Menunggang ATV Dalam Hutan Mampu Hilangkan ‘Stres Dunia’. Pekej Pun Banyak Dah Murah

Share

Kerja harian tidak akan habis. Stres dan bebanan kerja sentiasa akan menekan kita. Elakkan tekanan yang melampau dengan melakukan aktiviti menarik bersama keluarga atau sahabat tersayang dengan menunggang ATV (All-terrain Vehicle).

ATV ialah motosikal beroda empat atau tiga yang mampu mengharungi pelbagai bentuk muka bumi. Jika dulu kosnya agak tinggi untuk mencuba aktiviti ini tetapi kini ia boleh disewa dengan harga lebih rendah.

Trek yang disediakan juga begitu menyeronokkan dan mencabar anda untuk meredah pelbagai halangan termasuk laluan di bawah pokok balak dan melalui titi buluh di kawasan yang diwartakan hutan simpan. Hilang sekejap stres dan bebanan kerja yang melanda hidup.

Ikuti perkongsian menarik wanita ini dilaman sosialnya selepas melakukan aktiviti ekstrem menunggang ATV ini.


Apakata weekend ini bawa family cuba aktiviti yang dekat dengan Nature pula. Orang tak ramai dan yang paling penting tak penat sangat. Boleh bawa anak-anak sekali ke Nur Laman Bestari Eco Resort, Hutan Lipur Sungai Tua, Selangor. Lokasi dia dekat je dalam 45 minit ke 1 jam dari Kuala Lumpur.

Udara sejuk dan nyaman. Tak ada pencemaran. Boleh dengar bunyi serangga seperti cengkerik. Gajah dan harimau. Ok tu tipu. Haha! Apapun serius aktiviti ini memang best dan buat korang capai rasa gembira macam naik roler coster tu. Kan kita bertangungjawab untuk cetus rasa gembira dalam diri kita. So, keep happy, always.

Ok jom kita tinjau apa persiapan dan harga yang ditawarkan oleh tuan kedai ni. Jom kita start!

Ada 3 jenis ride :

(1) Easy Ride – Dah nama dia mudah, so memang mudah sangat. Bawa atas padang je. Haha! So korang jangan la amik pakej ni, menyesal je datang kalau setakat ni nak easy ride. Tak feel nanti. Pakej ni RM 30.

(2) Explore Ride – Pakej ni sesuai untuk beginner. Instructor akan bawa masuk ke dalam hutan lebih kurang 1KM dan korang akan rasa naik dan turun bukit, laluan berlecak dan berlumpur sikit, pastu akan ada laluan yang berliku dan tak rata juga. Serius best sebab korang akan belajar handle motor 4 roda ni tengok mencabar ke tidak ya. Haha. Pakej ni RM 50.

(3) Advance Ride – Pakej ini untuk yang dah expert. Tapi jika tak expert pun boleh cuma akan letih sikit sebab tak berapa pandai nak handle ATV for the first time kan. Instructor akan guide dan bawa kita masuk ke dalam hutan dan ride tu akan berakhir di sungai dan kalian boleh la mandi manda di sana. Pakej ini RM 100.

Persiapan dan tips sebelum main ATV

  • Mesti pakai kasut sukan, selipar jepun yang mahal tu tinggal di dalam kereta je.
  • Bawa tuala, dan baju basahan buat mandi sungai. Percayalah kalian tak dapat tolak untuk mandi sungai lepas main ATV sebab masa tu badan dah berpeluh dan belemuih. So baik la mandi sungai kan.
  • Bonus tips – Bawalah makanan bersama-sama sebab kat dalam tu tak jual makanan sangat. Tapi sepanjang perjalanan masuk tu akan ada gerai-gerai sarapan so tappaw siap-siap k.
  • Yang ada anak kecil jangan risau ada ATV yang banyak tempat duduk. Ambil yang 2 seatter so korang boleh la bawa anak sekali.
  • Bawa bersama insect repellent beli kat 7e je, insha Allah boleh enjoy this ride. Pakai juga baju berwarna terang ya. – Thanks dr Murni Clarkson beri tips important😍

Sekian perkongsian dan harap dapat membantu kalian berseronok dan mencuba perkara baru.

Sumber: FB Zalina Zainal – Love the Nature

Oleh
Husna