Negeri Pahang sememangnya terkenal dengan kekayaan alam semula jadinya. Selain mempunyai Taman Negara yang terkenal di dunia, Pahang juga terdapat pelbagai jenis gua bertaraf dunia yang boleh diterokai oleh peminat gua. Ada di antara gua-gua yang hebat ini boleh didapati di sebuah bandar kecil bernama Merapoh.
Gua Merapoh memiliki ratusan gua yang boleh diterokai dan dipercayai berusia lebih dari 130 juta tahun. Jadi, tidak hairanlah Merapoh, yang terletak di daerah Lipis, Pahang dianggap sebagai syurga bagi peneroka gua. Terdapat beberapa gua bertaraf dunia di Merapoh. Ada yang mempunyai bilik besar, dipenuhi dengan formasi yang unik atau mempunyai geologi yang menarik, dan yang lebih mengagumkan adalah ada gua yang tersembunyi kolam air jernih yang menampung pelbagai spesies fauna.
Ads
Secara umum, gua-gua di Merapoh boleh dikategorikan sebagai gua persembahan, gua pengembaraan dan gua arkeologi. Sebagai contoh, Gua Hari Malaysia mempunyai sungai sepanjang satu kilometer yang mengalir melaluinya, membentuk air terjun dan kolam renang. Ini adalah jenis gua yang baik untuk memanjat, merangkak, berenang, menyeberang, manakala Gua Seribu Cerita mempunyai banyak lukisan gua untuk diterokai dan dilihat.
Gua Tahi Bintang, yang namanya berasal dari satu dinding yang penuh dengan pembentukan berbintang yang menyerupai tahi bintang, juga mempunyai beberapa lukisan gua. Lukisan-lukisan itu dipercayai ditarik dengan karangan antara 100 dan 200 tahun yang lalu. Nama Gua Hantu Menari diberi kerana cahaya yang masuk ke dalam gua dan terkena air sungai membentuk imej seakan-akan lembaga putih menari.
Ads
Ads
Setakat ini penduduk tempatan dengan dibantu oleh aktivis alam sekitar, Laili Basir berjaya meneroka sebanyak 174 gua batu kapur di kawasan sekitar Merapoh. Dianggarkan terdapat lebih 500 gua di sekitar kawasan Merapoh.
Bagi generasi hari ini, cerita-cerita rakyat mungkin tidak popular. Namun bagi generasi 90-an ke bawah yang belum terlalu terdedah kepada dunia internet, cerita-cerita begini amat popular sekaligus masih berbekas dalam ingatan.
Dalam satu perkongsian dari fb Laksamana Studio, penulis berkongsi kisah Sang Kelembai yang bertukar menjadi batu dan bongkah-bongkah batu ini jelas ketara di beberapa buah negeri. Bagi korang yang mungkin berminat meneroka lokasi pelancongan ini, boleh memilih ke lokasi dinyatakan. Mana tahu, korang lebih berminat dengan sejarah dan cerita zaman lalu.
Berikut adalah perkongsian dari Laksamana Studio
Sang Kelembai atau Sang Gedembai begitu sinonim dalam cerita-cerita rakyat dalam masyarakat melayu yang sering diceritakan mempunyai kuasa sakti dan kebolehannya menyumpah manusia atau haiwan menjadi batu ketika dia sedang marah.
Menurut cerita lagenda, apa sahaja yang ditegur oleh Sang Kelembai akan bertukar menjadi batu.
Makhluk ghaib ini sering digambarkan dengan fizikal yang bersaiz gergasi, berwajah hodoh, berperwatakan bengis, berambut merah dan panjang. Ia amat digeruni oleh makhluk-makhluk lain.
Sang Kelembai biasanya tinggal di dalam hutan belantara dan berhampiran sungai. Ia juga dikatakan gemar makan pucuk buluh dan menyebabkan orang kampung pada masa itu sukar mendapatkan buluh.
Cerita Sang Kelembai sangat popular dikalangan masyarakat melayu yang tinggal di Perak, Pahang, Kedah dan Pulau Pinang dengan masing-masing mempunyai versi cerita yang berbeza.
Versi Perak Diceritakan, pada suatu hari Sang Kelembai sedang membuat belat ikan merentangi Sungai Perak tiba-tiba turun lima ekor gajah untuk mandi-manda disitu dan membuat bising hingga mengganggu ikan yang ingin ditangkap oleh Sang Kelembai. Lantaran daripada itu, ia hilang sabar lalu bertempik menyebabkan 5 ekor gajah sekali gus menjadi batu. Batu itu masih ada di Kampung Ara Panjang. Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Kewujudan batu ini dikatakan kerana gajah-gajah di situ telah membuat bising dan telah ditegur oleh Sang Kelembai yang tidak suka dengan suasana bising. Akibatnya gajah tersebut dikatakan menjadi batu.
Dikatakan juga, pemukaan berbatu di sekitar air terjun Lata Kinjang di Tapah dan Lata Batu Hampar di Padang Rengas terbentuk hasil sumpahan Sang Kelembai selepas berang ekoran anaknya mati dihempap pokok.
Versi Pahang Menurut cerita orang-orang tua di Kampung Batu Sawar, terdapat sebuah batu berbentuk sawar iaitu sejenis alat menangkap ikan di dalam Sungai Pahang. Para pengunjung boleh melihat sendiri batu sawar ini lebih-lebih lagi menjelang air surut. Batu ini dikatakan terkena sumpahan Sang Kelembai kerana menghalang laluannya. Batu tersebut kemudiannya digelar Batu Sawar dan akhirnya menjadi nama rasmi bagi kampung tersebut.
Kisah Sang Kelembai di Kuala Tahan biasa diperkatakan dikalangan masyarakat kampung dan orang asli suku kaum Batek dan Semelai. Di khabarkan, ia suka singgah di kawasan air terjun 4 tingkat dan sebuah taman yang kini digelar sebagai ‘Wray’s Camp’ disebabkan keindahannya. Terdapat juga kesan tapak kakinya di puncak Gunung Tahan.
Banyak kawasan kampung dikaitkan dengan kisah Sang Kelembai. Antaranya ialah Batu Papan, Gua Kota Gelanggi dan Batu Katak.
Di Gua Kota Gelanggi ia sering dikaitkan dengan orang bunian dan Sang Kelembai. Di situ juga wujud batu menyerupai pengantin bersanding, ular dan singa yang dipercayai akibat sumpahan Sang Kelembai.
Versi Kedah Di Kodiang, terdapat batu seperti seekor kerbau yang dikatakan di sumpah oleh Sang Kelembai di Gua Kerbau yang mana, satu daripada gunung disitu menjadi destinasi pelancongan terkenal.
Versi Pulau Pinang Pulau Pinang juga turut mendapat tempias Sang Kelembai. Di Batu Maung, Pulau Pinang, kesan tapak kaki sepanjang 33 inci yang ditemui dan dipercayai tapak kaki Sang Kelembai. Kesan tapak kaki yang sama turut ditemui di Bayan Lepas, Pulau Jerejak dan Pulau Aman.
Memandangkan kesan tapak kaki Sang Kelembai sudah wujud beratus tahun di beberapa pulau sekitar Pulau Pinang, penduduk berbilang bangsa di sana mempunyai pelbagai cerita dan kepercayaan tentang Gedembai, mengikut budaya masing-masing.
***** Masyarakat Melayu dahulu sering mengaitkan sesuatu penyakit atau kejadian pelik dengan alasan yang tidak rasional. Contohnya, bentuk batu-batu aneh dan batu menyerupai manusia yang dikatakan telah 'ditegur' oleh Sang Kelembai akibat melanggar pantang larang orang tua-tua.
Mungkin cerita mengenai Sang Kelembai direka bagi menakut-nakutkan kanak-kanak supaya tidak bermain jauh dari rumah hingga ke kawasan hutan.
Kini, kisah Sang Kelembai dan sumpahannya kian dilupakan saban hari, namun namanya masih menjadi cerita lagenda yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Usaha merancakkan sektor pelancongan domestik, Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor sering menjalinkan usahasama dan kerjasama pintar dengan pelbagai pihak.
Ini termasuklah bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), mahupun penggiat industri dan pihak berkepentingan dalam industri pelancongan tanah air.
Terbaharu, Tourism Selangor meneruskan usahasama dengan Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) dalam sebuah Bengkel Latihan Pakej Pelancongan Domestik “Pusing Selangor Dulu” menyasarkan pemerkasaan strategi pemasaran pakej-pakej pelancongan Negeri Selangor oleh agensi-agensi pelancongan bertauliah di Negeri ini.
Bengkel Latihan tersebut merupakan sebuah inisiatif dari pihak Tourism Selangor dalam memberi pengenalan serta meningkatkan pengetahuan produk pelancongan Negeri Selangor kepada wakil agensi – agensi pelancongan yang berdaftar di bawah MITA. Bengkel latihan selama 1 hari dengan 2 sesi ini telah dihadiri oleh 60 orang peserta.
Antara objektif pelaksanaan Bengkel ini termasuk membantu agensi pelancongan dan pengusaha produk pelancongan dalam usaha promosi dan pemasaran, menjalinkan kerjasama erat antara penggiat industri, serta mewujudkan pakej pelancongan yang berpotensi dan berkualiti agar pihak yang berkaitan dapat mempromosikan produk-produk pelancongan Negeri Selangor dengan lebih berkesan.
Y.B Tuan Hee Loy Sian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor dalam sebuah kenyataan berkata, “Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor menggalakkan orang ramai agar melancong ke Negeri Selangor dengan menggunakan khidmat agensi-agensi pelancongan bertauliah di Negeri ini. Justeru, pihak Tourism Selangor telah menetapkan sasaran penjualan sebanyak 8,000 pakej pelancongan domestik “Pusing Selangor Dulu” sehingga akhir tahun 2021”.
“Sasaran ini tidak sukar untuk dicapai kerana Kempen Pelancongan Domestik Tourism Selangor; “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dari orang awam.
Video rasmi Kempen ini yang dimuat-naik ke saluran YouTube rasmi Tourism Selangor sehingga kini telah menerima lebih 500,000 jumlah tontonan. Apa yang lebih membanggakan, Kempen ini telah berjaya menerima lebih dari 15 juta reach di laman media sosial dan landasan digital”, tambah Y.B Tuan Hee Loy Sian di Majlis Perasmian Penutup Bengkel Latihan Pakej Pelancongan Domestik “Pusing Selangor Dulu” bertempat di GM Klang Wholesale pada Isnin.
Impak signifikan Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” yang semakin meniti di bibir orang awam serta di hujung jari para warganet di Malaysia tentunya memberikan nilai tambah kepada penggiat industri khususnya agensi-agensi pelancongan bertauliah untuk memasarkan pakej-pakej pelancongan Negeri Selangor pasca pandemik Covid-19.
Usahasama dan kerjasama pintar pihak Tourism Selangor dengan penggiat industri pelancongan Negara membuktikan Tourism Selangor tidak hanya menumpukan kepada impak positif Kempen domestik yang sedang berlangsung malah turut mengambil langkah proakrtif dengan menawarkan latihan industri secara khusus kepada penyedia perkhidmatan seperti agensi pelancongan Negeri Selangor secara berkala.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...