Perkongsian Oleh Kesuma Amar
Sambungan daripada artikel ‘Honeymoon’ Bersama Bff? Kenapa Tidak?
Okay kita sambung kembali kisah travel Kesuma. Perkongsian beliau dalam artikel yang lepas mengenai penginapan, kereta sewa dan tempat makan yang menarik di Pulau Langkawi.
Artikel kali ini kita ikuti kisah Kesuma dan sahabat beliau berenang di Laut Selat Melaka pula. Pengalaman sekali seumur hidup tau!
Sunset Diner Cruise
Terdapat pelbagai tarikan dan aktiviti menarik yang baharu di Langkawi ini dan kami memilih untuk menikmati makan malam di atas kapal layar sambil mengabadikan suasana matahari terbenam.
Kami memilih Sea Splash Langkawi yang terletak di Royal Yacht Club Kuah kerana kapal ini satu-satunya kapal yang tidak menghidangkan alkohol. Staff mereka amatlah peramah dan informatif selain sentiasa memberikan servis yang terbaik kepada kami.
Setibanya di atas kapal, mereka memberikan taklimat keselamatan sambil menghidangkan jamuan selamat datang kepada kami dan terus memulakan perjalanan. Acara kemuncaknya apabila tetamu dijemput untuk merasai pengalaman net jacuzzi di tengah-tengah laut. Nak turun tu memang nervous tapi bila dah masuk air terus jatuh cinta……..
Facebook dan Instagram : Sea Splash Langkawi
Alamat: Lot 12, Fisherman Whart Royal Langkawi Yacths Club, Jalan Dato Syed Omar, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Smiling Buffalo, bila perut asyik lapar.
Sememangnya hobi kami dua sahabat ini adalah MAKAN. Maka setibanya kami selepas aktiviti net jacuzzi di laut Selat Melaka tadi, kami terus memandu ke Restoran Smiling Buffalo. Ready gais!
Kami cuba Manggo Waffle, salah satu menu unik di Smiling Buffalo ini. Menu fusion di sini mempunyai tarikannya yang tersendiri apabila waffle gebu gebas dihidangkan dengan topping santan dan gula melaka dan sudah tentu dengan potongan dadu mangga segar manis cukup leleh apabila menikmati gabungan ini.
Satu lagi hidangan yang wajib cuba adalah Big Breakfast. Big Breakfast adalah gabungan roti bakar bersama sosej ayam dan daging, telur hancur, salad dan buah-buahan. Sungguh mewah dengan nutrisi dan rasanya.
Facebook dan Instagram : Smiling Buffalo
Waktu Operasi : 8.00am-6.00pm
Alamat : 965 Kuala Chenang, Mukim Kedawang
Sepertinya 3 hari 2 malam tak mencukup untuk kami berdua ini. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang baharu di Langkawi yang belum kami terokai. Ombak membiru, warga Langkawi yang peramah seolah-olah memanggil kami untuk kembali ke sana lagi.