Misi Menangkap Remis & Kerang Di Tanjung Kepah, Setiawan. Bulan Jun Hingga Disember Waktu Paling Seronok!

Share

Pesisiran Pantai Tanjung Kepah di Kampung Batu 9 Lekir Setiawan Perak, sering menjadi tumpuan ramai termasuk kanak-kanak menghabiskan cuti hujung minggu dengan mencari pelbagai hasil laut seperti remis, kerang, kepah, kupang, siput sudu dan gayam.

Jika anda mengidam untuk memakan remis, misi mencari moliska bercengkerang seakan lala itu hanya boleh diperoleh dengan banyak dari Jun hingga Disember pada setiap tahun. Bagaimanapun untuk mencari remis, ia memerlukan masa agak lama dan dalam satu lubang yang dikorek jumlahnya tidak banyak. Remis yang diperolehi perlu dicuci dengan bersih dan seelok-eloknya direndam semalaman untuk membuang pasir sebelum dimasak.

Teringin nak cuba aktiviti sebegini? Ikuti perkongsian daripada saudari Rosimah Roslan

Hari 1

  • Bertolak ke Lekir, Setiawan.
  • Check in : Sun Inn Hotel Setiawan (Bajet je). Booked awal dekat Agoda.
  • Santai-santai mandi kat pool teman adik (Hotel Bajet tapi ada swimming pool).
  • Makan malam di Lemboy Cabin (Boleh waze je lokasi). Servis cepat & makanan pun sedap-sedap. Boleh cuba. Chim & Family makan Chicken Grilled Chop, Lamb Chop & Nasi Goreng Original Lemboy Style.
  • Balik hotel & rest

 

Hari 2

  • Sarapan pagi. Hajat nak makan dekat Roti Canai Pak Tam Setiawan tapi penuh (parking tiada) jadi kami pun pergi makan dekat Kedai Makan Cik Ani. Menu nasi lemak, nasi berlauk & roti canai memang sedap.
  • Bertolak ke Tanjung Kepah, Lekir.
  • Pi awal supaya boleh cop port cantik bawah pokok Ketapang.

 

  • Kalau nak cari kerang & kepah, pastikan pakai stokin & kasut getah. Tapi kalau jenis kaki tahan xperlu la pakai
  • Bawa la besen ke baldi untuk letak kerang. Tapi kalau nak cari kepah, bawa la pencakar. Beli je kat kedai rm2.
  • Tandas ada di Tanjung Kepah. Bayaran masuk mandi Rm1 & Tandas 50 sen.
  • Kedai makan Warung Tepi Laut. Hanya dibuka pada hari Sabtu & Ahad bermula 8.00 pagi. Pukul 12 tengahari macam tu dah tutup.
  • Aktiviti: BBQ. Bakar-bakar kerang, siput sudu, jagung, kerang rebus.

  • Pukul 3 petang. Dah penat. Jom balik
  • Perjalanan balik singgah makan di Selekoh Pak Ngah, Pantai Remis. Bawah pokok kelapa sawit. Cendol sedap weii

Jom Travel dalam negara je!

Oleh
Husna