Berita

Meriah Camp Meet Di Alfariq Campsite, Yan Kedah. Siap Ada Rewang & Sukaneka. Himpunan Camper Dari Seluruh Malaysia!

Share

Seronok sesekali dapat bertemu mata dengan camper-camper lain yang mungkin sebelum ini hanya dikenali melalui media sosial.

Dianjurkan oleh Vidalido Cabin Tent Malaysia dengan kerjasama Sahabat Campers Malaysia, seramai 55 orang menyertai Campmeet Vidalido Cabin Instant yang berlangsung pada 24/12/2022 sehingga 26/12/2022 di Alfariq Campsite Kg Raga Yan kedah.

 

Barisan urusetia

Pendaftaran peserta

Memilih campsite Alfariq sebagai lokasi untuk camp meet kali ini, menurut Shahrul Shafie, campsite ini lengkap dengan kemudahan (termasuk peralatan rewang & memasak) serta kawasan yang bersih, nyaman dengan suasana kampung dan sungai yang jernih serta mesra kanak-kanak.

Memang meriah acara yang dianjurkan, sebanyak 13 biji khemah dengan pelbagai jenis dekorasi tersendiri memenuhi ruang campsite Alfariq. Camper yang datang juga bukan sahaja dari Kedah, malah ada juga peserta yang datang dari Pulau Pinang, Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor.

Pelbagai acara dijalankan sepanjang camp meet berlangsung, antaranya kenduri rewang dengan pelbagai jenis lauk kampung, sukaneka, camp fire, lucky draw dan banyak lagi.

Paling meriah deko
Kenduri rewang

Menurut Shahrul juga rata-rata yang hadir pada acara tersebut sangat seronok dan berpuas hati. Malah ada yang ingin acara sebegini dianjurkan lagi pada tahun-tahun hadapan.

Jom tengok kemeriahan yang berlangsung sepanjang camp meet ini yang dikongsikan oleh Shahrul Shafie di media sosial miliknya.

Meriah geng rewang

Makan time

Assalamualaikum Sahabat Campers Malaysia..

Telah berlangsung Mini Campmeet Vidalido Cabin Instant di Alfariq Campsite pada 24/12/2022 ~ 26/12/2022..

Alhamdulillah.. Selesai dgn jayanya bila semua peserta meluahkan rasa puas hati & amat happy.. Masing2 minta repeat lg tahun depan.. Insyaallah.. Kita akan cuba jadikan sebagai acara tahunan…

Mini campmeet ni adalah anjuran VIDALIDO CABIN TENT MALAYSIA dengan kerjasama SAHABAT CAMPERS MALAYSIA..

Terima kasih diucapkan kepada org kuat (urusetia) فاره واحیدا فاره & Ita Abu kerana usaha tanpa jemu untuk menjayakan mini campmeet ni… tak lupa juga diucapkan kepada Aleep FarAh

, FarAh Aleep Alfariq & paklong maklong serta mertua CO Niesa Zul(mama) & abang yang bertungkus lumus serta amat sporting… Seterusnya peserta-peserta yang sporting serta masuk air…dari awal sampai balik kira gelak ja..Hangpa semua memang ohsemmm..
Breakfast
Sukaneka
campfire

Tuan puteri pergi ke Rasah,

Pulang semula sebelah pagi,

Kita bertemu akhirnya berpisah,

Diizin Tuhan berjumpa lagi…

Saya belanja gambar untuk kenang-kenangan…

Kredit: Shahrul Shafie

Oleh
SAHR