Penggiat industri pelancongan dan kebudayaan disaran memanfaatkan platform dalam talian bagi mempromosikan produk mereka ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sebagai persiapan menarik semula pelancong selepas situasi COVID-19 reda nanti.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata beliau melihat inilah masanya mereka yang terjejas berikutan pelaksanaan perintah yang bermula semalam hingga 31 Mac, meneroka sepenuhnya pasaran dalam talian untuk meningkatkan pendapatan.
Beliau menyedari ramai yang terkesan menanggung akibat penularan COVID-19 sehingga ada yang kehilangan sumber pendapatan dan ekonomi mereka terjejas teruk. Malah kementerian juga mengumumkan pembatalan serta-merta Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020) kemarin bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
Baca: https://www.libur.com.my/kempen-tahun-melawat-malaysia-2020-dibatalkan/
Keputusan itu juga sejajar dengan impak penularan wabak tersebut yang memberi kesan dan menjejaskan sektor pelancongan serta kebudayaan di Malaysia dan dunia.
Datuk Seri Nancy Shukri menggesa semua pihak saling membantu bagi memastikan ekonomi negara segera pulih dan rakyat dapat menjana pendapatan segera menerusi aliran tunai daripada pelbagai aktiviti pelancongan dan kebudayaan di negara ini.
Beliau juga mengajak masyarakat berdoa agar keadaan kembali pulih dan berusaha bersama-sama mencegah penularan wabak COVID-19 ini dengan mendengar arahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya duduk di rumah.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Student Kena Banyak Keluar Melancong Untuk Tingkatkan Jatidiri!
Siapa kata zaman universiti/kolej hanya terhad kepada belajar sahaja? Waktu inilah sesuai sangat-sangat untuk anda dan kawan-kawan pergi melancong ke merata-rata tempat. Tidak perlulah fikir jauh-jauh sangat seperti luar negara atau luar negeri.
Perhatikan di mana terletaknya universiti/kolej anda dan lihat apa tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan ‘ditawan’. Mari Libur berikan 7 sebab kenapa anda perlu banyak melancong.
Melancong membantu pengajian anda
Jangan tidak percaya mengenai ini. Melancong bukan sahaja mampu memberi anda pengalaman hidup berharga malah ia boleh memberi insight yang baik terutama sekali jika tempat yang anda lawati itu berkaitan dengan pengajian anda.
Belajar dengan mata dan sentuhan lebih berkualiti daripada belajar dengan membaca sahaja.
Melancong bermakna bertemu orang baru
Memasuki universiti/kolej sudah tentu cukup mencabar terutama sekali jika anda bukanlah seorang yang sosial. Tetapi dengan melancong, sosial atau tidak anda tidak ada pilihan untuk survive!
Spread your wings dan jangan biarkan sifat segan atau malu menghalang anda untuk menjadi lebih konfiden dan mesra orang. Tetapi jangan sampai terlupa batas-batas agama dan adab ketimuran.
Melancong akan melebarkan sempadan anda
Semasa melancong anda mungkin akan mengalami peristiwa seperti tersesat barat, tertinggal bas, terlepas hentian, salah masuk tempat, tersalah pilih tempat makan dan banyak lagi pengalaman yang berharga.
Ketahuilah kesemua ini akan mengajar anda banyak benda mengenai hidup lebih dari apa yang anda boleh dapat semasa di universiti/kolej.
Kaya atau tidak, itu bukan penghalang
Jika anda mendapat pinjaman PTPTN atau tajaan biasiswa, sebolehnya janganlah anda boros habiskan majoriti duit anda untuk bercuti. Apa kata cuba buat kerja part-time untuk dapatkan sedikit income untuk percutian anda.
Di universiti anda pasti ada kedai-kedai kecil yang sentiasa memerlukan pembantu. Ini membolehkan anda berdikari dan juga berbajet dalam berbelanja.
Melancong akan mengikat tali persahabatan dengan lebih erat
Bila melancong bersama teman-teman, barulah anda tahu siapa sebenarnya sahabat sehidup semati anda. Kekurangan dan kelebihan masing-masing akan tertayang dengan jelas sepanjang melancong dan ini membolehkan anda menilai siapa yang sesuai dijadikan sahabat sejati.
