Muzium Brooke menambah satu lagi artifak bersejarah iaitu sebatang dayung kayu hiasan sepanjang 1.5 meter berusia 120 tahun.
Dayung tersebut dipamerkan di Galeri Brooke (The Brooke Gallery), Fort Margherita, sebuah kubu tentera yang dibina pada zaman pemerintahan Charles Brooke, Rajah Sarawak pada abad ke-19. Dayung isitmewa itu adalah hadiah kepada Rajah Muda Anthony Brooke, berkemungkinan daripada pemimpin suku tempatan semasa lawatannya ke hulu di sepanjang Sungai Sarawak.
Pengenalan artifak ini adalah bersempena dengan ulang tahun ke-140 tahun Fort Margherita yang merupakan mercu tanda ikonik di bandar Kuching, dan pembukaan semula Galeri Brooke setelah ditutup hampir empat bulan kerana Perintah Kawalan Pergerakan.
Kubu bersejarah ini yang diubah menjadi muzium, dibuka kepada orang ramai pada 2016 dan menjadi satu daripada tarikan pelancongan di negeri Sarawak. Beberapa aktiviti menarik menanti pelancong bersempena dengan pembukaan semula muzium itu, dengan banyak artifak dan imej sejarah Sarawak khususnya semasa zaman Brooke, dipamerkan.
Anda pasti terpesona dengan bangunan warisan bersejarah yang masih kukuh dipulihara dengan baik. Binaan di Kubu Margherita ini dibina pada 1879 dan kini dikenali sebagai The Brooke Gallery yang menempatkan banyak dokumen dan artifak bersejarah negeri Sarawak. Di sini terdapat sebuah bilik yang menempatkan tengkorak musuh yang telah dipenggal pada suatu ketika dahulu.
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sumber & Foto: TheStar | Bernama