Mimaland Malaysia : Dahulu Taman Tema Air Hebat, Kini Terbiar Usang

Share

Mimaland mula dibina dalam tahun 1971 dan beroperasi pada 1975. Lokasi Mimaland atau Malaysia In Miniature Land terletak di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak. Tahun 1994 taman tema ini telah ditutup sepenuhnya.

Pembinaan Mimaland dilakukan dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat. Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang.

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga.

Mimaland dulunya taman tema air dan rekreasi yang hebat kini terbengkalai atas faktor:

  • Seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun maut dalam satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993. Ditutup sementara.
  • Dibuka semula, namun, satu kejadian kecil tanah runtuh telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada dinding kolam renang yang sama pada Mei 1994. Kejadian ini menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut menyebabkan kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan telah menyeret Mimaland ke mahkamah atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan, pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada beroperasi. Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.

Antara filem yang dirakam di Mimaland:
Priya filem tamil(1978)

Tuan Besar (1980)
Mekanik (1983)
Gila-Gila Remaja
 (1986)
Tempo 88 (1987)
Dendang Perantau
 (1979)
Suara Kekasih (1986)
Sniper (2014) 

Ni screenshot ex-staff Mimaland cerita pasal ‘gangguan’ biasa di sana…
p/s:Ofis admin pon ada main type² & kerusi 

Peta old skool Mimaland

Mimaland Hari Ini

 

Oleh
Husna