Bertempat di IKEA, Cheras majlis berbuka puasa bersama Media berlangsung dengan penuh meriah. Keletah Nadia Hasnan sebagai hos cukup menggamatkan.
Bermula dengan kata-kata alu-aluan daripada Malcolm Purys, Country Retail Director, Ikea Malaysia acara diteruskan dengan kehadiran dua selebriti Chef Malaysia yang turut melakukan demo menu sihat bersama rakan media yang lain.
Abang Brian nama yang tak asing lagi dalam bidang masakan setelah menyertai program realiti Mastechef Malaysia musim pertama turut serta dalam acara pada petang tersebut. Menariknya Abang Brian membuat demo overnight oat nasi lemak dengan rakan media dan tetamu yang hadir pada hari tersebut.
Menu daripada Dr Ezani juga tidak kurang hebatnya. Overnight Oat dengan pelbagai jenis buah-buahan segar untuk dimakan ketika bersahur atau pada waktu berbuka puasa.
Lebih menarik lagi, peralatan yang digunakan pada hari tersebut oleh rakan-rakan media dan tetamu lain semuanya dari IKEA termasuklah beberapa bahan-bahan dalam hidangan yang dibuat oleh Abang Brian dan Dr Ezani.
Dalam pada itu juga, turut dipaparkan klip video masakan istimewa menggunakan bahan-bahan daripada Kedai Khas Makanan Sweden IKEA oleh Abang Brian dan Dr Ezani.
Acara diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan antara hidangan yang ada pada hari tersebut termasuklah Rendang Bebola Daging 30-Minit oleh Abang Brian dan juga Kek Coklat 5 Bahan oleh Dr. Ezani.
Sememangnya banyak barangan makanan daripada Kedai Khas Makanan Sweden IKEA yang anda boleh gunakan dalam masakan seharian!