Setelah lebih 1000 hari misi cari dan menyelamat (SAR), Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengisytiharkan tamat misi pencarian pesawat Malaysian Airlines MH370 yang hilang.
Ketua Pesuruhjaya Greg Hood juga berkata tidak dapat mengesan sebarang bahagian pesawat.
Pencarian ini yang dijalankan mengikut piawaian tinggi dan profesional.
MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014, dan misi pencarian bermula hingga 17 Januari 2017, sebelum ditangguhkan oleh Malaysia, Australia dan China.
“Apapun punca kehilangan MH370, tidak ada transmisi diterima pada masa 38 minit penerbangan pesawat itu.”
“Sistem yang direka untuk menghantar lokasi pesawat secara automatik termasuklah transponder dan komunikasi pesawat gagal menghantar lokasi pesawat selepas waktu itu”, menurut laporan tersebut.
Analisa radar dan satelit komunikasi lain membongkar pesawat MH370 menyambung penerbangan selama lebih tujuh jam.
Laporan juga menjelaskan 120,000 kilometer persegi carian bawah laut telah dilakukan dan gagal menjumpai sebarang bahagian pesawat.
Seramai 239 penumpang termasuk krew hilang. Selama tiga tahun ini, lima bahagian pesawat yang mungkin atau tidak mungkin kepunyaan MH370 dijumpai di Afrika Selatan, Mauritius, Mozambique dan Kepulauan Reunion.
Sumber: https://themalaysianreserve.com/2017/10/03/mh370-search-officially-ends-atsb/
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Layan 3H2M Percutian Keluarga Di D’Tepian Sungai Campsite Hulu Langat. Tenang & Mendamaikan!
Buat masa ini bercuti ala camping bersama ahli keluarga menjadi trend percutian kala di hujung minggu
Walaupun Pulau Langkawi sudah boleh dikunjungi tetapi keluarga ini memilih untuk mewikmati keindahan alam semulajadi di Hulu Langat Selangor.
Ayuh ikuti perkongsian Mahazizi Abdul Latif di laman web grup Family Camping Malaysia.
Layan Keseronokan Camping Trip D’Tepian Sungai Campsite
Sedikit perkongsian berkenaan family camping trip kami di D’tepian Sungai Campsite Campsite pada 5-7 October 2021.
Alhamdulillah ala kulli hal..Dah setahun lebih tak camping, last sekali Feb 2020..serba tak kena jadinya, cari barang-barang camping dalam stor, macam ada barang yang tak cukup, tapi bila loading barang dlm kereta, macam tak muat plak, dulu muat je
Kami pergi 4 orang, hajat asalnya nak pergi weekend tapi bila contact tuan tanah, katanye weekend booking dah penuh sampai akhir tahun ni, tinggal weekdays je..
Apa lagi, terus dipanggil untuk mesyuarat tergempar dengan family, akhirnya keputusan sepakat berjaya dicapai, camping weekdays pun weekdays lah, ayoh pun tengah cuti, kelas PDPR anak-anak kita buat kat campsite, bawak buku dan pakaian kelab sekali..
Lerrr patut laaa tak muat satu kereta. Kena pulak buat mesyuarat satu lagi, mcm mana ini tak muat satu kereta..namun begitu, keputusan berjaya juga dicapai, bawak satu lagi kereta, biar lah apa orang nak kata
Memandu dari Bangi ke D’Tepian Sungai Campsite Hulu Langat actually tak jauh pun, dalam 38km saja, tapi ambik masa dalam sejam jugak nak sampai.
Mungkin sebab kami bertolak awal pagi, kereta banyak kat jalan especially dari simpang depan Balai Polis Batu 9 Cheras ke Pekan Batu 18.
Memang dah plan nak check-in awal, kebetulan pulak tapak yang kami tempah tu tak ada booking hari sebelumnya, so boleh lah datang awal sket..
Tapak yang kami tempah ni Private Durian nama diberi, tapak paling hujung dan agak jauh dari kawasan letak kereta, peluh sampai ke peha jugak lah nak tarik wagon dan troli ke tapak.
Tapi tak ada hal, sebab tapak ini memang best, redup dengan payungan pokok-pokok kat situ, depan sungai, waktu malam paling best layan jiwa sambil pasang lagi S.Jibeng
Taknak cerita banyak, perkongsian kali ni lebih kepada gambar dan video sahaja..alhamdulillah semua berjalan lancar..eh jap, kat bwh ni info sikit pasal campsite:
Kemudahan:
– Tempat Letak Kereta – Ada n percuma
– Bayaran masuk – Percuma
– Tempat Campfire & BBQ – Ada
– Security – Ada..pintu masuk utama ditutup waktu malam, ada lampu waktu malam di sekitar tapak
– Surau – ada, bleh memuatkan 30 org kot..
– Dewan – ada
– Dorm – ada
– Chalet – not in operation
– Stream – best
– Toilet – OK..toilet lelaki ada 2, tp tgh tambah lagi 2 unit.
– Sinki – ada
– Phone coverage (DIGI, CELCOM, Maxis ada tp kurg sket)
– Jalan access berturap – ada sampai ke pintu masuk campsite
– Elektrik – ada, cuma bawak extension cable je
– Bayaran tempahan – 50%
Sebarang Keterangan Lanjut boleh hubungi:
Https://wa.me/+6014-3977751 D’Tepian Sungai Campsite, Hulu Langat
Ade rezeki, kami datang lg inshaAllah, terima kasih banyak-banyak tuan tanah..
Artikel Berkaitan:
Boleh Muat Ramai Ahli Keluarga, D’Fahmy Eco Garden Pilah Port Terbaik Buat Family Day
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
COVID-19 Tinggi, Pembukaan Semula Sempadan Malaysia-Singapura Ditangguh Lagi. Bertabahlah!
Pembukaan kembali sempadan Malaysia-Singapura pasti sangat dinanti-nantikan oleh warga kedua-dua negara.
Sebelum ini Malaysia dan Singapura dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan inisiatif Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA) bagi memenuhi keperluan pekerja yang berulang alik antara dua negara itu. Menerusi pelaksanaan RGL, ia membolehkan perjalanan rentas sempadan untuk perniagaan penting dan tujuan rasmi antara kedua-dua negara.
Kerajaan negeri Johor mengakui peningkatan kes COVID-19 di negara ini sejak kebelakangan ini telah menyebabkan usaha untuk membuka semula sempadan Malaysia dan Singapura tertangguh. Peningkatan kes itu juga melibatkan beberapa daerah serta petugas agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) yang turut menjalani proses kuarantin.
Sebanyak 1,209 kes positif COVID-19 dilaporkan di Johor dengan 60 daripadanya merupakan kes baharu. Penutupan sempadan Malaysia-Singapura pula bermula sejak 18 Mac lepas apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19. Langkah itu menyebabkan ratusan ribu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terjejas kerana tidak dapat berulang-alik secara harian melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
Sementara itu, pelaksanaan program bakul makanan bagi rakyat Malaysia di Singapura akan dimulakan dalam waktu terdekat dengan menyasarkan mereka yang benar-benar terkesan akibat penutupan sempadan. Pada peringkat awal, kerajaan negeri akan menyediakan sebanyak 1,000 bakul makanan untuk diagihkan kepada individu yang benar-benar terkesan. Inisiatif ini adalah bagi meringankan beban mereka dan juga merupakan satu bentuk penghargaan atas kegigihan mereka terus bekerja untuk menyara kehidupan keluarga. Bakul makanan itu akan dihantar melalui badan bukan kerajaan (NGO) Southern Volunteers bersama-sama Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan Persatuan Malaysia-Singapura.
Image via google | Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Percutian Close To Nature, 15 Port Camping Best Kat Johor. Camper Boleh Ready Jelajah Campsite Kat Selatan!
Ramai masyarakat masa kini memilih untuk bercuti dengan menjelajah ke campsite yang tumbuh bagai cendawan. Setiap campsite yang wujud itu mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri.
Bagaikan percutian alaf baru, ramai camper yang kini mempunyai peralatan lengkap teruja untuk mencuba camping di setiap campsite yang ada. Percutian close to nature, ada sungai, tasik dan juga pemandangan indah.
Malah membawa keluarga bercuti ke tempat-tempat begini juga sedikit sebanyak dapat mengajar anak-anak terutamanya survival skill dan juga memberikan mereka pengalaman baru.
Untuk yang berada di Johor atau yang ingin ke Selatan menjejaki campsite yang ada di sana, ini 15 campsite yang korang boleh teroka.
- Tiger Base Camp (Sedili, Kota Tinggi)
Alamat: Tiger Base Camp Sedili, Ladang Pasir Logok, Sedili Besar, Johor [WAZE] ‘Tiger Base Camp’
FB: Tiger Base Camp
IG: tigerbasecamp
- Campsite Mentigi by Mentigi Bay Chalet (Mersing)
Alamat: 82, J181, Kampung Paya Tinggal, 86800 Mersing, Johor
FB: Mentigi Bay Chalet Mersing
IG: mentigi_bay_chalet_mersing
- Pemberton Campground (Kota Tinggi)
Alamat: Jalan Sedili 81900 Kota Tinggi, Johor
- Mak Kiah Campsite (Kota Tinggi)
Alamat: RV5V+MQ, 81900 Kota Tinggi, Johor
- Skryrim Campsite (Batu Pahat)
Alamat: 2 1/2, Kampung Pantai Minyak Beku
FB: Skryrim
- Kebunhaus (Segamat)
Alamat: Kebun Haus, Kampung Sulir, Segamat
FB: https://www.facebook.com/kebunhaus/
IG: https://www.instagram.com/kebun.haus/
- Sunrise Campsite (Pengerang)
Alamat: Jalan kampung punggai 81620 Pengerang, Johor, Malaysia
- Air Terjun Takah Pengkoi (Bekok)
Alamat: Air Terjun Takah Pengkoi, Bekok
- Sea Horizon Resort (Sedili, Kota Tinggi)
Alamat: Lot 901, Kuala Sedili Besar, Kota Tinggi
- El- Dhuha Campsite (Gunung Pulai, Pekan Nenas)
Alamat: Jalan Hutan Lipur Gunung Pulai 2 81500 Pekan Nanas, Johor, Malaysia
- The Next Camp
IG: thenextcamp8
- Sireh Park (Nusajaya)
Alamat: Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Nusajaya, Johor
- Gunung Panti Campsite (Kota Tinggi)
Alamat: Gunung Panti, Kota Tinggi, Johor
- Logok Campsite (Sedili, Kota Tinggi)
Alamat: Sedili, Kota Tinggi
FB: Logok Campsite
- D’Onaz Farm & Camp (Setia Business Park, JB)
Alamat: Jalan Perniagaan Setia 2/22 Setia Business Park 2 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia
FB: D’Onaz Farm & Camp
Kredit: Visit Johor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI