Mesej Daripada Tony. AirAsia Harap Pelanggan Tidak Tuntut ‘Refund’

Share

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah negara menyarankan para pelanggan yang terjejas agar penerima tawaran kredit bukannya menuntut bayaran balik bagi penerbangan yang dibatalkan kerana wabak COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata, sehingga kini lebih 80 peratus pelanggan telah menerima tawaran kredit sebagai alternatif.

“Saya tahu ramai di antara anda telah menyatakan kekecewaan kerana tidak menerima bayaran balik untuk penerbangan anda tetapi saya menyarankan anda untuk menerima kredit sebagai alternatif terbaik. Lebih daripada 80 peratus daripada anda telah menerima tawaran kredit kami dan kami benar-benar menghargai ini. Kredit ini mempunyai masa sah 365 hari dan membolehkan anda mengubah tarikh penerbangan anda untuk beberapa kali tanpa had. Namun, ia mungkin memerlukan proses yang panjang antara 12 hingga 16 minggu kerana banyak permintaan yang kami terima. Kami tidak mempunyai perolehan yang masuk, 96 peratus penerbangan terjejas dan kami masih mempunyai komitmen kewangan berterusan seperti pembekal bahan api dan ejen pajakan,”

katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi AirAsia.

I know many of you have expressed frustration with not receiving a refund for your flights but I encourage you to accept a credit as a good alternative. More than 80 percent of you have accepted our credit offer and we truly appreciate this. Please know that our policy is in line with many operators in the travel industry and reflects our focus on coming out the other side of this difficult period and flying with you again as soon as possible. We have ensured that we adhere to all regulations and requirements of respective governments and consumer authorities and believe this is the best solution. You are among the over 600 million guests who have flown AirAsia and can’t wait to fly with you again once this is over. While we strongly encourage you to accept the credit which is instant and comes with a 365-day validity and allows you to change your flight date for an unlimited number of times, we do accept requests for refund on a case by case basis. However, due to the overwhelming number of requests that we have received, it may take a long process of between 12 to 16 weeks.

Beliau menambah, walaupun pihaknya amat mengharapkan pelanggan menerima tawaran kredit, AirAsia masih menerima permohonan untuk pembayaran balik mengikut kes. Jelas beliau, apa yang sedang berlaku sekarang ini adalah cabaran terbesar yang dihadapi AirAsia dalam tempoh hampir 20 tahun penubuhannya. Oleh itu, beliau mahu bersikap terbuka dan telus dalam situasi yang tidak menentu ini.

Sebelum ini AirAsia mengambil langkah mengurangkan gaji sementara bagi barisan kakitangan pengurusan kanan sebagai langkah mengurangkan kos syarikat.

Rata-rata pelanggan meninggalkan komen yang tidak bersetuju dengan kaedah tersebut.

Sumber:FB SinarHarian | FB AirAsia

 

Oleh
Husna