
Muzium Brooke menambah satu lagi artifak bersejarah iaitu sebatang dayung kayu hiasan sepanjang 1.5 meter berusia 120 tahun.
Dayung tersebut dipamerkan di Galeri Brooke (The Brooke Gallery), Fort Margherita, sebuah kubu tentera yang dibina pada zaman pemerintahan Charles Brooke, Rajah Sarawak pada abad ke-19. Dayung isitmewa itu adalah hadiah kepada Rajah Muda Anthony Brooke, berkemungkinan daripada pemimpin suku tempatan semasa lawatannya ke hulu di sepanjang Sungai Sarawak.
Pengenalan artifak ini adalah bersempena dengan ulang tahun ke-140 tahun Fort Margherita yang merupakan mercu tanda ikonik di bandar Kuching, dan pembukaan semula Galeri Brooke setelah ditutup hampir empat bulan kerana Perintah Kawalan Pergerakan.
Kubu bersejarah ini yang diubah menjadi muzium, dibuka kepada orang ramai pada 2016 dan menjadi satu daripada tarikan pelancongan di negeri Sarawak. Beberapa aktiviti menarik menanti pelancong bersempena dengan pembukaan semula muzium itu, dengan banyak artifak dan imej sejarah Sarawak khususnya semasa zaman Brooke, dipamerkan.
Anda pasti terpesona dengan bangunan warisan bersejarah yang masih kukuh dipulihara dengan baik. Binaan di Kubu Margherita ini dibina pada 1879 dan kini dikenali sebagai The Brooke Gallery yang menempatkan banyak dokumen dan artifak bersejarah negeri Sarawak. Di sini terdapat sebuah bilik yang menempatkan tengkorak musuh yang telah dipenggal pada suatu ketika dahulu.
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sumber & Foto: TheStar | Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Klasik! Kelab Golf Diraja Kampung Kuantan, Kelab Golf Tertua Di Selangor Berusia Lebih 100 Tahun

Walaupun sudah berusia lebih 100 tahun, Kelab Golf Diraja Kampung Kuantan masih digunakan dan dipelihara dengan baik dan menjadi destinasi gah bermain golf di Kuala Selangor.
Dibina pada tahun 1910, tapak asal kelab golf adalah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kampung Kuantan, kemudian di pindahkan ke Bukit Rotan pada tahun 1930.
Menawarkan permainan 9 lubang di hamparan seluas 55 hektar, kini kelab golf yang tertua di Selangor ini mempunyai keahlian seramai 440 orang dan terdiri daripada kerabat Diraja, pemimpin negara, ahli politik dan pemain golf profesional. Dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 6 petang, Kelab Golf Diraja Kampung Kuantan dikatakan antara lapangan bermain golf yang mencabar serta sukar, kerana faktor muka bumi tidak rata dan kelajuan angin tidak menentu.
Bangunan asal kelab golf ini berkonsep zaman British dan masih gah tanpa sebarang pengubahsuaian besar dilakukan. Pengunjung masih boleh melihat papan ukiran nama pemain sejak awal pertubuhannya, lampu antik serta pintu kayu yang sangat klasik, ala-ala filem koboi. Antara kemudahan lain yang ditawarkan adalah bilik VIP, kafe, dan kedai menjual peralatan golf.
image via FB Kelab Golf Diraja Kampung Kuantan | MDKS
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Ootd’ Sini Cantik! Kampung Morten, Kampung Melayu Asli Melaka Masih Terpelihara

Kalau anda pernah menaiki Melaka River Cruise, ketika menyusuri sungai Melaka pasti akan melalui satu kawasan perumahan kampung kira-kira empat kilometer di sungai berkenaan. Kawasan tersebut dipanggil Kampung Morten.
Yang pasti ramai terpegun melihat rumah tradisional Melayu yang terdapat di kampung tersebut. Bukan sahaja pelancong asing, malah penduduk tempatan juga seperti ‘khayal’ dan terpesona dengan keunikkan seni bina rumahnya.
Ramai mengagumi keunikan Kampung Morten yang masih teguh walaupun terletak di tengah-tengah pusat bandar raya Melaka. Kampung Morten cukup terkenal dengan keunikan tradisi lama masyarakat kaum Melayu yang masih terpelihara.
Kebanyakkan penduduk Kampung Morten tetap mengamalkan cara hidup lama di samping mempamerkan dan menjaga keunikan reka bentuk rumah mereka. Bukan sahaja kunjungan daripada pelancong dalam dan luar negara, kampung tradisional ini juga sering mendapat perhatian bagi mengadakan beberapa program khususnya dalam memperkenalkan budaya Melaka. Malah, banyak juga produksi tempatan dan antarabangsa yang memilih dan menggunakan kawasan di Kampung Morten ini sebagai lokasi set penggambaran.
Seni Bina Tradisi Dipelihara
Antara faktor yang menghidupkan keunikan dan keistimewaan kampung ini ialah melalui konsep reka bentuk rumah dan landskapnya. Rumah tradisional Melaka dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat Melayu bercirikan bumbung atap yang panjang dan tangga batu dihiasi jubin. Tangga batu merupakan ciri utama keunikan rumah ini, di samping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik.
Halaman rumah tradisional tersebut biasanya dihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga. Ini menjadikan Kampung Morten begitu istimewa. Pengunjung berpeluang melihat kesemua deretan rumah tradisional yang tersusun dari segi bentuk bumbung, tangga dan hiasan dalaman. Ia seolah-olah membawa pengunjung kembali ke zaman kerajaan Melayu Melaka.
Jika rasa ingin menginap di sini, terdapat beberapa buah rumah penduduk yang dijadikan sebagai homestay. Tetamu akan diberi pilihan pakej-pakej tertentu yang pastinya akan meninggalkan pengalaman berharga tatkala menginap di sini.
Sejarah Kampung Morten
Nama Kampung Morten diambil sempena nama seorang Pesuruhjaya Tanah Inggeris, Frederick Joseph Morten. Pembukaan Kampung Morten diasaskan oleh Allahyarham Othman Mohd. Noh pada sekitar 1920-an. Ketika ini, kampung tersebut mempunyai 85 rumah termasuk 52 rumah tradisional Melaka. Sewaktu pembukaannya, kampung ini terletak di kawasan paya yang diliputi hutan pokok nipah di pinggir Sungai Melaka dan menjadi satu-satunya kampung Melayu asli yang wujud sehingga hari ini.
Kampung Morten mendapat perhatian penuh kerajaan Melaka dan diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya pada tahun 1988 sebagai kawasan perkampungan tradisional Melayu dan pusat tarikan pelancong. Kini, perkampungan itu dikelilingi bangunan moden dan aliran air Sungai Melaka yang bersih dengan kedua-dua tebing sungai diperindahkan oleh kerajaan negeri.
View this post on InstagramA post shared by Neyra Shazeyra (@neyrashazeyra) on
View this post on InstagramA post shared by Neyra Shazeyra (@neyrashazeyra) on
View this post on InstagramVilla Sentosa #kgMorten #Melaka #Assignment
A post shared by 🌹نور عقيله شفيقه (@qiesyasyafiqah) on
View this post on InstagramAll suit up and ready for dapper ride! #dgrmelaka2018 #kgmorten #sundaymotocafe #kapowmy
A post shared by Sheikh Mohamad (@sheikhfadzil) on
View this post on InstagramKampung @ the heart of city. . #kgmorten #kgmortenmelaka #sightseeing #streetfood #malaccacity
A post shared by Mr Mrs Suhel (@sumi061212) on
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Neelofa Ajak Datang Rumah Terbuka Di Airbnb, Tepi Sungai Dan Ada Sudut OOTD

Sebelum berakhirnya Aidilfitri tahun ini, jom serang rumah terbuka di Airbnb yang dihoskan oleh tidak lain tidak bukan, selebriti Malaysia tersohor, Neelofa.
Neelofa Ajak Datang Rumah Terbuka Di Airbnb, Tepi Sungai Dan Ada Sudut OOTD
Haaa… kediaman tersebut bukanlah milik peribadinya tetapi ia merupakan sebuah penginapan Airbnb yang paling digemarinya di kawasan luar bandar Selangor.
Neelofa juga akan menjadi ‘tuan rumah’ untuk melayan tetamu di penginapan bernama Sekebun Bunga ini bersama dua Superhos Airbnb tempatan, Susean dan Izu.
Sekali imbas, para tetamu akan berpeluang menghayati keindahan alam semula jadi dan keramahan hos-hos mereka, termasuk sesi memasak yang mengujakan bersama Neelofa. Selalu tengok beliau memasak di Instagram Story saja kan? Haa, kali ini homecook berbakat ini akan berkongsi cara menyediakan sebuah hidangan Raya yang lazat yang diilhamkan daripada salah satu resipi keluarganya.
Kongsi Neelofa, “Raya merupakan masa yang paling penting dan bermakna buat saya dan keluarga. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, saya amat berbesar hati untuk menjadi Hos Airbnb dan mengehos Rumah Terbuka Airbnb yang pertama di salah satu penginapan Superhos kegemaran saya di luar bandar.
“Saya tidak sabar untuk berkongsi dengan tetamu suasana penuh kemesraan dan keramahan yang merupakan bahagian penting dalam perayaan keluarga saya sendiri, serta memasak bersama mereka,” katanya.
Sedikit info mengenai Sekebun Bunga, lokasi Airbnb yang dikelilingi dengan alam sekitar ini terletak kurang dari satu jam dari Kuala Lumpur.
Sekebun Bunga menawarkan percutian bertemakan alam semula jadi yang indah untuk tetamu beristirahat dan mengeratkan silaturahim dengan orang tersayang. Vila ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur yang selesa dan satu dapur yang serba lengkap, dikelilingi hutan yang subur dan aliran sungai yang mendamaikan.
Bagi korang yang berminat untuk bertandang ke Rumah Terbuka Airbnb bersama Neelofa ini, ia akan berlangsung selama dua malam dari 20 hingga 22 Mei 2023.
Penginapan sekali sahaja (one-off) ini boleh memuatkan sehingga tujuh orang tetamu, and boleh ditempah pada harga istimewa RM100 sahaja.
Harga ini akan dipaparkan di penyenaraian(listing) tersebut apabila tempahan dibuka di airbnb.com/rayawithneelofa pada Isnin depan, 15 Mei 2023, tepat pada jam 9 pagi.
Yang penting, kena reserve awal okay!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI