Travel

Menyinggah Di Inderapura Lake Resort, Tempat Berteduh Kawasan Pahang

Share

Inderapura Lake Resort, salah satu resort yang menarik yang terletak di Pekan, Pahang dan yang paling penting, harga berpatutan untuk korang bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Inderapura Lake Resort

Selalu kalau pergi hotel, agak sukar untuk bersantai bersama keluarga dan rakan, bukan? Lagi-lagi kalau bilik asing, jadi kalau singgah resort ini, banyak kemudahan yang disediakan untuk seisi keluarga dan rakan.

Resort menarik di Pahang ini terkenal sebagai lokasi pelancong yang inginkan tempat penginapan tanpa had untuk bersembang bersama keluarga dan rakan.

Ini kerana, resort ini menyediakan ruang koridor, tempat duduk untuk bersantai, serta tasik yang luas untuk memancing dan melakukan aktiviti berperahu.

Bukan itu sahaja, resort ini juga terletak berhampiran beberapa tempat terkenal untuk pelancong, hanya 10 minit dari pekan Pekan dan 50 minit dari tol plaza Gambang. Tambahan pula resort ini juga menawarkan pakej menu sarapan pagi yang berpatutan.

Tapi kalau nak makan kat luar pun, tempat ini berdekatan dengan kedai makan dan juga gerai. Sangat memudahkan anda kalau bab makan-makan.

Apa pun, kalau rasa nak rehatkan minda sekejap, boleh lah singgah di sini. Resort dengan harga mampu milik!

Oleh
Nadia