Menyesal kalau tidak ambil peluang ini
Graduan yang memiliki CGPA yang mantap semata-mata tidak akan menjadi jaminan untuk mendpat pekerjaan dengan mudah. Ramai majikan sekarang yang mencari anak muda yang ada pengalaman yang unik dan pengalaman melancong membolehkan anda menjadi pilihan utama mereka.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadikan diri anda lebih marketable dengan pemilikan pengalaman melancong. Ia pasti akan membantu anda kelak.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Idea Pose Kreatif Untuk Gambar Percutian Berkumpulan
Bercuti dalam kumpulan yang ramai bersama teman-teman atau ahli keluarga yang sekepala memang menyeronokkan. Sepanjang percutian tersebut pasti banyak tempat menarik yang boleh dijadikan spot untuk ambil gambar.
Kalau ambil gambar berkumpulan atau ramai-ramai ni selalunya tak berdiri tegak, mesti silang kaki tambah dengan pandang tempat lain. Ataupun nak buat nampak kreatif sikit ambil gambar tunjuk simbol tangan ‘peace’ atau ‘love’. Itu sahajalah pose terbaik yang boleh diberikan.
Tak salah pun cara-cara tersebut, kadangkala berdiri tegak tetapi disuntik sedikit dengan elemen kreatif gambar yang terhasil sangat meletop. Ada banyak cara baru yang anda dan kumpulan anda boleh cuba tau.
View this post on InstagramA post shared by Francisco Lara (@frank.lara_195) on
View this post on InstagramA post shared by Sandra 甜甜 サンドラ (@imtian2) on
View this post on InstagramA post shared by Danielle de Grave Photography (@danielledegravephotography) on
View this post on InstagramP.S.T. #teambuilding #groupphotography
A post shared by MAOMAO (@i_am_maomao) on
View this post on InstagramA post shared by RaNi 👸🏻 (@meher_padmini) on
View this post on InstagramA post shared by De Miraclez Production (@de_miraclez_production) on
View this post on InstagramA post shared by De Miraclez Production (@de_miraclez_production) on
View this post on InstagramA post shared by De Miraclez Production (@de_miraclez_production) on
View this post on InstagramA post shared by Ian Thornberry Photography (@tberryphoto) on
View this post on InstagramA post shared by Manish Patel (@taj.studio) on
View this post on InstagramA post shared by Chrys Howard (@chryshoward) on
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masuk Hutan Jangan Amalkan ‘Tok, Cucu Tumpang Lalu’. Itu Semua Syirik! Jom Amalkan Doa Yang Betul
Assalamualaikum…
Perkongsian terutama untuk yang beragama Islam.
Di dalam hutan sesungguhnya adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutama Jin Kafir.
Jangan sesekali ketika mahu masuk ke dalam hutan, melafazkan ayat seperti ini
“Tok, cucu tumpang masuk hutan ye, tolong jangan kacau”
Jangan! Syirik hukumnya.
Amalkan ayat ini ketika melangkah ke dalam hutan dengan perlahan-lahan sebanyak 7 kali
Setiap langkah di baca doa ini :
“Salamun ‘ala sulaiman fil ‘alamin”
-Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman
Sesungguhnya Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Amalkan ayat itu. Insyallah dengan izinNya tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita.
Amalan doa yang ini juga sangat sangatlah di galakkan baca terlebih dahulu sebelum masuk ke hutan
بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’ul alim
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi)bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Barangsiapa membaca sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya
(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)
Semoga kita sama sama dapat mengamalkannya. Sentiasa mulakan dengan bacaaan doa bukan hilai ketawa sebelum masuk hutan.
***Doa Tambahan untuk mengelakkan haiwan buas atau binatang berbisa
“Salamun ‘ala nuhin fil a’lamin”
-Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh.
Perkongsian terus dari aktivitichemat.blogspot.com. Pihak Libur tidak mengubah sedikit pun perkataan daripada teks yang asal.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI