Merantaulah…
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman.
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang.
Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah.
Bermusafirlah, nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan.
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang
Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan.
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.
Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa.
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran.
Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam.
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.
Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang.
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.
Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya.
Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan karena dalam perjalanan itu ada lima kegunaan, iaitu: menghilangkan kesedihan, mendapatkan penghidupan, mendapatkan ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan banyak orang.
─ Imam Syafie
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Senarai Hotel Murah Sekitar Pekan Kuah Langkawi, Untuk Yang Ada Bajet Terhad
Sejak travel bubble di Langkawi berjaya, sudah tentu ramai yang mahu bercuti di sini tetapi punya bajet biasa-biasa.
Usah risau denga bajet kerana anda masih boleh menikmati percutian setanding duduk di hotel mewah.
Apa yang penting momen dapat bersama keluarga setelah lama tidak keluar lakukan aktviti bersama keluarga.
Jadi jika anda berhajat untuk ke Langkawi, ini antara 10 hotel murah dan best di Pekan Kuah boleh menginap.
1. Hotel Goldsands
Hotel Goldsands Kuah ini antara hotel di Kuah ini yang sesuai bukan saja kalau anda datang berdua, tapi juga untuk yang datang dengan famili.
Bilik di sini luas dan ia pun ada kolam renang. Bezanya dekat sini kolam renang Infiniti dengan pemandangan laut. Dari segi fasilitinya, memang ini antara hotel paling berbaloi untuk anda inapi.
Dan disebabkan lokasinya, nak shopping dan makan mudah, walaupun masih perlukan anda berkereta.
2. Bella Vista Waterfront
Hotel yang dibuat macam istana Disneyland ini dekat dengan Taman Tema Splash Out Langkawi — sesuai kalau anda datang dengan anak-anak yang memang nak masuk ke taman tema ini.
Kalau tak nak masuk taman tema tak apa. Sebab hotel ini ada swimming pool sendiri. Dan sesetengah bilik ada pemandangan laut, walaupun anda tak boleh mandi di dalamnya.
3. Hotel Langkasuka
Kalau anda tak suka berkereta dan nak hotel yang dekat dengan mall, book hotel Langkasuka sebab ia cuma kat sebelah Langkawi Parade. Senang nak beli coklat, makan roti pagi-pagi atau beli Tealive hari-hari.
Ia pun ada swimming pool walaupun saiznya kecil saja. Bilikmemang agak berusia, tapi saiznya selesa untuk keluarga.
4. Langkawi Seaview
Hotel murah di Kuah yang satu ini ada bilik yang luas untuk harganya. Dan kalau nasib anda baik anda akan dapat pemandangan laut. Hotel ni pun ada swimming pool walaupun kecil.
Cuma kalau nak makan, wajib memandu keluar sebab tak ada tempat makan berhampiran dalam jarak jalan kaki. Dari segi harga, ia hotel murah di Kuah yang ada swimming pool paling murah harga biliknya.
5. Hotel Ayda
Hotel Adya ini ialah hotel mesra muslim kat Kuah, Langkawi. Jadi tak perlu risau status halal lauk sarapan di hotel nanti. Dan kalau hotel lain ada swimming pool untuk semua, hotel Adya ini pula ada swimming pool khas untuk wanita.
Bilik kat sini besar, dan kalau nak cari makan dan shopping dekat saja, walaupun masih kena berkereta. Contohnya kalau nak shopping coklat last minute sebelum balik, Langkawi Parade ada, cuma 2 minit berkereta.
6. Chil Suites Langkawi
Untuk anda yang mahukan bilik moden dan luas kat Pekan Kuah anda boleh tempah Chill Suites Langkawi.
Harga bilik budget ini murah untuk saiznya. Ia juga datang dengan toiletries, peti keselamatan dan juga mini fridge untuk anda letakkan coklat yang anda beri waktu shopping nanti.
Kalau mahu shopping ke kat IG cuma 10 minit memandu. Taman Tema Splash Out pun tak jauh mana.
7. Hotel De Bleu
Hotel bajet dengan bangunan biru laut ini dibina pada 2018, dan ia ada bilik-bilik yang ringkas tapi bersih.
Kalau anda malas memandu, nak shopping di Pekan Kuah tambang Grab pun lazimnya bawah RM 7.
Kalau nak makan, ada kedai nyonya kat tepinya. Dan kalau nak kedai Siam, kedai Wan Thai yang famous ada dalam kawasan yang sama.
8. Virtuez Inn
Hotel bajet kecil ini dibuat di atas rumah kedai yang baru dibuka pada 2019. Jadi bilik anda memang baru dan selesa. Dari segi lokasi yang memang bagus sebab kedai makan dekat. Begitu juga bank dan dobi.
Cuma parking tidak best sebab anda perlu parking kereta kat tepi jalan. Jadi anda kena siapkan kupon parking majlis bandaran.
9. Motel Seri Mutiara
Ini penginapan budget di Kuah untuk orang yang tak kisah kan fasiliti dan lokasi. Yang penting harga bilik murah dan dan biliknya besar.
Kalau ada datang berkumpulan atau dengan keluarga, saiz biliknya memang selesa. Suasana kelilingnya kampung, dan sesuai untuk anda yang tak suka sibuk pekan Kuah dengan kereta sini sana.
Diingatkan jika anda cuma datang solo, lebih baik cari penginapan lain dekat dengan jalan utama.
10. HIG Hotel
Hotel HIG kat Kuah ini sesuai untuk anda yang mahukan hotel selesa untuk shopping masa cuti kat Langkawi. Sebab shopping mall Haji Ismail Group dekat tepi hotel anda saja.
Bolehlah anda jadi orang yang pertama dan terakhir masuk dan keluar dari mall ini tiap-tiap hari.
Bilik kat sini luas. Ia pun dekat dengan jalan utama. Sesuai sangatlah untuk anda yang datang cuti kat sini, semuanya wanita. Dan hati pun tenang saja sebab ayat Quran dibuka di luar bilik senantiasa.
Kredit Sumber: JomJalan.com.my
Artikel Berkaitan:
Jangan Lupa Rebut 10,000 Baucar Pelancongan Untuk Penduduk Selangor Bulan Depan!
Genting Highland, Pulau Tioman & Melaka. Antara 3 Lagi Destinasi Pelancongan Dibuka Oktober Nanti!
Gaya Mewah & Lebih Privasi. Ini 12 Resort Tepi Pantai Paling Best Untuk Staycation Di Langkawi!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penginapan Unik, Hotel Dalam Kapal Terbang Di Twin Jets Resort. Persis Percutian Mewah Dengan Keluarga. Macam Dalam Jet Peribadi!
Bermalam dalam kapal terbang ketika travel tu perkara biasa, tapi kalau bermalam dan bercuti dalam kapal terbang yang diubah suai menjadi penginapan hotel mewah mesti luar biasa kan?
Kalau nak rasai sendiri pengalaman bermalam dalam kapal terbang yang dah diubah suai menjadi jet mewah, Twin Jets Resort yang terletak di Lenggeng Negeri Sembilan ini boleh korang lawati.
Menggunakan pesawat Boeing 727, Resort ini menawarkan 4 jenis penginapan untuk anda pilih. Dua daripadanya adalah kapal terbang yang diubah menjadi penginapan manakala dua lagi merupakan cabin suite dan juga villa.
Mempunyai 2 bilik untuk setiap jet yang ditukar menjadi penginapan, ia boleh memuatkan sehingga 8 orang bagi setiap jet.
Menampilkan dekorasi yang cukup cantik dan mewah, tempat ini juga turut menawarkan fasiliti lain seperti karaoke, ruang makan, minibar, dan juga pool table.
Datang bersama keluarga atau rakan-rakan dan abadikan kenangan bersama dalam penginapan yang unik ini. Bergambar dan luangkan masa bersama dalam jet peribadi anda sendiri, mesti best!
Nak tahu rate harga untuk menginap di sini boleh rujuk website twinjetsresort.com.my
Sumber: FB twinjetsresort
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tasik Jadian Attabad Pakistan, Terbentuk Dek Runtuhan Tenggelamkan Karakoram Highway 12 Tahun Lalu
Setiap orang mempunyai kisah tersendiri jika menggembara ke negara orang. Tidak kira secara solo atau berkumpulan.
Bagi seorang sahabat Backpacker Buddies Malaysia Siti Noridah, turut menyimpan pengalaman ketika bercuti secara solo ke Pakistan.
Menurutnya terdapat sejarah hitam di sebalik keindahan Tasik Attabad, Pakistan. Tasik ini sangat terkenal di kalangan pelancong kerana keindahan airnya yang bewarna turquoise dan biru kehijauan adalah tasik jadian yang baru sahaja terbentuk pada 2010.
Malah dikatakan tasik ini terbentuk akibat kejadian tanah runtuh yang sangat besar dan dahsyat sejak tahun 2020.
Turut dikatakan seramai 20 nyawa terkorban apabila sepanjang 24 kilometer Karakoram Highway tenggelam dan berkubur dalam tasik berkenaan.
Sejarah Hitam Tasik Attabad, Pakistan
Antara kejutan paling besar semasa saya mengembara solo di Pakistan 8 tahun yang lepas adalah – kewujudan sebuah tasik bernama Attabad.
Tak sangka rupanya dari Upper Hunza saya perlu menaiki bot meredah Tasik Attabad untuk sampai ke Karimabad, Hunza Valley.
Semasa saya merancang perjalanan ke Pakistan, memang tak ada langsung info yang saya jumpa mengenai tasik ini. Almaklumlah, buku panduan Lonely Planet tentang Pakistan yang paling terkini pada waktu itu pun diterbitkan pada tahun 2008. Memang sudah sangat ketinggalan infonya.
Nak dijadikan cerita, tasik Attabad ini sebenarnya adalah tasik jadian yang baru sahaja terbentuk pada tahun 2010. Ya, tasik ini bukan tasik semulajadi. Malah, ada kisah pahit tentang bagaimana boleh terbentuknya tasik ini.
Orang-orang tempatan di situ menceritakan kepada saya, tasik ini sebenarnya terbentuk akibat kejadian tanah runtuh yang sangat besar dan dahsyat pada tahun 2010. Rentetan kejadian, air sungai telah naik sehingga terbentuknya tasik ini. Tambahannya lagi, sepanjang 24 kilometer Karakoram Highway telah tenggelam dan terkubur di dalam tasik ini.
Yang menyedihkan lagi bila saya dapat tahu seramai 20 nyawa telah terkorban dan berpuluh-puluh rumah orang tempatan di kampung Attabad ini telah musnah sama sekali. Ribuan lagi orang tempatan telah terjejas teruk akibat terputus hubungan kerana satu-satunya jalan darat di situ iaitu Karakoram Highway telah pun tenggelam.
Maka sejak itu, mereka tiada cara lain dan terpaksa menggunakan bot penumpang untuk bergerak dari Upper Hunza ke Karimabad.
Tambang bot cuma 200 Pakistani Rupees (lebih kurang RM5) sahaja untuk perjalanan selama 2 jam merentas tasik Attabad. Bot kayu yang dicat dengan warna warna terang ini sungguh koboi gayanya. Orang ramai bersesak lompat ke dalam bot, duduklah di mana-mana yang kamu sukakan.
Pemandu bot cepat sahaja menggemudikan bot yang dilatari dengan bunyi enjin yang sangat memekakkan telinga. Hidung pula terpaksa menahan bau minyak yang kuat dan menyesakkan paru-paru. Entah berapa limit muatan orang pun tidak dikisahkan. Soal keselamatan memang jauh dari fikiran mereka, jadi jangan berminpilah untuk pakai life jacket di sini, kelibatnya pun tak ada langsung.
Mereka ini memang terbukti sejenis bangsa survivor. Banyak kes yang saya dengar, lori truk membawa barang-barang dari China yang ditenggekkan di atas bot terbalik dan tenggelam ke dasar tasik.
Ada juga kereta yang pernah jatuh dan tenggelam begitu sahaja. Macam-macam lagilah cerita tragis yang saya dengar. Saya terfikir, mungkin juga pernah ada orang yang tenggelam dan lemas di sini? Wallahuallam. Tetapi, apa pilihan yang mereka ada?
Setelah bertahun-tahun, syukur alhamdulilah penderitaan orang tempatan di sini berakhir bila kerajaan China dengan “baik hati” membantu Pakistan membina terowong dengan menebuk dinding-dinding batu gunung.
Akhirnya pada bulan September tahun 2015, terowong Attabad yang memakan belanja sebanyak 275 juta US siap dan sudah boleh digunakan oleh orang tempatan. Pastinya rakyat tempatan sangat berterima kasih dengan kerajaan China sekali lagi yang sentiasa ada untuk membantu mereka yang sedang dalam kesusahan.
Sekarang, dah tak perlu risau pun untuk merentas ke Upper Hunza dengan naik bot koboi lagi. Perjalanan 2 jam dengan bot koboi sekarang dah berganti dengan perjalanan selama 15 minit melalui terowong canggih buatan China. Bot koboi sekarang kebanyakannya dah pun bertukar menjadi bot yang membawa tourist bersiar-siar di sekitar tasik ala-ala cruise.
Ironinya, cruise ini di atas bekas sebuah kampung yang bernama Attabad yang telah pun tenggelam dan hilang dari muka bumi ini.
SumberL FB Travelog ET
Artikel Berkaitan:
Bagai Di Italy! Qulai Pizza Kayu Api Dibakar Segar Cara Tradisional Menggunakan Oven Batu
Wanita Kongsi Aktiviti Yang Korang Boleh Buat, Kalau Ambik Day Trip Ke Pulau Redang
Balat, ‘Hidden Gems’ Berusia 200 Tahun Di Istanbul. Destinasi Cantik Buat Kaki OOTD!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI