Menteri Bagi ‘Green Light’, Premis Makan Di KL Boleh Beroperasi Sampai 2 Pagi Bermula Hari Ni

Share

Semalam, DBKL memaklumkan waktu operasi premis perniagaan (kedai makan dan kedai serbaneka) di Kuala Lumpur masih kekal sehingga pukul 12 tengah malam sepanjang tempoh Perintah Kawasan Pergerakan Pemulihan (PKPP) walaupun telah diumumkan oleh kerajaan untuk dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi.




Orang ramai dan peniaga yang berada di sekitar Kuala Lumpur terpaksa akur dengan keputusan itu, walaupun sangat berharap tempoh masa operasi dapat dilanjutkan.

Baca: https://www.libur.com.my/jangan-confuse-ya-waktu-operasi-kedai-makan-di-kl-kekal-hingga-12-tengah-malam-selangor-hingga-2-pagi/

Tidak sampai 24jam, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju membenarkan premis-premis makan dan kedai serbaneka di Kuala Lumpur beroperasi hingga pukul 2.00 pagi mulai 15 September 2020.


Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu selari dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.

"Saya berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham A Dahlan sebentar tadi kerana MKN sudah memberi kelonggaran itu. Peniaga telah kerugian banyak, kalau perniagaan tidak mengancam keselamatan sebagaimana yang dinilai oleh MKN, saya bersetuju supaya pihak DBKL membenarkan, buka sampai pukul 2.00 pagi. Tetapi SOP mesti dipatuhi sepenuhnya," katanya.

Jangan terlampau gembira ya dengan pertukaran waktu operasi premis perniagaan, paling penting kita jaga kita!

image via goole | sumber: Bernama

Oleh
Husna