai setiap kali bulan Mac hingga Disember untuk mencari hasil laut seperti kerang, remis, kepah, siput sudu dan banyak lagi.
Memang seronok kalau dapat pergi dengan keluarga dan buat aktiviti sebegini. Tambahan pula lepas seronok mencari hidupan laut tu boleh terus masak sendiri dan makan. Mesti rasanya manis dan segar kan?
Page Facebook Viral Perak berkongsi satu itinerari daripada Rosimah Roslan mengenai percutian santai keluarga ini ke Tanjung Kepah, Lekir, Sitiawan yang tujuannya adalah untuk mencari kerang di sana.
Cukup simple dan menyeronokkan, untuk yang nak bercuti macam wanita ini boleh jadikan itinerari yang dikongsi sebagai rujukan. Dapat cari sendiri kerang, remis, kepah dan pelbagai lagi hidupan laut yang kemudian dimasak segar tentu rasanya luar biasa.
Itinerary: (Day 1)
– Bertolak ke Lekir, Setiawan.
– Check in: Sun Inn Hotel Sitiawan (bajet je). Book awal dekat Agoda.
– Santai-santai mandi kat pool teman adik (Hotel Bajet tapi ada swimming pool).
– Makan malam di Lemboy Cabin (Boleh waze je lokasi). Servis cepat & makanan pun sedap-sedap. Boleh cuba. Chim & family makan Chicken Grilled Chop, Lamb Chop & Nasi Goreng Original Lemboy Style.
– Balik hotel & rest
Itinerary: (Day 2)
– Sarapan pagi. Hajat nak makan dekat Roti Canai Pak Tam Setiawan tapi penuh (parking tiada) jadi kami pun pergi makan dekat Kedai Makan Cik Ani. Menu nasi lemak, nasi berlauk & roti canai memang sedap.
– Bertolak ke Tanjung Kepah, Lekir.
– Pi awal supaya boleh cop port cantik bawah pokok Ketapang.
– Kalau nak cari kerang & kepah, pastikan pakai stokin & kasut getah. Tapi kalau jenis kaki tahan tak perlu la pakai
– Bawa la besen ke baldi untuk letak kerang. Tapi kalau nak cari kepah, bawa la pencakar. Beli je kat kedai rm2.
– Tandas ada di Tanjung Kepah. Bayaran masuk mandi RM1 & tandas RM0.50.
– Kedai makan Warung Tepi Laut. Hanya dibuka pada hari Sabtu & Ahad bermula 8.00 pagi. Pukul 12 tengahari macam tu dah tutup.
– Aktiviti: BBQ. Bakar-bakar kerang, siput sudu, jagung, kerang rebus.
– Pukul 3 petang. Dah penat. Jom balik
– Perjalanan balik singgah makan di Selekoh Pak Ngah, Pantai Remis. Bawah pokok kelapa sawit. Cendol sedap weii
Kredit: Rosimah Roslan via Viral Perak