Tidak menghairankan jika Perancis menjadi salah satu destinasi popular di dunia. Keindahan, sejarah, seni, budaya dan kota-kotanya mempunyai daya tarikan tersendiri. Bukan setakat itu pantai-pantainya juga mempesona, gunung-ganang yang mengagumkan, semuanya boleh anda temui di Perancis.

Menyusuri Keindahan, Sejarah, Seni dan Budaya Kota Perancis

Saban tahun melancong dan berlibur ke tempat-tempat menarik menjadi agenda utama Suwarsi M.Arukin. Melihat tempat orang yang pelbagai rencam dan budaya merupakan terapi minda yang menyeronokkan.  Tidak berapa lama dulu, Sue memutuskan untuk menjelajah Itali dan menyambung perjalanan ke Monaco serta Nice dan Cannes di Perancis.

Menyusuri Keindahan, Sejarah, Seni dan Budaya Kota Perancis

Monaco, sebuah negeri kecil yang moden namun masih mengekalkan tradisi dalam banyak perkara.  Oleh kerana Sue ke Monaco melalui jalan darat (menaiki bas pelancong yang disewa khas oleh ejen pelancongan yang menguruskan perjalanannya) jadi  kurang pasti penerbangan mana yang sesuai untuk dipilih jika anda ingin terbang terus ke Monaco.

Menyusuri Keindahan, Sejarah, Seni dan Budaya Kota Perancis

Monte Carlo, merupakan bandar utama dan terpenting di Monaco. Di sinilah terletaknya pelbagai aktiviti penting keseluruhan Monaco.  Kepada peminat sukan lumba kereta Formula One, tentunya tahu bahawa litar Monaco adalah antara litar yang paling sukar dan merbahaya buat para pelumba.  Litar yang dibangunkan dari jalan raya (jalan raya utama digunakan sebagai litar) ternyata begitu mencabar dan penuh dengan selekoh tajam dan curam namun inilah tarikan utama Formula One Monaco.

Menyusuri Keindahan, Sejarah, Seni dan Budaya Kota Perancis

Selain litar lumba, kecantikan lautnya sangat mengagumkan. Ratusan bot dan kapal mewah yang berlabuh di pesisir pantai menambahkan lagi gelaran kota ini sebagai tempat untuk “The Rich & Famous”. Harga hartanah di sini seperti tidak tercapai akal untuk golongan rakyat biasa memilikinya.  Monte Carlo juga mempunyai puluhan (mungkin ratusan) pusat hiburan dan perjudian (kasino).  Tidak hairanlah ia menjadi tumpuan pelancong yang gemar menghabiskan masa dengan aktiviti perjudian.  Menelusuri jalan-jalan di kota ini, melihat bangunan-bangunan lama yang masih dipelihara dan digunakan seperti town hall, mahkamah dan pejabat pelancongan, memberi gambaran mereka masih menghargai warisan silam.

Menyusuri Keindahan, Sejarah, Seni dan Budaya Kota Perancis

Ads

Dari Monaco perjalanan menaiki bas pelancong ke Nice, Perancis pula. Terletak di French Riviera, Timur Laut Perancis yang di kelilingi Laut Mediterranean. Kota ini juga mendapat jolokan Nice La Belle yang bermaksud Nice, yang cantik.  Memang benar, kota ini menyajikan pemandangan yang indah di sekitar kota dan pesisir pantainya.  Banyak bangunan di Nice mendapat pengaruh Rusia daripada segi seni bina dan reka bentuknya.  Ini boleh dilihat antaranya di Cathedrale Orthodoxe Russe St Nicholas.  Terdapat banyak pusat membeli-belah di kota ini.

Menyusuri Keindahan, Sejarah, Seni dan Budaya Kota Perancis

Menyusuri jalan di kota ini di  waktu malam juga satu pengalaman yang mengasyikkan melihat warga kotanya membanjiri kafe, restoran dan pusat hiburan.  Pengangkutan awam seperti bas, tram dan teksi ialah pilihan ada.  Namun jika anda inginkan kelainan, boleh juga menyewa basikal untuk bersiar-siar sekitar bandar.  Makanan halal tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak gerai,kiosk dan restoran di mana peniaga yang kebanyakannya dari timur tengah menyajikan makanan halal dengan harga berpatutan.

Menyusuri Keindahan, Sejarah, Seni dan Budaya Kota Perancis

Selesai di Nice, perjalanan diteruskan ke Cannes, sebuah bandar perfileman terkenal dunia. Di sinilah berlangsungnya Festival Filem Cannes saban tahun yang menghimpunkan bintang-bintang industri perfileman seluruh dunia.  Bandar sofistikated ini menyajikan deretan butik-butik berjenama bagi mereka yang gemar membeli-belah. Kebanyakan kediaman berstruktur tinggi seperti kondominium atau apartmen yang kebanyakannya menghadap laut Mediterranean yang sangat cantik pemandangannya.

Menyusuri Keindahan, Sejarah, Seni dan Budaya Kota Perancis

Ads

Anda tidak perlu berada lama di Cannes, memadai sehari suntuk sudah mencukupi untuk mengelilingi bandar yang serba-serbi mahal (untuk masuk tandas awam sahaja anda perlu membayar sekitar dua euro menyamai hampir RM10).  Pengangkutan awam di sini tidak terlalu banyak pilihan dan anda perlu bersedia membayar harga tinggi untuk perkhidmatan teksi bandarnya. Mungkin bandar ini lebih sesuai untuk mereka yang sukakan hiburan dan dunia glamor.

Menyusuri Keindahan, Sejarah, Seni dan Budaya Kota Perancis

Sesuai dengan gelaran bandar filem, panggung teater dan persembahan banyak terdapat di sini.  Makanan halal juga terdapat di sini namun terhad.  Pilihan lain ialah makanan vegetarian.  Keseronokan berada di sini memang sesuatu yang luar biasa. Sue tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke sini lagi di masa akan datang jika keadaan dan rezeki mengizinkan.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI